BAB EMPAT BELAS

127 0 0
                                    

Mak Pi sedang sibuk menyiram air pada rumput dan lalang-lalang di depan halaman rumahnya. Tumbuhan tersebut hidup dengan subur dan tinggi diatas kerajinan Mak Pi yang sanggup menjaganya selama ini. Mak  Pi yang sememangnya mementingkan safety first semasa bekerja tidak pernah lupa untuk memakai topi keledar Apollonya yang hampir terbelah dua akibat dibaling oleh beliau tempoh hari semasa tamat sesi latihan bermain bola. Selesai menyiram tumbuhan perosak itu, Mak Pi beralih pula ke arah reban ayamnya. Rutin harian itu tidak pernah membuatkan Mak Pi berasa bosan untuk melakukanya walaupun sehari.

Mak Pi membuka pintu reban ayamnya dan dia berpura-pura pengsan ditempat kejadian. Semua ayam ternakan yang berada didalam reban berdiri tegak dan mendada. Semua ayam ternakan tersebut diam seketika. Kemudian dengan serentak, ayam-ayam tersebut berkokok dengan kuat sebanyak tiga kali. Selesai kokokan yang ketiga, ayam-ayam tersebut diam lagi tetapi masih pada posisi yang sama. Mak Pi yang masih pengsan berpura-pura bangun dan berdiri semula didepan pintu reban sambil tersenyum. Kemudian Mak Pi berkata, “kok kok kok kooooookkk!!!”. Mak Pi seperti memberi salam kepada ayam-ayam ternakannya. Selepas mendengar Mak Pi berkokok, ayam-ayam ternakan Mak Pi pun menyambung aktiviti mereka seperti biasa iaitu merusuh tanpa sebab. Begitulah keadaaannya di dalam reban ayam peliharaan Mak Pi yang kelihatan begitu berdisiplin dan beretika. Semuanya hasil ketekunan Mak Pi yang sanggup menjaga dan memberi kaunseling kepada ayam-ayam tersebut. Untuk aktiviti pagi itu, Mak Pi akan mengajar ayam-ayamnya menyanyikan lagu kebangsaan Negara Jepun. Mak Pi yang ada membawa bersama radio kecilnya mula memutarkan lagu tersebut. Dia dan ayam ternakannya mula menyanyi dengan bersemangat sekali.

            Selepas selesai tugasan bersama ayam ternakannya, Mak Pi kembali kerumah. Dia sempat mengambil baju yang baru dijahitnya semalam di atas tanah. Mak Pi melipat kemas baju barunya itu sambil dia menaiki tangga rumah. Sampai di depan pintu, baju tersebut diletakkan di atas lantai untuk dijadikan alas kaki pula. Mak Pi memang pandai menggunakan semua peralatan yang ada didalam rumahnya dengan baik sekali. Jarang ada berlaku pembaziran di rumah mereka apa lagi setelah ketiadaan datuk Johan yang sering kali memecahkan pinggan mangkuk dan peralatan dapur sebelum dia meninggal. Mak Pi menuju ke arah tv dan beliau akan memulakan aktiviti bermain Xbox sehingga tidak sedarkan diri.

            Hampir lima jam berlalu dan Mak Pi masih lagi leka bermain Super Mario Reborn dengan Xboxnya. Telefon bimbitnya berbunyi dan Mak Pi berhenti seketika untuk mencari telefon bimbitnya itu. Mak Pi membaca pesanan ringkas yang baru diterimanya dan dia memandang kearah jam didinding rumah. “Adeh lah, kol tiga dah tok. Ambik keta gik kat workshop” katanya dengan nada terkejut dan cemas. Mak Pi terus bangun dari sofa dan kayu ria Xbox ditikam kearah tv menyebabkan skrin tv pecah di tengah. Mak Pi masuk kebilik untuk bersiap. Selepas 10 minit, Mak Pi keluar dari biliknya. Kasut kebun dan topi keledar telah siap dipasang.

Mak Pi kemudian terjun kebawah rumah dan dia mula mencari basikal tua milik Uncle John untuk digunakan pergi ke workshop Ah Tat. Setelah menjumpai basikal tua itu, Mak Pi memeriksa keadaan basikal tersebut terlebih dahulu untuk memastikan tiada kerosakan serius berlaku. “Kurang angin jak tok. Sikda hal ya. Masih dapat race gik” katanya sambil melihat tayar depan yang pancit teruk. Tempat duduk basikal juga telah hilang. Setelah berpuas hati dengan bike check-up inspection, Mak Pi menaiki basikal itu dan dia terus mengayuh laju basikal tua itu sambil membuat aksi wheelie seperti yang dilakukan oleh Matt Hoffman sehingga kedepan rumah. Sekali lagi pagar rumah yang lupa dibuka oleh Mak Pi hanya mampu dilanggarnya tanpa menunjukkan rasa belas kasihan seperti mana aksi yang pernah dilakukan olehnya sebelum ini. Akibat dari pelanggaran itu, Mak Pi jatuh tersungkur dan basikal tua yang dinaikinya menghempap badan Mak Pi seperti aksi body slam oleh CM Punk. Pagar rumah yang dilanggarnya juga jatuh menghempap beliau tanpa menunjukkan rasa belas kasihan walau sedikit pun. “Adoi!” Jerit Mak Pi sambil tersengih malu. Dia bangkit semula dan membetulkan topi keledarnya yang senget dan talinya yang telah putus akibat dari pelanggaran awal tadi. Basikal tua yang masih tersadai diatas jalan disepak oleh Mak Pi dengan kejam sekali menyebabkan rim belakang basikal tersebut bengkok. Kemudian Mak Pi mendirikan basikal tersebut dan dia menunggangnya lagi. Mak Pi mula mengayuh basikal itu dan pergi ke workshop At Tat untuk mengambil keretanya. 

SAKIT KAKIWhere stories live. Discover now