BAB LIMA

121 0 0
                                    

            Semasa dalam perjalanan pulang kerumah, Uncle John sedang asyik bercerita dengan Johan. Johan mendengar dengan penuh minat dan dia kerap kali juga menguap tanda kebosanan. Mereka sampai dirumah pukul tiga petang. Sebelum Johan keluar dari kenderaan pakciknya, Uncle John menghulurkan sekeping lagi wang RM50 kepada Johan. “Duit tok berik ngan mak ko. Padah ngan nya untong kita bejual marek. Tok nombor mak ko suoh beli tek. Mun kenak malam tok esok padah ngan nya suoh belanja KFC” terang Uncle John kepada Johan. Johan menyambut sambil mengangguk. Selepas mengucapkan selamat jalan, Uncle John berlalu pergi untuk menyertai sesi latihan menembak burung bersama rakan-rakannya dikem askar dikuching.

            Johan menuju kerumah. Pintu rumah terbuka luas. Dari luar Johan dapat mendengar suara ibunya yang bising seperti orang bergaduh. Sebelum masuk, Johan melihat iPadnya diatas tanah. Johan mengambil iPadnya dan dia merendam didalam air basuhan sebelum mengelapnya bersih. “Makin parah skrin ku tok eh” kata Johan sambil menggelengkan kepala. Selesai mengelap bersih iPadnya, Johan pun masuk ke dalam rumah. Suara ibunya makin kuat kedengaran seperti orang bergaduh. “Nah gik asa kawu, tok ku makey tanggak mantey palak ko. Gik takat Randy Orton ya sik ku takut” kata Mak Pi dengan nada kasar. Dia masih lagi menyambung permainan Xbox dari malam semalam tanpa henti. Johan yang memerhati dari arah belakang memberi salam kepada ibunya. Johan duduk sambil menghulurkan wang kertas dan juga nombor ekor yang telah dibeli kepada ibunya. “Mak, kamek nak practice men fifa twelve tok. Esok kawan mek Riner nak agak rumah lawan” kata Johan kepada ibunya. Mak Pi yang tengah gian bermain WWE 12 tanpa menoleh berkata, “ko celen mak dolok, bok ko dapat practice. Tunggu mak habis match tok lok. Susah na makey John Cena tok eh. Sik paham mak segala move nya tok” kata Mak Pi sambil terus menekan butang-butang di kayu ria. “Ko mandik and makan lok. Pas makan bok celen mak fifa twelve”. Johan tanpa berkata-kata terus bangkit dan masuk ke biliknya untuk mandi dan makan.

            Setelah selesai makan, Johan menuju kearah ibunya. Dia mengambil sebiji kayu ria dan berkata kepada ibunya “team pa bagus key practice mak?” tanya Johan sambil mencari CD Fifa Twelve. “Mak dolok mun practice salu makey team liga arab, tapi sik tauk fifa twelve ada sik team liga arab”. Mun sikda mak salu makey team Chelsea. Kawan ko ya salu makey team apa men fifa?” tanya Mak Pi kepada Johan. “Kawan mek ya salu makey MU men. Nya nang terer men fifa” jelas Johan. “Mun camya, bagus ko practice makey team cikai jak. Practice ko makey team Swansea ka sik pun Stoke City” kata Mak Pi. Johan bersetuju dengan cadangan ibunya dan mereka pun memulakan sesi latihan pada petang itu sehingga lewat malam.

SAKIT KAKITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang