BAB TIGA BELAS

132 0 0
                                    

“Apa makan you semalam? Lu ala minum alkorol ka?” tanya Doctor Twain kepada Johan. “Semalam saya minum beer dua tin saja. Kami bbq semalam doc. Habis tengok bola saya balik rumah terus perut meletup” jelas Johan kepada Doctor Twain sambil dia menahan ususnya yang terkeluar dari perut. “Betul ka lu cakap? Minum semalam ada campur lain aek? Ada minum cola or splite?” tanya Doctor Twain lagi sambil dia menjahit perut Johan yang terkoyak. “Ada doc. Semalam kami ada bet ball. Sapa kalah mesti minum lapan botol kicap tongnam” jelas Johan kepada Doctor Twain. Mendengar penjelasan Johan itu, Doctor Twain berkata dengan suara yang tinggi, “itula lain kali minum kicap jangan campur beer. Tak bagut nanti perut meletop macam lu sikalang la”. Johan yang sedang mengerang kesakitan hanya mampu mengangguk tanda faham.  “Ok sulah siap. Nanti balik lumah, lu tilak bole makan panadol sama beehoon. Lain barang bole” Jelas Doctor Twain sambil dia mengelap kesan darah di perut Johan. “Kicap boleh makan ka doc?” tanya Johan untuk kepastian. “Kicap bole tapi jangan campur beer la. Kalau tidak nanti you rest in peace terus oooo” jelas Doctor Twain kepada Johan. “Ok ok, thank you doc” kata Johan sambil dia meninggalkan bilik pesakit.

            Louis dan Riner yang sedang duduk diruang menunggu klinik sedang leka bermain holo sambil makan kolo mee tanpa mempedulikan orang sekeliling. Melihat Johan keluar dari bilik pesakit, mereka berdua pun bangun dan membantu Johan berjalan ke arah parking kereta. Sambil menuju ke arah kereta, Riner bertanya “apa kes perut ko tadik? Apa ko makan sampey boleh meletup perut?”. Johan yang masih dalam kesakitan berkata “meletup sebab minum kicap marek lah. Gila na polah bet macam ya. Nasib bukan palak ku meletup”. “Hahahahaha!!!!” kedengaran suara Louis yang hanya mampu ketawa sambil membawa Johan ke arah keretanya. “Malam tok kita bet gik mok? Sapa kalah malam tok, nya mesti telan kong holo nam igek” kata Louis sambil membuka pintu kereta. “Gila! Sik mok gik ku. Korang jak la bet klak” kata Johan dengan nada yang marah. Riner dan Louis ketawa terbahak-bahak. Mereka meninggalkan Klinik Kamphong dan balik kerumah Johan. Semasa dalam perjalanan pulang, Johan dan rakan-rakannya singgah dahulu di kedai makan RKO untuk merarau. Nru yang merupakan ketua penyamun kedai makan RKO dan juga sahabat baik Johan dan rakannya gembira dengan kehadiran mereka. Sambil mengucapkan selamat datang, Nru mempelawa mereka untuk duduk. “Masuk bro. dari siney kitak orang tek?” tanya Nru kepada Johan. “Bok balit dari klinik tek. Perut ku meletup tegal minum kicap banyak ilak” kata Johan sambil makan telur rebus diatas meja tanpa dibuang kulitnya. Nru yang kurang senang dengan jawapan Johan terus pengsan ditempat kejadian. Louis dan Riner juga makan telur rebus diatas meja dengan lahapnya. Mereka makan dan minum di kedai makan RKO sehingga keesokan pagi kerana hendak menonton perlawanan Euro yang akan disiarkan secara tidak langsung dari kedai makan RKO milik Nru pada awal pagi nanti. 

SAKIT KAKITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang