BAB ENAM BELAS

150 0 0
                                    

Johan yang sedang sibuk memberi ayam ternakannya makan KFC tiba-tiba terkejut apabila didatangi sebuah kereta mampu milik. Johan keluar dan berjalan menuju kearah kenderaan tersebut. Sebelum sempat Johan memegang pintu kereta itu, dia dipukul dengan teruk oleh ayamnya dari belakang. Ayam-ayam Johan kemudian mengikat kaki dan rambut Johan dengan ketat dan mencampaknya kedalam kereta dan terus berlalu pergi. Johan yang terpaksa berlakon untuk pengsan betul-betul telah pengsan akibat dipukul dengan pokok pisang. “Mati aku” katanya didalam hati sambil tangannya sibuk mendail nombor rakan-rakannya yang lain. Mata Johan juga telah diikat dengan pita pelekat menyebabkan dia sukar untuk mendengar dan mendail nombor pada telefon bimbitnya. Johan tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Dia hanya mampu pengsan sementara menunggu bantuan tiba.

Johan dapat merasakan kereta penculik yang dipandu laju sudah pun berhenti. Kedengaran pintu dibuka dan Johan dapat merasakan ada orang sedang makan nasi lemak ayam kerana bau sambalnya yang kuat. Johan senyum kerana kelaparan. Dia kemudian diheret ke satu kawasan lapang. Semua ikatan pada badannya dibuka. Johan yang masih lagi dalam ketakutan melihat kearah sekeliling dan dia bangun. Dia terkejut apabila melihat sekumpulan kanak-kanak berumur antara lima dan enam tahun sedang makan nasi lemak dihadapannya sambil duduk. “Hoi marilah minum ice tea lemak bersama kami” kata salah seorang dari kanak-kanak tersebut sambil melambai punggung kearah Johan. “Bukan minum ice tea lemak. Ini namanya makan nasi lemak!” jerit seorang pula kanak-kanak yang lain.

Johan yang masih lagi terkejut berjalan perlahan-lahan kearah kumpulan kanak-kanak itu. Dia duduk sambil melihat semua orang yang ada disana. Ada lima orang semuanya dan mereka kelihatan comel juga. Johan yang sudah duduk mula berkata “apa nama tok pok?”. Mendengar Johan bersuara, seorang kanak-kanak yang duduk didepannya bangun dan berkata “owh, kami tak makan keropok. Awak nak ice tea lemak?” katanya lagi sambil menghulurkan satu bungkus nasi lemak kepada Johan. Johan menyambut dan berkata “terima kasih. Nama saya Johan”. Kanak-kanak yang memberi nasi lemak kepada Johan pun membalas “owh, taman tasik. Nama saya Nohara Shinchan. Umur saya sepinggan mangkuk. Ini kawan-kawan saya. Itu Nene dan sebelahnya Masao. Di tepi awak adalah Bo dan juga Kazama yang hodoh. Selamat tinggal ke Kasukabe!” kata kanak-kanak itu yang bernama Shinchan tadi. Johan yang mendengar penjelasan budak itu tadi berasa amat terkejut. “Hi Johan!! Jemputlah makan” kata mereka yang lain pula serentak kecuali Bo.

Johan makan dalam keadaan terkejut. Dia tidak sangka akan berjumpa dengan orang asing yang dia kenali. “Saya kenal kamu semua” kata Johan sambil menunjuk kearah Kazama. “Betul awak kenal kami?” tanya Kazama pula. “Ya! Muka awak memang saya ingat sangat” kata Johan kepada Kazama. Shinchan yang sudah habis makan pula berkata kepada Johan dan Kazama, “muka Kazama yang menyakitkan mata orang bila melihat memang mudah untuk diingati. Hmm lebih kapak lagi kertas bungkusan ice tea lemak ini” kata Shinchan dengan matanya tertutup. “Bukan kapak tapi kacaklah” kata Nene pula. Kazama yang sudah malu akibat diperli Shinchan mula mencekik Shinchan dengan kejam. “Dia cakap kita semualah. Bukan hanya saya seorang saja yang dia kenal!!” Jerit Kazama kepada Shinchan sambil tangannya terus mencekik Shinchan. “Aaahh!! Tolong!! Kerongkong saya mencekik tangan Kazama. Masao cepat tolong saya pergi kekedai membeli ikan masin untuk lauk makan malam nanti!!” jerit Shinchan yang terbaring diatas tanah.

“Cukuplah!!!” jerit Nene pula. Mereka semua berhenti. Masao yang sedang menangis ketakutan kelihatan bergegar. Seluarnya basah sebab dia terkencing. Bo hanya duduk dan memerhati dengan hingusnya yang panjang meleleh keluar dari hidung. Kazama yang kepenatan duduk disebelah Johan. Shinchan bangun dan berkata “Johan, awak nak tahu satu berita?”. Johan yang masih lagi trauma hanya mampu mengangguk saja. Kemudian Shinchan meneruskan ceritanya, “ice tea lemak ni ibu Kazama yang belikan. Bapa Kazama kuat kencing malam walaupun ada tetamu dirumah” kata Shinchan sambil menunjuk kearah Nene dan Masao. Nene yang terdengar cerita Shinchan bangun dan dia mula mencekik Shinchan juga seperti mana yang dilakukan oleh Kazama. “Saya bukan ibu Kazama dan Masao bukan suami sayaaa!!!” jerit Nene dengan ganas. Sekali lagi Shinchan jatuh terbaring diatas tanah dan berkata “Aaahhh tolong saya. Ibu Kazama mengamuk akibat sambal ice tea lemak yang tak sedap langsung. Masao cepat pergi ke klinik membancuh kopi!” kata Shinchan pula. Masao yang memang mudah menangis hanya mampu menangis lagi sambil seluarnya dibasahi air kencing. Kazama datang dan meleraikan pergaduhan antara Nene dan Shinchan.

Shinchan bangun dan berkata kepada Nene “bukankah tadi awak kata main masak-masak? Awak adalah ibu dan Masao adalah suami awak. Kazama adalah anak awak” kata Shinchan sambil dia membetulkan seluarnya yang terkoyak. “Awak pula menjadi apa?” tanya Nene pula. “Saya adalah seketul lipas gergasi dari planet gasing datang kesini untuk mengajar Kazama bahasa inggeris”kata Shinchan pula sambil dia memperagakan kostum lipas kudungnya didepan semua orang. Sekali lagi Kazama yang telah malu diperli Shinchan menggigit kepala kostum lipas Shinchan. “Beraninya awak memperli sayaaaa!!! Mana ada lipas yang boleh mengajar orang bahasa inggeris!!” kata Kazama dengan nada marah sambil dia terus menggigit kepala Shinchan. “Aaaahhh tolong. Kutu lipas yang besar mengajar saya bahasa inggeris! Masao cepat berlari ke pejabat pos dan berjabat tangan dengan orang utan!!” jerit Shinchan kepada Masao. Seperti biasa Masao hanya mampu menangis dan kini Johan juga telah menemani Masao menangis dan kencing dalam seluar. Johan masih trauma sambil makan nasi lemak.

SAKIT KAKIWhere stories live. Discover now