Hujan yang terjun dengan lebat dikampung Johan pada pagi itu membuatkan segenap kampung mereka hangus. Pada masa yang sama juga, kampung mereka sedang meriah dihujani beribu-ribu peluru berpandu yang telah dilancarkan oleh pasukan tentera pengaman Nato bagi menyekat kemaraan pihak kerajaan untuk datang berkempen. Johan yang sudah bergegar kesejukan akibat hujan lebat masih giat berdiri di halaman rumahnya dengan raket yonex kepunyaan datuk Lee Chong Wei digenggam erat. Johan menunggu dengan sabar kalau ada mana-mana peluru berpandu yang sesat akan menuju kerumah mereka. Setakat ini Johan telah berjaya melibas enam biji peluru berpandu daripada singgah kerumahnya. Hujan yang lebat kini sudah reda. Begitu juga dengan serangan peluru berpandu. Johan yang sudah penat melibas peluru berpandu terduduk dihalaman rumahnya. “Fuuhh, Sembilan igek jak. Ok lah, dapat simpan lam bank tok” kata Johan sambil mengikat peluru-peluru berpandu tersebut dengan kemas. Selesai mengikat, Johan mengheret semua peluru tersebut dibawah rumahnya. Kemudian dia masuk ke rumah untuk mandi dan sarapan pagi.
Mak Pi yang baru keluar dari bilik tidurnya menuju kedapur dan menyertai Johan untuk sarapan. “bapa igek missile oleh ko tek?” tanya Mak Pi sambil dia merampas nasi lemak dan air kopi dari Johan. Johan yang baru hendak menyuap nasi lemak yang baru dibelinya terkejut. Air kopi yang panas tumpah dan mengenai mukanya. “Adoi!” jerit Johan sambil dia mengelap mukanya yang sedang aktif melecur pada tahap satu. “Sik banyak. Semilan igek jak. Nam igek sik kenak. Miss jak tek” kata Johan lagi sambil dia membuka nasi lemak yang baru. “Pinjam ngan mak sigek klak. Mak nak ngkah lam keta key lombak drag pagi tok. Mun ada jenis TZ-12 ya bagus gik sebab ada nuclear content. Mun sikda ko merik mak Atom Boy 80 jak” kata Mak Pi kepada anaknya sambil memakan nasi lemak dan merampas sebungkus lagi dari Johan. “Ok. Klak mek check gik. Asanya ada Atom Boy kamek paluk tek” jawab Johan ringkas. Johan hanya mampu melihat ibunya bersarapan seorang diri kerana nasi lemak sudah tiada lagi. Selesai sarapan, Johan dan ibunya pergi ke depan rumah dan memulakan aktiviti memasang peluru berpandu didalam kereta kancil ibunya.
Hampir setengah abad dan Johan sudah pun siap memasang peluru berpandu jenis Atom Boy 80 pada kereta ibunya. Mak Pi juga sudah bersedia untuk berlepas ke padang drag yang terletak dihujung kampung mereka. Baju khas untuk perlumbaan drag yang sempat menjadi alas kaki selama dua hari juga sudah siap dipakai oleh Mak Pi. “Okeh, suma dah siap. Baguslah ari tok ada ujan. Confirm banyak urang eksiden klak” kata Mak Pi dengan yakin sambil mengikat topi keledarnya dengan tali nilon dan pita pelekat. Johan juga sedang sibuk membantu ibunya bersiap sedia dengan mengecat tayar depan kereta ibunya dengan cat kuku milik ibunya sendiri. Setelah selesai, Johan mengambil gambar ibunya yang bakal beraksi bersama keretanya. “Mak jalan lok. Ko masak dik pun klak. Malam tok mak terus sambung men holo ngan kawan. Esok or lusak bok mak balit kali”. Johan mengangguk saja. Mak Pi kemudian melakukan senaman ringkas dan masuk kedalam kereta. Pintu kereta yang telah tercabut akibat ditendang olehnya tempoh hari hanya sempat diikat pada cermin belakang keretanya dengan pita pelekat dan gam UHU.
Enjin dihidupkan dan Mak Pi menekan dengan kuat pedal accelerate keretanya sehingga tembus keluar. Sebelum berjalan meninggalkan rumah, Mak Pi sempat memberi isyarat tangan peace kepada Johan. Sekali lagi, Mak Pi membuat dua pusingan 360 dihadapan rumahnya sambil menjerit. Ayam-ayam ternakan mereka juga yang pada kebiasaannya akan turut serta memeriahkan keadaan dengan menjerit dan merusuh kelihatan tidak berminat untuk berbuat demikian lagi akibat kebosanan. Ayam-ayam tersebut hanya melihat dari dalam reban sambil menyanyikan lagu kebangsaan Negara Jepun. Mak Pi kemudiannya memecut laju kereta kancilnya dan pergi ke pertandingan drag pada pagi itu diikuti dengan perlawanan bola sepak menentang kampung sebelah pada sebelah petang dan juga permainan holo pada sebelah malam.
Johan yang masih lagi berada ditangga depan rumahnya mengalami batuk akibat termakan asap kereta ibunya sebentar tadi. Dia kemudian masuk kedalam rumah. Pintu ditutup dan dia duduk pada sofa dan mula bermain Xbox sampai muntah. Tidak sampai tujuh minit, Johan sudah pun muntah untuk kali yang ke lima. “Boring game tok” katanya sambil mengelap bersih mulutnya yang masih berlumuran cecair muntahannya. “Bagus gik masak maggi”. Johan bangun dan pergi kearah dapur. Dia mula memasak air panas dengan menggunakan kawah besar. Kemudian dia mengambil dua kotak mee maggi kari dan memasaknya sekaligus. “nam ploh bungkus. Cukuplah kenyang sampey malam tok” katanya sambil membuka enam puluh bungkus mee maggi kari dan memasaknya didalam kawah yang besar.
Setelah masak, Johan menabung mee tersebut kedalam sebuah besen yang besar. Kemudian dia memikul besen tersebut dari dapur hingga keruang tamu. Dia makan mee maggi tersebut sambil menonton iklan “daftarlah sebagai pengundi” di tv. Sambil makan dan menonton tv, Johan yang masih merasa bosan mengambil ipadnya yang terletak diatas meja pendek didepannya. Ipad itu yang telah basah disaluti muntahnya masih juga dapat berfungsi dengan cemerlang. Johan yang kebosanan mula melayari internet dan masuk ke halaman facebook dan dia mengemas kini statusnya. “Sedang Makan enam puLoh bunGkus mEE maggi Kari tanpa perencah! Haha!! – at my rumah.” Selesai mengemas kini dan menyukai status facebooknya, ipad tersebut pun di rendam bersama kuah mee maggi. Johan kemudian menyambung lagi aktiviti makannya sampai tidak sedarkan diri dan dia tertidur kekenyangan didalam besen sehingga esok pagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
SAKIT KAKI
HumorJohan is the man that has no worries in his life. Together with his friends, Johan is trying to create a world without borders. He can't die and would not be. Join Johan into the world with worst imaginations that can cause your legs to rot. Peace o...