“Woi macha, manok tok semua panggang ka?” tanya Riner kepada Johan. Dari arah dapur Johan menjawab “sik suma ya barbeque jak. Cukup ka? Mun sik cukup kitak orang tolong sembelih manok sekok gik” kata Johan kepada rakan-rakannya diluar. Louis yang sedang sibuk meniup arang dengan penyedut minuman memandang kearah Riner “sapa gik datang klak ner? Pesan daknya suroh beli dadu key men holo malam tok”. “Banyak datang rasaku. Johan padah tek suma geng nya jemput” kata Riner kepada Louis.
Tidak lama selepas itu, kelihatan sebuah kereta kelisa masuk kedalam rumah. “Tok confirm Billy ngan Luther tok” kata Louis sambil dia terus meniup api yang semakin marak. Tepat sangkaan Louis, dari dalam kereta kelisa keluar dua orang pemuda. Billy keluar sambil membawa beg plastik hitam dan Luther pula keluar membawa sekotak air minuman keras. “pa ko mbak ya pok?” tanya Louis kepada Billy. “Ikan kelik. Aku beli duak kilo tek. Cukup ka?” tanya Billy kepada Louis. “Cukuplah ya. Banyak gik barang makan kat dalam nun” jawab Louis. Luther meletakkan kotak minuman keras diatas kerusi dan terus membuka kotak tersebut. Dia kemudian mengagihkan minuman tersebut kepada setiap orang yang ada. “Lamak dah sik minum beer eh. Time kita kat sematan ariya pun aku sikda minum juak” kata Riner kepada rakan-rakannya. “Bah apa lagik. One go lah” kata Luther kepada Riner sambil dia menyalakan rokoknya.
Johan yang datang dari arah dapur sambil membawa besen yang besar menghulurkan besen tersebut kepada Luther. “Tok sosej ngan fishball. Cukuplah key kita malam tok. Ada beer sik? Mintak sigek lok” kata Johan sambil turun dari tangga rumahnya. “Beer ada” jawab Luther sambil mengambil setin dan diberi kepada Johan. Tidak lama kemudian, datang lagi rakan-rakan mereka yang lain seperti Joseph, Ez, Tilson dan juga Nru. Mereka bersama-sama menjalankan aktiviti barbeque sambil bercerita dan minum.
Lebih kurang pukul Sembilan malam, kedengaran bunyi kereta yang laju datang dan masuk kehalaman rumah Johan. Semua yang berada diluar terkejut dengan kehadiran kereta kancil itu. Kereta kancil itu membuat dua pusingan 360 darjah dihadapan semua orang. Selesai sahaja membuat aksi drift, kereta itupun berhenti dan enjin dimatikan. Pintu kereta dibuka dan Mak Pi keluar. Topi keledar dibukanya dan dibaling kearah jalan raya depan rumahnya tanpa menoleh kiri dan kanan. Pintu kereta bahagian pemandu yang masih lagi terbuka luas tidak menyenangkan mata dan hati Mak Pi langsung. Tanpa berfikir panjang, Mak Pi menendang pintu keretanya hingga tercabut pintu itu dan tersadai diatas jalan. Mak Pi terduduk sambil mengurut kakinya yang sakit akibat perbuatannya sebentar tadi. Dia kemudian bangun dan berjalan menuju kearah Johan dan rakan-rakannya. “Pa projek kitak orang tok?” tanya Mak Pi sambil melihat kearah ayam-ayam yang sedang dipanggang diatas bara. “Barbeque biasa jak aunty. Kitak balit dari siney tek?” tanya Joseph kepada Mak Pi. “Aunty balit dari training men bol tek kat sekolah. Sik lamak gik ada tournament ngan dak kampong sebelah. Asuk ko pun ada training sama ngan mek orang tek Riner” kata Mak Pi kepada Riner.
Setelah duduk diatas kerusi, Mak Pi meneruskan cerita “terer asuk ko men. Time training tek nya score nam igek gol. Terus coach mekrang selectnya jadi kapten” kata Mak Pi lagi sambil membuka kasut sukannya. “Ada meli beer sik tak orang tek. Merik aunty setin lok. Aus nyawa driving laju ilak”. Luther dengan segera bangun dan mengambil setin beer dan dihulurkan kepada Mak Pi. “Apalah position kitak men bol aunty?” tanya Luther kepada Mak Pi sambil menyerahkan air beer. “Aunty first men back tapi yala tek aunty sik tauk gilak rule men bol so aunty score duak own goal. Manas coach alu lah kenak buang padang aunty tek. So aunty kira jadi sub ajaklah” jelas Mak Pi kepada mereka. Louis yang mendengar penjelasan Mak Pi terus jatuh ketanah dan berguling-guling seperti bola dan ketawa. Joseph juga mempamerkan aksi yang sama. Mereka yang lain turut ketawa dan ada yang ketawa sehingga pecah perut juga. Semua orang ketawa hampir dua jam tanpa henti tetapi malangnya, tiada seorang pun yang mati kerana kebanyakan daripada mereka hanya berpura-pura ketawa disebabkan takut akan menerima nasib yang sama seperti pintu kereta kancil Mak Pi.
Lebih kurang pukul tiga pagi, semua orang bersurai. Johan menutup pintu depan rumah dan dia kemudian baring diatas sofa. Tidak sampai sepuluh minit, Johan terlelap akibat kepenatan. Mak Pi yang baru selesai mandi melihat Johan sudah terlelap diatas sofa. Mak Pi tidak mahu mengganggu Johan. Dia pergi kearah suis lampu dan menutupnya. Kemudian Mak Pi masuk ke bilik tidur untuk berehat.

YOU ARE READING
SAKIT KAKI
HumorJohan is the man that has no worries in his life. Together with his friends, Johan is trying to create a world without borders. He can't die and would not be. Join Johan into the world with worst imaginations that can cause your legs to rot. Peace o...