Bab 15 | Panggilan

8.2K 302 18
                                    

"Alia Maisarah?", Afiq panggil namaku sambil mengamit tangan ku untuk keluar dari butik. Dalam masa lima saat sahaja tubuh ku disauknya supaya dalam rangkulannya.

Aku tarik nafas. Tidak suka akan kemesraannya. Selamba badak sahaja tak reti malu. Aku jeling dia tajam.

"Nanti you jatuh", terangnya dengan muka selamba. Dia membawa makan restoran mewah. Aku siap memberitahunya dia bahawa aku sendiri memesan makanan sendiri. Dia menganguk tanpa melihat aku.

Selepas sahaja kami makan, Afiq mengajak membeli baju baby. Kami membeli dengan pelbagai warna kerana belum pasti lagi jantinanya.

###

"Dari tadi lagi ibu perhatikan kamu berdua ni senyap aje. Kamu berdua gaduh ke?", tegur Puan Fatimah. Wajah anak menantu dipandang bersilih ganti.

"Tak lah bu, penat tak hilang lagi nih dari shopping", dalih Sarah . Tidak mahu mengetahui hubungan mereka dingin.

"Afiq jugak sama kelat semacam aje ibu tengok?", soal Puan Fatimah tidak puas hati.

Afiq khusairi hanya mengeleng sahaja. Dia memikirkan tentang kelakuan Alia yang pelik dan gelabah semacam selepas kembalinya dari tandas. Dalam perjalanan, mereka berdua hanya membisu. Alia jugak melayan perasaan sendiri. Entah apa yang difikirkan Alia pada masa itu, dia pun tidak tahu.

POV Alia (flashback)

"Kenapa jauhkan diri dari abang Sarah?". Aku terkejut sebaik sahaja keluar dari pintu tandas. Langkah ku terhenti dan melihat wajahnya tajam.

"Awak lebih tahu jawapannya Zaf. Saya dah tawar hati dan tak boleh terima awak balik", jawapku tegas. Tidak memperdulikan tentang perasaannya. Aku melangkah meninggalkannya di belakang.

"Sampai hati sayang buat abang macam ni? Dah lama kita kawan, kita kawin jom", pujuknya lembut. Aku terdiam seketika tidak percaya dia berani mengajak aku kawin. Padahal aku sudah punya Afiq.

"Awak dah gila lah", jawap ku melangkah pergi darinya. Tiba-tiba tanganku ditarik dari belakang. Cengkamannya terlalu kuat sehingga tanganku terasa sakit.

Nafas ku sudah mulai naik turun. Tubuh ku jugak turut menggigil. Mata melingkas berharap ada sesiapa yang menolong ku saat ini. Aku meronta lagi. Aku gigit lengannya sekuat hati ku. Apabila dia melepaskan aku berlari selaju mungkin. Tubuh orang yang tak bersalah pun menjadi rempuhan ku.

Aku seka air mata berlinangan di pipi. Bingung fikiran ku saat ini, Zafuan semakin berani. Aku cuba berlagak tidak ada apa-apa berlaku lalu menghampiri Afiq yang sedang menunggu.

...

"Kamu berdua ni dah besar nak jadi mak bapak lagi", ujar Puan Fatimah apabila mendapat mengesan dengan kedinginan mereka.

"Hah.. kenapa senyap ni?", tegur Abang Firus seraya duduk berhampiran dengan ibunya.

"Lapar tunggu kamu", jawap ibu sambil tangannya lincah menyenduk nasi putih dan lauk pauk dalam pinggan Abang Firus.

"Sarah, Afiq makanlah. Apa yang kamu berdua tunggu lagi?", tegur ibu bernada arahan.

"Fiq nak apa? I tolong ambilkan", kata Alia ramah.

"Apa-apa aje", balas Afiq yang hanya menjawap ringkas. Pinggan disuakan kepada Alia supaya lebih senang.

Alia Maisarah menganguk. Seketul ayam masak kurma diambil dan diletakkan ke dalam pinggan Afiq kemudian terung masak belacan dan akhirnya baru pinggannya diisi sama seperti suaminya.

"Kamu berdua ni tak ada pangilan elok ke selain pangil I, you dan nama masing-masing ", tegur ibu membuatkan aku terhenti menyuap kerana tidak tahu menjawap apa. Serentak aku dan Afiq berpandangan antara satu sama lain.

"Masih dalam penyesuaian lah ma", jawap ku bagi pihak kami berdua setelah Afiq tidak menjawap. Aku perasan jugak ibu macam tak suka kalau aku bahasa kan pakai I dengan You bila dengan Afiq.

Setelah siap kami makan malam, aku menarik tangan Afiq supaya mengikutiku. Afiq yang sedang menonton TV bersama Abang Firus menoleh apabila aku mengamit tangannya.

"Jom", kata ku. Dia menjongket kening dengan dahi berkerut. Tak faham lah tu.

"Naik atas",kataku sekali lagi dengan nada suara meleret kali ini. Afiq pun bangun dari sofa.

Masuk sahaja bilik, Afiq merebahkan badan di katil. Matanya terpejam. Aku duduk disisinya hendak berkata sesuatu. Dia yang tersedar akan kehadiran ku disisinya mula buka mata dan bangun dari pembaringan.

"Ada apa nak you cakap kan ke?", tanyanya. Tangan ku dicapainya lalu dicium di belakang tapak tanganku. Dia mengelus tanganku dan aku hanya memerhatikan selagi tidak melampaui batas.

"Boleh tak kita tukar pangilan kalau depan keluarga kita?", ujar ku perlahan. Mata ku redup melihatnya. Seperti aku berkhayal bercakap nada lembut sejak akhir-akhir ini tidak sebelumnya.

Dahi Afiq berkerut lama dengan tangannya menopang didagu. Lama jugak dia terdiam. Mungkin tidak menyangka permintaan ini dari ku.

"Bukan apa ibu tadikan tegur kita. Lagipun dia rasa rak sopan pangil suami sendiri macam tu", tambah ku lagi. Supaya menyakinkan lagi bahawa aku bukan sengaja tukar pangilan.

"Habis tu nak guna apa?", tanyanya.

"Macam biasa sahaja lah. Saya dengan awak?", kata ku disambut dengan ketawa kecilnya. Aku memandangnya hairan.

"Nampak formal lah kalau guna saya dengan awak, kata nak panggil sopan. Panggil I abang, I kan tua dari you"

"Ha? Abang? Geli lah..I fikir you nak suruh panggil darling, honey, hubby ke?" Aku gelak sinis. Dia mengepam bibir. Geram lah tu tengok aku gelak. Suka aku buat dia geram hari ini.

"Ketawa lah sepuas hati you. Kalau macam tu tak nak lah tukar pangilan", katanya selamba. Dia berpeluk tubuh dan matanya masih memandang ke arah aku.

"I tahu I cantik", kata ku membidas balik tidak peduli dengannya.

Afiq tersentak. Bulat matanya mendengar kata-kata ku. Kening turut sama berkerut. Mungkin tidak percaya penyataan itu keluar dari mulut ku.

"Perasan"

"Alah kalau I tak cantik you tak kawin pun dengan I atau you memang gatal sangat kat I", tambahku lagi.

"Pernah tengok I gatal ke?", tanyanya.

"Depan mata I ni!" Aku tergelak-gelak menyindir Afiq. Mendengar jawapan Alia, Afiq menahan geram tangannya bercekak di pinggang.

"Sedapnya mulut you panggil I gatal. Dear, You dengan I sama-sama gatal. Kalau tak kita tak akan kawin", balasnya sinis. Aku terkedu.

"Hahaha tak ada maknanya..", balas ku lagi sambil ketawa. Afiq tersenyum dan mencari akal cara hendak mengenakan balik isterinya.

"Nak tengok I gatal?", kata ku lalu bertindak mengepung Alia dengan kedua-dua belah tangan yang ditahan didinding. Jantung ku berdegup laju dapat membayangkan apa bakal Afiq lakukan terhadapnya.

Alia cuba meloloskan diri dari kepungan Afiq tetapi dia lebih tangkas. Sebelah tangan memeluk dan sebelah lagi terus menggeletek pinggang isterinya.

Terjerit-jerit Alia dan ketawa kerana kegelian sambil mencuba melarikan diri namun tidak berhasil. Alia ketawa sehingga air matanya mengalir di tubir matanya kerana banyak ketawa.

Sehinggalah kedua-dua rebah di atas katil kelegaan. Bilik yang bising itu menjadi sepi serta merta hanya suara helaan nafas sahaja kedengaran.

"Kenapa you nampak lain hari ni?. Kejap okey kejap tak", tanya Afiq kehairanan. Badan yang menelentang tadi bertukar arah menghadap Alia.

####

Votee! Pnjang sikit mlm ni😄 oh btw jemput bce sec story •>• baru je mula..

Daaaa😍

©YOU'RE MY ATTRACTION Where stories live. Discover now