"Dearr lia.. fiq kat sini!"
Alia mendengar sayup-sayup suara Afiq. Alhamdulillah Afiq ada di sisinya.
Bisikkan Afiq melenyapkan rasa takutnya. Pantas sahaja lelaki keji itu sudah tiada pandangannya. Dipeluk tubuh itu apabila dapat meneka haruman itu milik Afiq.
"You... I takut". Mata Alia berkaca-kaca dan kemudian menarik Afiq supaya memeluknya erat-erat. Mahu menghilangkan rasa tidak senang hatinya. Rasa mahu melayang nyawanya apabila mengimbas kembali.
"You.." Alia menangis teresak-esak dalam pelukan Afiq. "I takut you... takut..", ulang Alia berkali-kali.
"Dia.. pegang lia. I minta maaf tak dapat jaga diri. You dia buat..."
"Syyyhh.. tak payah ingat. You tak salah. I ada ni".
Afiq pilu. Entah bagaimana lagi mahu menengkan isterinya. Dia tahu Alia pasti trauma apatah lagi membuat laporan polis, tadi Alia tidak dapat memberi keterangan lebih kerana tidak jelas, kabur. Apatah lagi mahu mengenal dan mengingatkan gagal diingatinya.
###
Sebulan selepas kejadian itu, Alia semakin pulih dan bertambah baik. Tidak lagi terkejut atau terjaga sebab terbawa-bawa mimpi. Mimpi ngeri itu yang menganggu tidurnya. Tapi Alhamdulillah tak lagi.
Perkembangan siasatan kes itu pula masih dijalankan tapi sampai hari ni tak ada khabar berita sebab tidak mempunyai bukti atau klu yang kukuh. Bagi Abang iparnya yang baru tahu beberapa minggu lepas turut terkejut membuat simpulan bahawa niat lelaki tersebut hanya pada hari itu sahaja. Kemungkinan betul sebab dia tidak nampak apa-apa aneh yang berlaku selepas kejadian itu. Walaupun begitu tahap keselematan tetap dikawal. Tidak mahu berulang lagi.
Alia seperti biasa akan menjalankan rutin sehariannya sebagai surirumah tangga sepenuhnya. Afiq menjalankan kuasa vetonya untuk aku resign. Alia sebagai isterinya hanya akur tidak membantah malah turut bersetuju.
"Lia, apa kata kita pergi picnic hujung minggu ni nak tak?", cadang Afiq tiba-tiba. Ketika itu mereka sedang duduk berehat diatas buaian di luar rumah. Ambil angin petang bagini memang bagus selepas makan tengah hari tadi. Arash dalam tangan dipegang. Terkekek anaknya apabila telinganya ditiup dan digigit manja oleh ku. Pipinya menjadi seranganku apabila dia mengelak.
"Picnic? Hmm.. boleh jugak". Alia menganguk setuju. Wajahnya menghantar rasa gembira dengan cadangan Afiq. Aku memang sengaja mahu mengajak Alia pergi berkelah. Maklumlah, kebelakangan ini isterinya lebih banyak meluangkan masa di rumah. Kesian, nak jugak hirup udara luar. Lebih-lebih lagi Arash yang maih kecil pasti mahu mengenal suasana luar.
Tapi nak berkelah dekat mana?", tanya Alia dengan mata melihat diri ku. Senyuman kecil terhias di bibirnya.
"Kita pergi dekat-dekat je. Tepi tasik ke? Nak?", tanya ku turut teruja.
"Okey jugak tu". Alia jugak ikut teruja. "Kalau macam tu, kita pergi beli baranglah dulu. Takut tak lengkap barang nak di bawa berkelah", utara Alia dengan matanya bulat memandang Afiq.
"Bagus isteri I ni.. ni yang sayang lebih ni", puji Afiq sambil mencuit hidung isterinya.
"Mestilah", kata Alia dengan tergelak kecil lalu menolak lembut tangan Afiq.
"Kalau I tak nampak bagus depan you, you masih sayang kat I tak?", tanya Alia sambil merenung sayu dalam mata Afiq. Pipi Arash ku cium bertalu-talu supaya aku tak mengeluarkan air mata. Si kecil merengek dan mengelak dari di cium oleh ku.
"Soalan apa ni lia? You bagus ke tak I tetap sayang you. Kenapa ni?", tanya Afiq kembali. Suaranya yang teruja kini berubah. Tangan pula mencari tangan halus milik isterinya lalu digenggam erat. Buaian mereka yang tadi bergerak perlahan dari had tadi.
"Tak. Cuma kadang-kadang terfikir selama mana kebahagian ini akan menjadi milik kita? Selama mana jugak kita akan rasa macam ni. Tak semestinya you akan sentiasa dengan I. You tak akan tinggal kan I kan?" Tanyanya dengan suara redup. Entah dia dapat rasakan yang akan terjadi, tapi tak tahu mengapa.
"Inshaallah, semua akan baik-baik sahaja. Selama itu kita dapat jangka tapi selama kita mempertahankan selama itu jugaklah kita akan rasa bahagia dalam keredhaan Allah SWT". Afiq menghampiri Alia serentak itu dia mengemaskan lagi pelukkan di bahunya.
"Tapi sejak kejadian tu kan, I rasa...", kata ku terhenti apabila jari telunjuknya diletakkan di bibirku.
"Dah lah lia.. tak payah fikir bukan-bukan", dengan itu tangannya dijatuhkan semula. Buaian bergerak dalam selaras hadnya.
"Yang you perlu tahu I akan sayang you sampai bila-bila. I jugak akan jaga you dan anak kita. Faham?". Nasihat Afiq dengan tegas. Angin petang pun bertiup perlahan meredakan kegusaran Alia. Arash aku ambil dari tangannya.
###
Suasana pagi yang cerah dengan cahaya matahari yang belum lagi memancar terik menjadi pandangan indah di tepi tasik tersebut.
"Nak duduk mana?", tanyaku kepada Alia apabila sampai di kawasan tasik.
"Dekat sana ke sini?", soalku lagi menunjukkan kerusi dan meja yang tidak jauh dari mereka berdiri. Sebelah tangannya lagi membawa bekal. Berat jugak ni.
Alia memerhatikan di kawasan. Redup dan mendamaikan. Tak panas.
"Hmm.. duduk sini jelah. Nanti kalau panas tak payah tukar tempat" Memandangkan tempat mereka kini berhampiran pokok tapi dekat tasik. Menambahkan lagi suasana disekelilingnya. Tikar dibentangkan sebelum bekal diletakkan. Selipar dibuka dan duduk bersila."Banyak jugak eyh lia bawa bekal? macam untuk tujuh orang", kata Afiq tergelak kecil dihujung katanya.
"Saja buat lebih. Kalau lapar boleh makan banyak kali", kata Alia dengan nada mengusik.
"Gemuklah I nanti"
"Tak apa mama tetap sayang.. kan Arash?". Arash yang mula merangkak aku dukung ke riba. Tangannya liar memegang dan mengapai suatu barang ku halang. Si kecik ni bukan boleh percaya sangat, semua nak masukkan dalam mulutnya.
"You pegang kejap Arash ni", arahku kepada Afiq.
Beg yang berada ditengah aku ambil dan mula mengeluarkan isi-isinya. Ada sandwich, ayam, kentang goreng dan sosej. Minuman berperisa diletakkan tepi. Afiq memerhatikan dan menunggu bagaikan tidak sabar walaupun sebelum datang sudah mereka sarapan.
"Ramai jugak orang hari ni kan?", ujarnya.
"Biasalah. Hujung minggu macam ni ramailah orang nak meluangkan masa bersama keluarga". Afuq menyuap makanan ke mulut. Matanya melihat sekeliling kawasan. Hari yang cerah sebagai permulaan sebab tulah ramai yang mengambil peluang nak bersantai.
Arash yang melihat papanya makan mula menghampiri dan tangannya ditadahkan seperti meminta.
"Eik anak papa nak makan jugak? Meh sini papa kasi sikit". Afiq mencubit sedikit sandwich lalu menyuapkan.
"Sedap tak sayang?", tanya Alia melihatnya mengunyah sambil senyum. Aku gagahi mahu mendukungnya.
"Lepas ni kita naik basikal, nak?" Ujar ku apabila terpandang anak muda mengayuh basikal.
"Hisy tak naklah. Nanti jatuh, Arash kan ada ni"
"Ala.. I ada untuk you", kata Afiq dengan mengenyit mata belah kiri saat hujung katanya.
"Poyolah you.. seganlah. Tak nak", bantah Alia enggan mahu dengan cadangan Afiq itu. Afiq tergelak kecil sempat lagi dia menarik muncung hidung isterinya. Kini dia menarik nafas lega apabila melihat Alia mula okey dan ketawa.
###
Cerita ni makin slowkan? Plot aku bertambah atau aku terlalu detail??. Jawaplah aku nak tau jugak. Btw award yg pernah aku join tu belum lagi ada apa2 update tntng pmenangnya.
Ok daaa!
YOU ARE READING
©YOU'RE MY ATTRACTION
Short Story[Status: Complete] Nur Alia Maisarah-"I taknak kawin kawin dengan you plus i tak suka you."What do you expect from me?" Kalau i tak boleh terima you. Afiq Khusairi-I tak expect apa-apa dari you sarah.Satu saja saya mintak be my wife then i will make...