Bab 26 | Sweet home

8K 273 16
                                    

Seperti yang dirancangkan Afiq membawa Alia pergi ke suatu tempat. Pagi-pagi lagi sudah aku bangun dari tidur menyiapkan kerja rumah apa yang patut.

Kereta Afiq berhenti betul-betul dihadapan pintu pagar rumah dua tingat yang bercat putih silver itu.

Matanya melirik sekilas kearah kawasan rumah yang sunyi. Dadanya masih berdebar kencang tidak sabar akan kejutan yang disediakannya ini. Mudah-mudahan kali ni menjadi. Bibir sepontan mengukir senyuman kemudian dia berpaling memandang Alia yang berada disisinya.

"Dah sampai. Kejap ye". Afiq mengusap kepala wanita itu sebelum dia keluar dari perut keretanya. Kemudian dia berlari-lari anak kearah pintu sebelah penumpang dan menguak luas. Bagi menyenangkan isterinya.

"Here we go! Come dear..", Afiq menarik lembut tangan Alia dengan lembut dan menghalang kepala isterinya dari terhantuk. Terkial-kial badan Alia yang terhuyung-hayang lalu memegang tangan suaminya untuk mengekori.

Alia memaut kuat lengan Afiq saat dia rasa langkahnya tidak betul. Seram sejuk rasanya kerana dia tidak nampak apa yang berada dihadapannya. Dengan kedua-dua matanya lagi ditutup dengan sehelai kain lalu diikat dibelakang kepalanya.

Langkah mereka berhenti dan telinga Alia cuba mengecam bunyi yang berada di sekelilingnya tapi gagal. Suasana begitu sunyi kecuali hanya bunyi angin bertiup sahaja kedengaran. Sungguh! Dia tidak ada clue dimana mereka berada. Teruja dia hendak tahu.

"Kenapa berhenti tiba-tiba ni?", tanyaku apabila langkah Afiq jugak berhenti.

"Nak buka ni jap?," katanya seraya menyentuh bahu ku.

"Yaa please. Rimas ni," runggut ku manja. Saja nak lebih-lebih padahal tak pun. Dia suka kena pimpin terasa macam  disayangi lebih pulak.

Afiq bergerak belakang isterinya dan simpulan longgar dibelakang kepala Alia dihuraikan. Terpisat-pisat Alia membuka mata dan sesat kemudian dia terlopong melihat hadapan matanya sungguh buat dia tidak jangka. Gembira hatinya tidak terluah.

"Apa ni?", tanyaku polos. Alia berseri-seri memandang Afiq dengan seribu tanda tanya.

"Guess what?". Afiq menjungkit kening.

"What?", tanya ku dengan wajah tidak sabar.

"This is our sweet home".

Alia terlopong dan sesaat kemudian isterinya itu sudah mendakap erat tubuhnya. Nak terlompat tak boleh dia mengandung jadi peluk sahajalah. Berkaca-kaca mata Alia melihat rumah yang dikatakan oleh suaminya itu. Walaupun tak macam rumah yang dia idamkan namun dia begitu bersyukur. Sekaligus dia teruja melihat mereka mempunyai halaman yang luas. Nanti bolehlah tanam bunga banyak-banyak.

"I macam tak percaya. It's beautiful. Bila you beli?", tanyanya dengan muka hairan. Afiq yang tersenyum senang. Sungguh dia tidak dapat mengawal rasa terujanya ingin tahu. Ini rumah mereka. Semua rasa akan ada dalam rumah ni berkongsi bersama dengan adanya bayi lagi akan lahir tak lama menyinari rumah ni kelak. Amin.

"Dah lama I beli masa kita kawin lagi tapi belum siap," katanya sambil mendaratkan kucupan didahi isterinya. Dia benar-benar gembira jika sekiranya Alia turut suka. Bimbang jugak kalau isterinya tidak menyukainya. Saat membawa Alia lagi macam-macam dia fikirkan.

"Jom masuk", ajakku kepada Alia yang masih lagi tercegat luar rumah melihat sekitarnya. Bibirnya sentiasa menghiasi diwajahnya.

"Habis tu kondo kita tu macam mana?", tanyaku.

"Hanya sementara je. Kita sewakan je kalau takut terbiar"

Mereka masuk dan meninjau-ninjau tingkat atas yang mempunyai lima buah bilik.

Bilik yang ditempatkan tengah-tengah antara bilik lain menjadi pilihan mereka. Banyak perkara mereka rancangkan termasuklah bilik untuk anak mereka kelak.

Alia tersenyum sambil meninjau ruang tersebut. Dilengkapi dengan kamar mandi sendiri serta bath tub berwarna putih. Sangat cantik. Dalam kepalanya macam-macam idea datang untuk menghiasi seluruh rumah mereka dengan berkonsep. Konsep tu lain kali boleh fikir nanti.

...

"Dah kenapa tak tidur-tidur ni?", tanya Afiq merebahkan dirinya disebelahku. Pinggangku ditarik dalam pelukkannya. Aku hanya membiarkan tapi buku majalah bertajuk 'Inspirasi Rumah' masih ada didalam tanganku. Isterinya masih lagi leka dengan permerhatiannya. Tak padan dengan perut besar.

Aku membelek hingga helai kertas terakhir. Idea datang secara tiba-tiba tidak sabar hendak menggayakannya.

"Kejaplah ni. Ni I tengah fikir nak pilih warna apa sesuai dengan furniture future kita tu", kata isterinya masih dengan lekanya melihat majalah tersebut.

"Lia.. I tahu you teruja tapi tak fikir ke you mesti rehat sebab you kan tengah mengandung. Hal rumah tu boleh fikir hari lain lagi pula you dah sarat," ujarnya panjang lebar. Majalah ditangan ku dirampas perlahan lalu diletakkan tepi katil kami.

"Emm..okey", ujarku menurut kata suaminya. Bantal kepala diletakkan elok sebelum berbaring cuba menyelesakan diri. Tangan turut merangkul balik pinggang Afiq.

Alia memejamkan mata mendengar degupan jantung suaminya yang kedengaran. Dunianya terlalu indah dan berharap tidak sesiapa yang memisahkan mereka kecuali Allah. Afiq lelaki yang dibencinya kini menjadi kesayangannya. Kasih dan dirinya diserahkan bulat-bulat kepada lelaki itu. Siapa sangka mereka menjadi rapat sekarang ni.

###
Vote for double update. Malam esok atau malam ni. Korang nak?

Ok daaa!

©YOU'RE MY ATTRACTION Where stories live. Discover now