Bab 16 | Mesej

8K 299 11
                                    


"Kenapa you tak suka?", soal Alia pulak.

"Hmm entah I pun tak tau..", jawapku acuh tak acuh lalu bingkas bangun pergi ke tandas nak berus gigi sebelum tidur.

"Hmm, nak mengelaklah tu..", laung Afiq dari luar.

...

"Beb! Lambat gila kau datang! Dekat setengah jam aku tunggu di sini, kau kat mana?"

Mera menelefon aku sebaik sahaja pangilannya disambut. Alia mengangkat keningnya walaupun Mera tidak nampak. Apa hal pula dengan minah ni?

"Janji pukul berapa? Yang kau datang awal tu apa hal?", bidasku. Mana taknya janji pukul satu ni belum lagi dah terpacak tunggu lama.

"Hihi.. tak saja datang awal manalah tahu terjumpa mamat handsome kat sini", katanya dengan suara gedik.

"Banyaklah kau mamat handsome, hmm okey I'll be there dalam masa lima belas minit macam tu lah", kataku mengakhiri perbualan kami.

"I nak keluar jumpa Mera, I lupa beritahu you semalam", beritahuku kepada Afiq yang melihat aku bersiap-siap.

"You nak I hantar you?", soal Afiq tiba-tiba.

"Eh! Tak apa I boleh pergi sendiri", jawapku pintas tidak mahu dia menghantar.

"Jangan nak keras kepala, biar I hantarkan. Perut you makin besar nanti apa-apa hal susah", rungutnya kemudian tayang muka tak puas hati.

Aku mencemik. Hmm.

"Sayang dah siap ke?", laungnya memanggil aku yang belum ada auranya nak keluar.

Sejak permintaan itu, Afiq memang sediakala sudah memangil aku sayang manakala aku belum. Di hadapan family kami sahaja aku memangil awak dengan saya itu pun dia protes tidak suka. Afiq menyuruh memangilnya abang. Hailah.. banyak songeh betul dia nih!

"Ye kejap", kataku setelah menghabiskan touch up pada mukaku sedikit dan lip balm lepas itu siap!

"Jom", ajakku keluar dari pintu rumah sambil itu mengambil high heel.

"Eh, kejap-kejap kenapa pakai kasut tinggi tu lagi? You kan mengandung tak baik", tegurnya dari belakang melarang aku memakainya.

Aku terbantut memakai apabila dia menegur. Memang ada benarnya jugak.

Lalu disuakan flat sandal kepadaku. Aku kerut dahi kerana merasa hairan ianya bukan milikku.

"Ni abang belikan untuk sayang", katanya menunduk lalu dipakaikan dikaki ku. Cantik! Aku membeleknya.

"Jom I hantar you", katanya sekali lagi.Bertempat di Cafe coffeebean aku bejumpa dengan Mera.

"Kau nak minum apa?", tanya Mera setiba ku disana.

"Caramel latte"

"Okey kejap aku oderkan untuk kau", katanya berdiri pergi kehadaapan kaunter. Buat-buat menunggu tu telefon ku berbunyi menandakan ada mesej dari unknown number.

"I miss you"

Aku dapat mengagak siapa penghantar mesej tersebut. Aku hanya baca sekilas lalu tekan button delete.

"Hah, kau apa cerita sejak kawin ni senyap je", tanya Mera setelah kembalinya dari depan.

"Aku biasalah jelah.. aku mengandung lagi ada jugaklah alahan yang aku hadap", jawapku ringkas.

Sejam lebih jugaklah aku lepak dengan Mera. Kami berkongsi cerita sesama sendiri sejak aku kawin ni sudah jarang kami berjumpa.

Aku tarik nafas panjang. Otakku ligat berfikir mahu pergi mana lagi lepas ini. Kerata ku melencong pergi kearah lain bukan hala rumahku. Aku memandu tanpa arah tujuan.

Akhirnya aku membuat keputusan mahu pergi ke Tesco membeli barang dapur. Semasa bahagian makanan basah aku terdengar namaku dipangil. Apabila aku menoleh kearah belakang. Mulutku terlopong. Perbuatanku terhenti. Terkejut melihat susuk tubuh Zafuan. Aku telan liur.

"Abang rindukan Sarah", ujar Zafuan lembut. Dia melangkah menghampiriku ingin mencapai tanganku. Namun pantas aku menarik cepat. Aku undur beberapa tapak kebelakang. Tidak mahu menghampirinya.

"Apa awak buat kat sini? Awak intip saya ke?", tanyaku tidak puas hati apabila melihat dia mengukir senyum.

Dia kembali mendekat. Tapi aku lebih cepat bertindak melarikan diri. Apabila aku menoleh kebelakang aku melihat Zafuan turut mengejar langkahku.

Tanpa diduga aku tersalah langkah jatuh tersungkur. Kedua-dua lututku terasa sakit dan pedih. Zafuan semakin mendekatiku, bibirnya meleret senyum sinis.

"Lepaslah Zaf", gesaku keras. Lengan ku sudah digengam lalu dicengkam kuat.

"Mari ikut abang", katanya lagi. Badanku seperti hendak didakap tapi tangan ku lincah menumbuk dadanya namun tidak berhasil. Lengannya menjadi gigitanku lalu terlepas. Peluh semakin merenek didahi. Nafasku turun naik.

Aku meminta tolong kepada orang ramai. Syukur, Alhamdullilah disekitar berhampiran ada seorang lelaki datang menyelamatkan ku. Dia menyergah kepada Zafuan. Mujur sahaja dia dah lari.

"Puan tak apa-apa?", tanyanya melihat keadaanku yang berkerut dahi.

"Mari saya tolong puan"

Dia memapah aku sampai parkir kereta ku. Aku duduk dan mengambil nafas. Lelaki yang menolong aku dah pergi sempat lagi berterima kasih dengannya kerana menyelamatkan dari Zafuan.

Aku menstabilkan diri dulu sebelum memandu pulang ke rumah. Sewaktu dalam perjalanan otak ku berfikir macam mana nak menyusun ayat jika Afiq melihat keadaanku. Apa aku nak jawap pada dia nanti? Kalau dia melihat aku tentu banyak soalan yang dilontarkan kepada ku.

Sesampai sahaja aku buka pintu rumah, wajahnya terhidang di depan mata ku. Terkejut aku pada mulanya. Matanya melihat aku lama tak berkelip mata.

"Kenapa you tercegat depan pintu tu?", tanya melihat aku masih posisi sama. Aku melangkah naik ke bilik. Setiap langkah ku dahiku berkerut menahan sakit. Apabila aku mendaki tangga lagilah terasa berdenyut-denyut hingga aku tidak dapat mengimbangi badanku lalu jatuh terjelepuk. Aku memgaduh kesakitan.

Afiq yang tadi duduk di sofa menghampiriku dengan muka bimbang apabila melihat aku terjatuh.

"Lia.. kenapa boleh macam ni?", tanyanya. Tanpa sengaja dia tersentuh lututku. Aku terjerit kecil apabila luka ku disentuh.

"Kenapa dengan you ni?", tanyanya bimbang. Matanya bersilih ganti memandang muka ku dan lutut ku apabila melihat ada kesan koyak pada seluarku yang tadi tergesel di jalan tar.

Aku menundukkan wajah dan tidak menjawap. Tak mampu bertentang mata dengannya. Dia mengeluh dan bercekak pinggang saat melihat aku yang tidak menjawap.

Kemudian Afiq mencempung aku naik keatas dan meletakkan aku di atas katil. Kakinya lantas menuju ke bilik air. Kembalinya dengan membawa besen kecil yang berisi air dan tuala kecil.


Bersambung...

Votee! Jemput baca semua Love Story dan Sindirella Bukan Cinderella by eviellejade baca dan vote jugak. Add dalam reading list korang jugak.

Ok daaa!


©YOU'RE MY ATTRACTION Where stories live. Discover now