Bab 32 | I'll be there for you

5.9K 217 10
                                    

Uitz! Maaf kalau ada typo. Enjoy.

*****

Pantang dilayan sekejap pasti ada Afiq akan menghubunginya. Rindu katanya. Dalam masa sehari entah berapa agaknya dia akan menghubunginya kadang-kadang kalau dia sibuk hanya hantar voicemail. Suatu pada tengah hari itu, Alia dikejutkan pangilan dari telefon bimbitnya. Ketika itu dia sedang menidurkan Arash. Nombor yang tertera tidak dikenali. Tanpa fikir panjang aku pun menjawap. Alangkah terkedunya mendengar bila mendengar suara yang lama tidak didengarinya. Dah tukar nombor dia ni.

"Hai, abang rindu sayang..."

"Buat apa lagi nak telefon selalu mesej je kan!", bentak ku. Buatnya dia menelefon semasa Afiq ada, tak ke buat dia syak tu. Tanpa menunggu dia bercakap lebih lagi, terus sahaja aku letak gangang.

Sehari suntuk pangilan dari Zafuan menggangunya. Entah mengapan perasaan keruannya cukup menggangu sehinggakan Afiq membuat teguran keatas tingkah lakunya yang aneh itu.

"Why dear? What's wrong with you, there something you hidden from me?", tanyanya.

"Tak lah penat je buat kerja rumah". Aku memberi alasan.

"Betul ni? Kalau ada apa-apa beritahu je. Got it?". Afiq memicit bahuku dan memberikan ku senyuman. Pantas aku lemparkan senyuman buatnya supaya suaminya itu tidak membangkitkan lagi persoalan.

###

Kereta hitam yang sejak tadi mengekorinya turut berhenti apabila sudah sampai destinasinya. Jauh dari parkir keretanya dia melihat lembaga hitam. Jantung berdetak cemas. Pucat lesi wajahnya.

Memang pada awalnya dia perasan kereta tersebut mengekorinya namun dia hanya berfikiran positif dan mengangak itu cuma kebetulan. Tapi apabila kereta itu masih lagi mengekorinya dari belakang membuatkan dia pelik. Takut mula menguasai. Fikiran positifnya hilang entah ke mana.

Dalam rasa takut tu, Alia mengintai lagi cermin belakangnya. Kereta kancil berwarna hitam itu masih berada disana seolah-olah sedang menunggu atau mungkin memerhatikannya. Siapa mereka? Kenapa nak ekori dia? Aku tak ada musuh pun. Pembunuh? Perompak? Penculik? Ya Allah, jauhkan lah aku dari segala merbahaya.

Aku semakin tidak tentu arah. Dalam debar, tangan yang menggigil itu segera mencapai telefon bimbitnya. Buat apa lagi kalau tak mendail Afiq. Lama aku menanti deringan bersambut sambil mata melihat cermin kecil di sebelah kirinya. Rasa mahu menangis dirinya apabila berperasaan begini. Tak pernah lagi dia dalam keadaan situasi amat ketakutan.

Apa nak buat ni? Alia mendengus keras apabila pangilannya tidak di sambut. Dia memandang jam yang menunjukkan sembilan tiga puluh minit. Pasti Afiq risau ni, janji tadi nak balik awal. Air mata mula bergenang di tubir mata. Hendak di telefon Abangnya tak ada pergi kursus selama seminggu di Bali.

Aku cuba memberanikan diri. Payung di ambil untuk menjadi senjata walaupun tak sekuat mana, namun itu hanyalah satu-satu benda untuk keselamatannya. Dalam rasa debar yang kian meninggi.

Saat Alia melangkah keluar dari kereta, matanya terbeliak melihat susuk tubuh tegap berdiri hanya beberapa jarak sahaja. Aku cuba berlagak biasa dan meneruskan perjalanan ku. Dalam rasa debar dan takut. Dia mengangkat muka memandang pemilik tubuh tegap itu. Menolehnya ke belakang. Anehnya, lelaki itu mengenakan topeng hitam di wajahnya. Alia telan air liur.

Lelaki itu masih berada dibelakang. Dari jalan perlahan kini bergerak laju. Lelaki itu jugak melakukan perkara sama. Dahi merentik dibiarkan, kemudian lari pecut apabila aku merasa tidak sedap hati. Bahagian lorong aku tuju tanpa sedar. Saat itu ada tangan kasar menolak tubuhnya sehingga jatuh bergolek diatas jalan tar.

Alia mengaduh sakit dan rasa sengal sendinya. Kaki mengesot cuba melarikan diri. Air mata sudak bertakung hanya tinggal dilepaskan sahaja lagi. Saat terbayang apa yang akan terjadi kepadanya. Di ruang fikirannya hanya ada Afiq.

"Jangan dekat.. please jangan apa-apa kan aku". Alia menangis dan merayu. Lelaki itu tidak mengendahkannya rayuan Alia sebaliknya dengan kasar tubuh Alia diheret ke kawasan semak berhampiran. Alia menjerit menahan sakit apabila rambutnya dicengkam. Nak tercabut ubun rambutnya. Tambahan lagi badanya sakit apabila dihenyak dalam semak-samun. Daun duri-duri dan ranting-ranting kayu.

Terkial-kial Alia cuba melepaskan diri namun tidak tidak dapat diatasi dengan kekuatan lelaki tersebut.

"Tolong lepaskan aku. Jangan buat aku macam ni", pintanya dengan muka basah dek air mata. Merayu-rayu aku kepada lelaki tersebut namun tidak sepatah pun yang keluar dari mulutnya.

Tubuh Alia ditolak kasar apabila dia meronta-ronta dan menolak berkali-kali agar dapat melepaskan diri. Kini lelaki tersebut merentap baju yang tersarung dari badanya. Tenaga ku kian berkurang dan sendi-sendi ku lemah.

"Ya Allah.. tolong aku...", rintihku apabila tak dapat membayangkan tubuhku diratah insan keji ini. Sungguh aku rasa jijik jika ianya berlaku. Aku mengetip gigi dan mengumpul semangat lalu dengan sekuat tenaga aku memangil Afiq. Walaupun mustahil ianya datang. Aor mata mengalir deras. Kini seluar dilurut kebawah.

"Afiqqq!!!" Jeritku sambil menendangnya sekuat mungkin. Mata tertutup. Tidak sedar lepas itu.

.......

Afiq mengerjakan solat Isyaknya di surau hospital berkenaan. Sebaik sahaja kembali ke bilik isterinya. Alia sudah mula sedarkan dirinya. Ibu Alia dan Mummy Afiq yang sedang menemaninya.

Apabila Alia membuka matanya, dia mula meronta-ronta dengan suaranya yang sudah tidak bertenaga dia mula meraung. Tangisannya membuat orang simpati mendengar.

"Ibuuu.. tolonggg sarah tak nakkk. Baik sarahh matiii...."

"Ya Allah lia.. bawa mengucap dear". Dengan pantas Afiq sudah berada di sisinya sambil memegang tubuh lemahnya. Tangannya yang menolak-nolak di cengkam kemas agar tidak agresif sangat.

"Lia.. fiq ada ni. Ibu pun ada jugak". Afiq memberi isyarat agar Puan Fatimah menghampiri isterinya itu.

"Ibuu..", sayu suaranya memangil. "Sarah takut bu.. dia nakk bukaaa seluar sarahh tadiii...", luahnya seakan lemah.

Berjuraian air mata Puan Fatimah melihat keadaan anaknya. "Yee ibu kat sini sayang. Shusshh.. tak payah takut". Tangannya memeluk tubuh Alia sambil mengusap belakang bagaikan memujuk.

Alia kembali terlelap. Mungkin ubat yang di beri telah membuatkan dia berkelakuan demikian atau mungkin ada yang membuatkan dia hilang semangat. Apapun Afiq kasihan dan sedih melihat keadaan isterinya itu.

Sepanjang malam dia lebih bersama di samping isterinya. Kedua-dua pasangan ibubapanya begitu juagak ibu pulang ke rumah untuk berehat. Walaupun pada awalnya ibu Alia berat hati hendak meninggalkan, khuatir jika Alia akan mencarinya.

"Ibu balik dulu.. fiq ada untuk tengokkan dia." Afiq memberitahu ibu mertuanya. Arash diserahkan kepada ibu untuk menjaga sementara waktu, bagi meredakan hal yang menimpa Alia.

Aku tidak dapat melelapkan mata sepenuhnya walaupun letih. Alia selalu terbangun meracau-racau tidak tentu. Aku gengam tangannya dan membisik memberikan kata-kata semangat. Dia mahu Alia tahu yang dia akan selalu berada di sisinya.

"I love you. I will be there for you". Kata-kata itulah yang selalu dibisikannya ditelinga Alia yang ketika itu dia dalam keadaan separa sedar. "Fiq akan sayang you bila-bila", luahku lagi semasa mengucup dahinya berkali-kali. Tangannya diletakkan dibibir.

Ada air mata bergenang melihat Alia bagaikan layu dan lemah tudaj bermaya. Jauh di lubuk hati dia terkilan apa yang terjadi kepada isterinya.

####

Enjoy your read! Ok daaa!!

©YOU'RE MY ATTRACTION Where stories live. Discover now