Bab 20 | Baby gerak

9.3K 286 14
                                    

Afiq melangkah masuk ke pejabat pukul satu tiga puluh minit petang pada hari itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Afiq melangkah masuk ke pejabat
pukul satu tiga puluh minit petang pada hari itu. Pagi tadi dia sengaja lewat datang. Pukul sembilan pagi dia masih berbaring di atas katil menunggu baby bangun tidur.

Sejak Alia Maisarah memberitahu yang baby biasanya bergerak pukul sembilan setengah pagi. Teruja pula dia hendak menyaksikan keindahaan ciptaan Tuhan.

Alia pun tak segan hendak bercerita. Dia pun teruja pada awalnya. Berseri-seri je mukannya sejak mengandung ni.

Subhannallah, berbaur jiwanya saat terasa pergerakkan bayinya itu. Terharu, gembira dan kagum. Semua ada. Satu perasaan yang tidak dapat dibayangkan selama ini.

Sungguh dia tidak sabar pula menanti kelahiran zuriatnya itu lebih sebulan lagi. Perut Alia pun sudah sarat sangat. Sampai tiap-tiap bulan beli baju mengandung sebab tak muat.

Kalau tidak kerana Alia Maisarah rimas dan segan. Memang dia hendak je berkepit dengan isterinya itu. Perangainya pun tak boleh dijangka. Kejap nak kita kejap tak.

Tetapi dia harus memahami keadaanya ditambah lagi dia masih kerja. Dia degil tidak mahu berhenti.

Sampai sahaja, dia melabuhkan punggung di kerusinya. Setiausahanya yang menyapa mengekori dari belakang terus menyerahkan satu fail kepada Afiq.

Afiq sambut fail tersebut. Diselak dua, tiga muka surat. Dengan mulut ku mengomel puas hati dengan keterangan itu.

"Nanti bagi balik. Ada apa-apa lagi?", tanya ku melihatnya seketika.

"Tadi Puan Rozita cari you.. dia beritahu nanti ada meeting pukul lima petang", terangnya.

Aku terkejut. Hari ni ke? Bukan esok?", tanya ku dengan wajah bingung.

"Tak hari ni", katanya mengingatkan. Afiq terdiam seketika. Dia betul-betul terlupa. Mungkin banyak aktiviti lain dia buat. Baru malam ni nak ajak Alia makan kat luar. Tapi tak apalah, lain kali sahaja.

"Okey, nanti saya datang", kata ku setelah lama berdiam.

"Saya keluar dulu", pinta Nadia berjalan ke muka pintu.

Pada hari itu aku balik lambat setelah meeting dengan Puan Rozita mengambil kata sepakat dan sudah dipersetujui sesama. Terlihat sahaja setiausahanya yang mengandung, teringat pula pada isterinya.

Dia menelefon sebelum lima petang lagi. Dia tersenyum sendiri terkenangkan tabiat isterinya sejak mengandung ni. Banyak karenah yang mesti aku hadap.

"Dear, you kat mana?"

"Kat rumahlah..", suara Alia serak-serak basah menjawap. Afiq tersenyum. Itu suara di awal pagi. Seksi dipendengarannya.

"Tidur?"

"Hmm.. penat. Balik dari jumpa Mera tadi balik pukul dua lebih. Teman beli barang". Alia buka mata separuh, masih mengantuk.

"I balik akhir sikit ni. Nanti apa-apa call tau", pesan Afiq kepada isterinya.

"Hmm.." katanya kemudian menutup pangilan.

Selesai sahaja perbincangan terus balik ke kondonya. Di ruang tamu senyap je tak berpenghuni. Selalunya jam begini Alia akan menonton tv. Kali ni tak ada, mungkin dalam bilik tu.

Naik tangga kemudian menuju bilik tidur mereka. Terpandang Alia yang tidur nyenyak dengan kedua-dua tangannya mendepa. Nampak sangat letih.Perlahan Afiq melangkah pergi bilik air untuk membersihkan diri.

Alia tersedar dari tidur. Telinganya menangkap nada dering dari telefon bimbit milik ku. Aku dah set silent entah kenapa berbunyi aku lupa tukar balik kot.

Aku menala pandangan ke pintu bilik air yang bertutup rapat. Apabila seali lagi berdering terus sahaja aku capai takut Afiq terdengar. Melihat sahaja ianya dari Zafuan.

Aku gigit bibir. Kenapalah dia telefon lagi ni? Aku letakkan semula telefon bimbit ku di sebelah ku seperti tadi. Kemudian berpura-pura tidur apabila pintu bilik air dibuka lalu bunyi derap kaki jugak kedengaran.

Berderau darah ku apabila tiba-tiba jari Afiq menyelah rambut yang menutup pipiku. Tangannya mengelus lembut kepala aku. Bau wangi mandiannya terhidu di rongga hidungku.

Aku masih membekukan tubuh sehingga tindakkan terakhirnya buat aku terasa sesak di dada aku tidak suka kucupannya singgah lama di pipi.

Terus aku buka mata memandang dia. Cepat-cepat aku beralih mata tak mahu dia dapat tangkap riak wajah ku bertukar warna.

"Lena you tidur?" Dia bertanya tersenyum manis.

"Tak, you kacau I"

"Sorry, buat you tersedar"

Aku tidak membalas. Afiq terus berbaring di sisi Alia. Tubuh isterinya dipeluk. Rindu. Kali ini isterinya hanya membiarkan. Alia yang sudah malas hendak bergerak. Kakinya yang lenguh dan perut yang semakin memboyot.

"Aww.. sakit!" Tiba-tiba Alia terjerit. Afiq tersentak. "Kenapa?"

"Kaki I cramp " katanya perlahan.

Afiq bingkas bangun dan memicit kaki kiri Alia untuk mengurangkan rasa kejang itu.

"Alahai.. kesihan isteri I ni", kata Afiq dengan tangan masih mengurut. Dia tahu sejak isterinya semakin hampir bersalin ni dia asyik mengalami kekajangan.

Kadang-kadang tengah malam, dia terjaga apabila Alia mengadu kesakitan. Memang lah mula-mula tu dia tak nak sombong! Akhir sekali baru nak mengadu.

Tapi waktu malam aku meluangkan masa untuk Alia dan baby. Walaupun lia tak nak. Usap perutnya sambil bercakap. Itu saranan doktor tau. Hingga sekarang kami belum mengetahui jantina bayi kami. Padahal dah nampak kalau ultrasound.

Banyak kali jugak doktor yang membuat pemeriksaan itu memberitahu bahawa dah boleh nampak. Tapi kami tetap tak nak ambil tahu. Yang penting selamat dan cukup sempurna. Biarlah rahsia.

Afiq tersenyum dan terus memicit kaki Alia. Dia tidak kisah walaupun penat. Rasa kasihnya kian bercambah Alia je yang tak percaya.

######

Ok ni last aku update. Hihi hajat tak nak awal tapi sayangkan. Tak kan lah aku nak hold dulu. Lalalalalal. Vote je klau ko rasa baik hati.😉😉 komen kalau ada silap nk cepat punya pasal.

Daaaa! 😚

©YOU'RE MY ATTRACTION Where stories live. Discover now