Bab 11 | "Lovely as ever"

11K 321 20
                                    

Pada paginya kami sarapan di Tea house Cameron valley. Sesuai sangat tempat ini dijadikan lokasai sarapan karana menunya tidak berat. Aku mengambil pesanan pie manakala Afiq ialah puff. Memang sedap.

Destinasi kami seterusnya ialah Lavender Garden. Ya Allah, cantiknya memang tak nak balik lah. Wangi sangat. Kemasukannya hanya rm10 manakala kanak-kanak rm7 je. Murah memang berpatutan. Kami berjalan-jalan tapi Afiq didepan ku. Dia merunggut apabila melihat semeter jauhnya dari aku. Tak kuasa aku nak bejalan beiringan dengannya.

Aku leka melihat sekitarku sehingga panahan flash menyuluh muka ku. Afiq sedang membelek kamera di tangannya.

"Lovely as ever" komennya dan kemudian tersenyum manis kepada aku. Kening aku terjongket tinggi. Pujian itu memang saja ke apa? Aku buat endah tak endah dan terus meninggalkan Afiq dibelakangnya.

Kaki ku terus menyusuri dan aku terlihat terdapat orang berjual aiskrim lavender. Nampak sedap tak pernah dengar. Tiada lain yang aku fikir kan selain mendapat menjamah aiskrim ini. Nak jugak rasa.

"Nak ke mana tu?" Tanya Afiq apabila aku jauh meninggalkan nya dibelakang.

"I'm craving nak makan aiskrim", jawapku pantas. Aiskrim ni hanya berharga rm7 boleh lah harganya ni.

"Lepas ni kita nak pergi mana?", Aku menoleh arah Afiq yang sedang mengelap tepi bibirku yang comot. Lagipun aku tak payah nak makan bersopan bagai depan dia. Dia ni memang bajet caring.

"Oh yaa.. sebelum kita balik, kita singgah beli di Nova Mall." Aku sudah memikirkan cenderahati yang ingin dibelinya.

"You nak beli untuk siapa?"

"Untuk mak,abang firus, mummy,daddy dan Mera sekali". Alia mengira dengan jarinya. Banyak macam tu sekali dia kira.

"Hmm ikut you lah..", jawapnya ringkas.

HANYA selama seminggu saja kami bercuti. Ianya amat meletihkan tapi seronok banyak tempat kami kunjungi seperti taman kaktus,raju hill strawberry farm dan taman Agro Teknologi Mardi.

Sudah masuk tiga hari kami pulang. Afiq kembali sibuk dengan kesibukan kerjanya begitu jugak dengan Alia. Sudah banyak kali suaminya melarang namun degil tidak mahu.

Afiq khuatir dengan keadaan isterinya yang berbadan dua. Dia kelihatan letih dan pucat. Perut nya kempis mula kelihatan namun dapat Alia tutupi dengan baju besar ketika keluar rumah.

Aku buka telekong dan meletakkan di penyangkut khasnya. Aku panjat naik ke katil. Berbaring dan menarik selimut.Afiq yang baru sahaja meletakkan songkok di sisi meja solek.

Aku meraba-raba dahi dan leherku. Panas. Sejak semalam lagi kepala ku berdenyut-denyut. Tekak terasa gatal ditambah lagi dengan perutnya tetasa kencang.

Kaki Afiq menapak langkah kearah aku lalu duduk di sebelahku. Aku hanya memejamkan mata dengan tangan melintang di dahi.

"You tak sihat?" Kening ku berkerut sudah bercantum rapat. Aku tidak membalas.

"Kita pergi klinik sekarang".

"Tak payah", bantahku dengan suara perlahan sambil mata masih tertutup.

Selepas itu aku terdengar pintu almari di buka dan bilik air. Dalan beberapa saat saja Afiq sudah kembali dari bilik air dengan membawa bekas air serta tuala berendam di dalamnya.

Aku biarkan dia meletakkan tuala basah ke dahiku. Aku pula hanya pejam mata. Sesekali aku intai wajahnya. Apabila pandangan kami bertembung dengan cepat anak mata ku larikan arah lain. Mujur dia hanya tayang wajah selamba.

Aku menekup mulut dengan telapak tangan. Mata ku masih memberat terasa mengantuk lalu hanyut dalam tidur. Dalam masa beberapa minit tidur ku terganggu. Badan ku digoncang perlahan.

"You makan dulu baru tidur", aku merenggus kasar.

"Taknak.. "suara Alia merengek dengan selimut ditarik laju menutupi wajahnya. Afiq tarik perlahan namun di tarik pantas. Mereka main bertarik- tarikan. Last-last Alia mengalah jugak dia pun letih melayan.

"Makan bubur ni. Lepas tu, baru boleh makan ubat." Arah suaminya sambil menyuakan semangkuk berisi bubur instant. Fikir lah dia masak. Nak cakap 'susah-susah je' dah ni tak jadilah,detik alia dalam hati.

Aku menyuap dalan beberapa kali sahaja. Tekak terasa kering dan perit setiap kali menelan. Dia tiada selera. Aku dapat rasa kan setiap tindak- tinduk kelakuan ku diperhatikan. Sungguh aku tidak senang. Aku geleng tidak mahu dan meletakkan mangkuk di atas meja di sisi.

"Sikitnya you makan", komenya tidak puas hati. Lalu menghulurkan dua biji penadol. Terpaksa menelan tanpa rela. Air kosong di capai pantas bagi menghilangkan rasa pahit dalam mulutku. Ish.. dia ni lain kali bagi lah ubat jenis berendam ni tak. Payah nak telan tau..

"Ni mesti you makan aiskrim banyak kali sebab tu demam", katanya sambil mengangkat talam hendak keluar.

Aku hanya mengiyakan dalam diam tidak membalas malah berbaring menyambung tidurku. Manakan tidak dia kata begitu selepas saja kami balik aku menyuruhnya membeli. Begitu jugak seterusnya hingga lah aku dilanda demam. Baru stop makan aiskrim. Aku tidaklah gemar makan aiskrim. Tapi entahlah. Ini kot rasa mengidam?

....

Bangun paginya aku lihat Afiq tidak ada disebelahnya. Aku melihat jam di telefon bimbit. 8.45 pagi. Akhirnya aku bangun. Aku menuju ke bilik air untuk membersihkan diri nasib baik aku cuti hari ini tak lah aku tergesa-gesa mengerjakan sembahyang subuh.

Aku turun kebawah menuju dapur. Aku ternampak notis yang dilekatkan atas dulang.

'Makan my dear sorry ada hal kat ofis. I ada sedia kan milk with sandwich. Ini je mampu i sediakan. See you later on'. Oh.. don't forget eat your medicine.

-Your husband😘

Aku mengangkat dulang dan duduk. Makan jelah dah kena sediakan. Perut pun lapar. Nasib baik hari dah baik tak pening macam semalam. Kalau tak berbaring lah jawapnya.

Selesai saja makan aku melihat tv diruang tamu namun tiada cerita yang menarik perhatianku.

Sedang elok aku berbaring di sofa telefon ku berbunyi nyaring. Hurm siapa pula ni? Bibir mengukir senyum. Abang Firus. Punat hijau ku kuis lalu ku lekapkan ke telinga.

"Assalamualaikum abang"

"Waalaikumsalam, teruk ke demam Sarah? Kenapa tak pergi klinik kalau tak abang boleh rawat?"

"Mana abang tahu?" Tanya ku tanpa menjawap soalan bertalu darinya.

"Tadi Afiq telefon beritahu kat abang"

"Alaa.. malas la.." pangilan terus tertutup. Aku hairan lalu menelefonnya semula tapi tak berjawap.


#####

Sikit saja hari ni malas nk update. Like alway do vote😏 ok daa.

©YOU'RE MY ATTRACTION Where stories live. Discover now