Bab 19 | Aiskrim please..

8K 268 11
                                    

"Pergi! Pergi!", jerit Alia tiba-tiba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Pergi! Pergi!", jerit Alia tiba-tiba.

"Jangan gangu aku!", jeritnya sekali lagi dengan wajah berkerut dahi. Di tambah lagi air matanya mengalir.

"Shush.. shussh.. tidur I kat sini", pujuk Afiq lembut dan perlahan. Alia meracau-racau dan tangannya ternaik keatas seperti tergapai-gapai.

Lama-lama dia pun tertidur semula dan kembali tenang. Aku terkejut apabila isterinya meracau dalam tidur. Mungkin bemimpi?

Aku rebahkan tubuh keatas katil bersebelahan dengannya. Aku pejam mata rapat-rapat sekadar untuk tidur-tidur ayam. Tak lama kemudian aku turut tidur sama membelakangi dia.

Alia terjaga dari tidur kerana asyik mimpi tentang Zafuan. Perlahan dia kalihkan menghadap suaminya tidur dan mengintainya.

Agaknya Afiq tertidur. Dengan berhati-hati aku bangun cuba menyandar badan belakang katil dengan kaki melunjur kedepan. Aku jeling wajah dia sekilas supaya tidak menggangunya.

"Kenapa ni sayang? Mimpi lagi?". Matanya buka separuh dan dipisat lembut.

"Tak boleh tidur ke?", tanyanya lagi. Aku angguk. Mengiakan sahaja katanya. Afiq bangkit dari berbaring kemudian mengeliat. Meregangkan otot.

"Meh sini dekat", arahnya lembut. Lama aku terdiam. Aku bangun lalu mendekati Afiq. Aku rebahkan badan sebelah Afiq. Dia kucup dahiku dan tarik rapat dengannya.

Aku hanya membiarkan sebab aku berasa amat mengantuk. Lagi pula aku kesian dengan dia sebab gangu tidurnya. Aku pejam mata rapat-rapat. Hati terasa senang dan tenang. Lama-lama mata ku layu tertidur.

....

Alia Maisarah mencari kalibat Afiq khusairi sebab sejak dari bangun lagi dia tak ada.

"Afiq! You nak kemana?", pangil ku tiba-tiba apabila melihat kalibatnya memakai pakaian baru.

Seperti hendak keluar. Haruman dia aku terhidu. Wangi. Haruman bukan main lagi, bau dia. Hatinya tidak tenang.

"Keluar cari makan, You tunggu I tapau untuk you", katanya sambil senyum. Afiq keluar ke arah laman rumah lalu naik ke atas motorsikal kawasaki berwarna hitam.

Dalam hati menyimpan sebal. Sejak tadi perut aku dah berkeroncang. Kelaparan. Belum beli barang dapur lagi. Aku lihat dia yang memakai topi keledar.

"Nak ikut"

Aku menggeleng dan tayang muka selamba kepadanya. Afiq tarik nafas, tangannya membuka kembali topi keledar. Kemudian ambil tempat di sebelahku. Dia paut wajahku supaya menatap matanya. Aku merengus. Dia senyum segaris tengok bibir aku yang memuncung.

"Nak ikut?", tanyanya lagi. Buat-buat tak tahu pulak lagi mahu tanya.

"Tak nak", balasku pendek. Seakan merajuk.

"Okey look I'm sorry. I betul-betul lupa beli barang dapur termasuklah aiskrim. Mak buncit ni kan suka makan benda tu", sindirnya sambil menjeling aku. Mata ku membulat. Aku cubit lengannya sekuat hati. Dia cuma tersenyum dan gosok bekas cubitan aku perlahan.

Aku naik keatas dalam masa lima belas minit sahaja sudah selesai bersiap. Aku mengenakan baju sedondon dengannya kerana nak cepat punya pasal tu yang main rembat je.

"Nah pakai ni", arah Afiq khusairi menghulurkan topi keledar kepada ku. Dahi ku berkerut dan belum menyambut hulurannya.

"You buat lawak ke?", tanya ku sambil bercekak pinggang. Dia kehairanan dengan mengaru kepala tidak faham. Beberapa saat kemudian baru dia mengerti apabila melihat perutku yang sudah kelihatan.

"Haah lah kan, nanti macam mana nak peluk dah naik motorsikal kalau dah perut you besar", katanya sambil ketawa riang. Geli hatinya apabila membayangkan.

Lalu dia menarik aku naik kereta dan meneruskan aktiviti membeli barang dapur.

Afiq hanya tukang menolak teroli manakala aku hanya pilih dan letak. Kadang kala ada jugak suaminya menyuarakan ketidakpuasannya. Apa taknya aku ambil lima mangkuk sekaligus.

"Kenapa banyak ni? Ambil dua cukup sudahlah", komennya tiba-tiba apabila meletakkan lima mangkuk aiskrim berlainan perisa.

"Alaa.. please ", renggekku perlahan dengan mata bersinar-sinar.

"No!", jawapnya tegas. Aku mengalah kali ini kerana tidak mahu buat dia marah. Kalau tak mesti makin kurang nanti aiskrim ku.

Selesai sudah kami membeli barang dapur termasuklah aiskrim yang aku idamkan. Apabila di kaunter pembayaran, Afiq baru tersedar bahawa aiskrim tu lebih dari dua.

Afiq melihat aku dengan mata tajam dan aku hanya beri senyuman manis. Sempat lagi aku kenyit mata belah kanan agar dapat dia teruskan membayar. Suaminya mengeleng sambil senyum nipis.

"Jom makan", ajaknya tiba-tiba. Aku hanya mengikutnya tanpa bantahan memandangkan aku pun lapar.

Kami berdua melangkah masuk ke sebuah restoran. Afiq lebih gemar memilih di kawasan tingkap. Kami mengambil beberapa pesanan makanan dan minuman. Buat seketika menunggu oder kami sampai, mata ku meliar di kawasan itu.

Tiba-tiba sahaja terpandang Zafuan yang baru sahaja datang dari pintu. Dia terkejut melihat kami lalu menghampiri.

Aku menyorok belakang Afiq dan memegang erat lengannya. Ketika itu Afiq khusairi belum sedar kehadiran Zafuan malah melihat aku dengan kelembutan. Rasa tenang sahaja hatiku turut memandang.

"Eh?", tegur Zafuan, terkejut.

Dia tidak menyangka akan berjumpa dengan Alia Maisarah. Lihat sahaja gayanya dapat teka walaupun cuba menyorok dari ku.

"Eh, Afiq!", ujarnya sekali lagi. Menyebut nama lelaki itu sahaja aku berasa menyampah. Nanti kalau sebut Sarah syak nanti.

"Eh, Zafuan buat apa sini?", tanya suamiku mesra.

"Makan dengan client ", beritahunya.

"Oh marilah join sama", ajak Afiq kepadanya. Aku hanya berdiam tidak mahu mencelah walaupun tidak suka.

"Tak apalah gangu sahaja nanti", tolaknya lembut. Aku jugak harap begitu nasib baik dia tak mahu.

"Okey"

Zafuan berlalu pergi sempat lagi dia memberi senyum sinis kepada ku.

Alia Maisarah menikmati makanan dengan begitu selera setelah sampainya makanan. Dia hampir lupa kepada Afiq yang sedang memandangnya. Itu sudah menjadi sikapnya kalau sudah lapar. Tidak peduli lagi hal sekelilingnya.

"Amboi!, tadi pegang lengan kita ketat-ketat. Ni dah makan lepas terus je", sindirnya sambik menyisip minumannya.

"Aduhh, sakitnya!", adunya sambil mengosok lengannya.

"Padan muka you! Memain je kerjanya", ujarku menahan geram.

"I gurau je lah", ujarnya tersenyum.

Dari jauh Zafuan menjeling pasangan itu. Hatinya berasa geram melihat kemesraan mereka. Kadang-kadang mereka ketawa. Adegan suap-menyuap pun ada. Walaupun butir bicara meraka tidak kedengaran tapi dari tingkah laku mereka sahaja mengambarkan mereka tengah bahagia.

###

Very short one. Sorry lambat tapi atleast ada kn.. hihi saja update hari ni. So lepas ni tak tahu bila lgi update.. tq kepada yg mmvote story ni. Appreciate sngatt2😚

Ok daaa!

©YOU'RE MY ATTRACTION Where stories live. Discover now