#####
"Sarah!", tegur Zafuan bila melihat sarah di hadapan lobi pejabatnya.
Gadis yang memakai jubah elegan itu nampak cantik. Perutnya yang memboyot kelihatan. Kali terakhir melihat dia tak perasan kot.
"Nak apa?", tanya Alia Maisarah kasar. Dia sudah mengagak terjumpa akan Zafuan. Walaupun suara hatinya berdoa agar tidak bertembung namun tidak menyebelahi hari ini. Menyampah betul harinya diganggu olehnya.
"Abang nak cakap sikit dengan sayang", katanya dengan nada perlahan. Lengan ku diraih lembut.
Aku tersentak. Merenung tajam ke arah Zafuan agar dia melepaskan tapi dia buat tak reti bahasa. Geram dengan perangainya yang semakin menjadi.
"Assalamualaikum", tegur Afiq yang tiba-tiba muncul entah dari mana secara mengejut. Alia terdiam. Lantas salam Afiq dijawab begitu jugak Zafuan.
"Buat apa you kat sini?", tanya Alia perlahan.
"Kita kan nak pergi lunch. I dah mesej you pun", ujar Afiq memegang kemas tanganku.
"Oh, ye ke? Hihi I tak perasan", kata Alia dengan sengihan selepas meraba handphone di dalam bag tangannya.
"Kalau macam tu. Jomlah", ujar Alia. Dengan sepontan dia menarik lengan suaminya dan dibawa lelaki itu bersamanya. Afiq tanpa membuang masa terus bergerak.
"Kami pergi dulu ya", pamit Afiq kepada Zafuan. Dia yang melihatnya berasa bengang dan tidak puas hati melihat pasangan tersebut.
Alia tergamam. Jantungnya berdegup apabila Afiq membalas dengan memaut erat pinggangnya. Mahu sahaja dia menepis tangan itu lebih pantas dari biasa.
Tapi dia menjaga air muka suaminya lagipula Zafuan masih tercegat melihat kami. Dia suka melihat riak wajah Zafuan ketika melihat aku dengan Afiq yang kelihatan mesra.
Sampai sahaja diparkir, terus aku meleraikan pegangannya tetapi tidak lepas. Sebaliknya dia mengeratkan lagi pautannya. Makin tidak keruan Alia dibuatnya. Dahlah tempat public. Buat malu je.
"Kenapa awak ni?", soalku cemas.
Matanya memandang sekeliling. Takut-takut ada yang melihatnya. Mujur tiada sesiapa selain mereka lagipun tempat parkir ini tersorok dari pandangan orang ramai. Hanya beberapa buah kereta sahaja yang kelihatan.
"Nothing ", bisik Afiq sambil mendekatkan wajah ke wajah isterinya. Alia kecut perut jadinya. Sesak nafas dengan jarak mereka yang terlalu rapat. Tiada ruang dia hendak bergerak jauh dari suaminya.
"Jangan dekatlah", kata ku sedikit bergetar. Mata ku masih melihatnya walaupun kekok semestinya ada.
"Kenapa tak boleh dekat?", tanyanya dengan sengaja.
"I jerit nanti", ugutku pula. Cakap je lebih tapi tak sebenarnya. Afiq semakin lain, kuat mengusik dan acah romantik dengan aku.
YOU ARE READING
©YOU'RE MY ATTRACTION
Short Story[Status: Complete] Nur Alia Maisarah-"I taknak kawin kawin dengan you plus i tak suka you."What do you expect from me?" Kalau i tak boleh terima you. Afiq Khusairi-I tak expect apa-apa dari you sarah.Satu saja saya mintak be my wife then i will make...