Bab 30 | Men in apron's

7.1K 236 26
                                    

Promote:-
°A lament of my life
°FAKTA CRUSH
Both of story from khadnas jemput baca, vote& komen sangat dialu-alukan.

####

Afiq mengeluh lega selepas kotak-kotak terakhir yang bersaiz sederhana besar itu berjaya dimasukkan didalam rumah baru mereka. Finally!

Alia baru je teringat akan rumah ni setelah bersalin. Seminggu dari majlis aqiqah lagi Alia dah memborong barang perabot dan peralatan rumah. Pokai dah. Banyak jugak guna duit. Cuma hari ni paling kampen sedunia.

Sejak awal pagi lagi dia dah berhempas pulas membantu isterinya mana yang patut. Memindah dan menyusun segala barang rumah semua dilakukan oleh isterinya sendiri. Awal-awal lagi dia dah memberitahu akan hal itu. Bukan senang nak pindah rumah baru ni, memerlukan banyak tenagadan usaha yang kuat. Itu pun dah kira nasib baik Ahmad Firus turut sama menolongnya. Sementara dia pun off day.

Arash Amsyar ditinggalkan bersama ibu untuk menjaga sementara waktu memandangkan kami suami isteri mengemas rumah rasmi kami. Ibu pulak tidak keberatan untuk menjaga, teruja lagi adalah.

Afiq merebahkan duduknya di atas lantai yang berhampiran dengan penghawa dingin yang dipasang. Peluh yang merentik didahi disapu kasar dengan bajunya. Pandangan dihalakan di ruang tamu yang kotak-kotak kecil masih lagi belum dibuka dan dikeluarkan. Tentunya ada lagi sesetengah barang belum disusun elok.

Dihargai sangat sikap timbang rasa isterinya yang mahu mengubah suai sendiri tanpa mengupah pereka professional. Dia kata nak berjimat walaupun aku sudah memberi kata putus. Aku tahu dia memang nak tapi isterinya bercakap panjang lebar pasal ni bahawa mereka patut berjimat cermat memandangkan mereka sudah memakai banyak duit dalam bulan ni.

Terkenangkan isteri kesayangannya, aku tersenyum panjang. Isterinya masih lagi malu-malu dengannya apabila menyusukan bayi mereka Arash. Wajahnya pasti akan berubah merah bak tomato, sering itu jugaklah aku akan mengusiknya. Oleh itu, Alia akan memalingkan badannya dari penglihatan ku. Pelik dan lawak itu dia rasakan. Tak apa lama-lama okeylah tu.

Aku bangun dari duduk dan mula menapak ke dapur apabila telinganya tidak lagi terdengar bunyi bising. Alia memasak bagi mengisi perut mereka pada tengah hari itu.

Alia bersungguh-sungguh melarang diriku dari masuk dapur sehingga namanya dilaung. Ada kejutan katanya. Sejam sudah dibiar namun tidak ada pangilan pun. Perut pun dah lapar.

"Dear.. are you done? I nak masuk ni?", laungku nyaring sebelum masuk hendak memberitahu awal. Nanti tak pasal-pasal melenting pulak isterinya ini.

"I masuk eh..", tanya ku lagi. Diam dan sepi tidak ada sahutan darinya. Hati mula berkocak risau. Takut terjadi apa-apa yang tak diingini. Segera kakinya masuk melihat isterinya tapi tak kelihatan. Pandangannya teralih kepada api dapur yang masih padam. Maknanya Alia sudah selesai memasak.

Kemudian matanya tertumpu kepada Alia yang duduk di bawah kaki meja dengan tangan diletakkan dikerusi. Kepala turut berlabuh di tangan seakan melentuk. Aku mengeleng dan tersenyum. Ni namanya nak buat kejutan nih! Patutlah masih kemas dan tak terusik lagi. Dia buat tahi mata pulak. Isteri siapalah yang bertuah ni? Dengan buku masakan berselerak nasib baik belum buka api dapur. Kalau tak rentung!

Pipi Alia dicuit dengan bahu ditepuk perlahan. Alia merengek sedikit sebelum matanya terkebil-kebil melihat ku. Kemudian dia menangis teresak-esak. Aku mula hairan. Tubuhnya terhinggut-hinggut dalam dakapanku. Aku semakin cuak. Ni sampai menangis dah kenapa?

"Kenapa? Ada sakit apa-apa ke?", tanya Afiq risau. Rambut yang menutup sedikit wajah isterinya diselit ketelinga.

"I...", Suara Alia tersekat-sekat. Afiq cuba menfokoskan dirinya untuk memdengar luahan isterinya.

"Apa?", tanya ku tidak sabar. Wajah dah berkerut.

"I terlelap, tadi belek buku nak merancang apa yang nak dimasak. Sorry you..", gumamnya perahan sebelum merangkul leherku semula.

Aku dah ternganga. Dia nangis sebab tu je. Fikirlah serius. Lapang hatinya setelah mendengar. Lega.Aku menghela nafas panjang sebelum mata beralih melihat buku yang masih berhampiran dengannya. Nak gelak pun ada, tapi ditahan sedaya upaya. Tak mahu Alia berkecil hati dan merajuk dengannya.

"You kenapalah nak buat I risau. Tak apa lah sayang..", keluhku. Aku tak marah yang penting Alia baik-baik sahaja.

"Habis you kan lapar. I masak kejap lagi siap. You tunggu dalam, okey?", cadangnya bangun hendak menyiapkan.

"No.. never mind", bantah ku turut sama berdiri.

"Kenapa pulak? You marah ke? Janganlah macam ni". Ujarnya bertalu-talu.

"Say it yes. Look at me in apron suite because the chance may not come twice. I will do for you".

"Pandai ke?", tanyannya. Aku hanya pamerkan senyum sinis buatnya. Tengok jelah.

Aku mula dengan menghiris bawang. Ayam dikeluarkan dari peti ais sementara menyediakan yang lain-lain. Tangan lincah menyiapkan satu persatu. Alia yang melihat pada awalnya mula menampilkan diri untuk membantu tapi aku melarangnya.

Dalam sejam lebih, aku berjaya memasak dalam tiga hidangan. Alia pun terlentok-lentok sudah. Bukan mudah nak siapkan bahan lagi tak cukup. Hentam jelah.

"Dah siap masak belum?", rintihnya apabila aku berhampiran dengannya sewaktu memasak.

Afiq khusairi hanya tersenyum sambil duduk di sebelahku.Aku dapat menghidu bau haruman yang dipakainya.Jiwaku sedikit tenang.

"Sudah. I masak special hari ini."kataku mengenyit sebelah mata dengannya.

"Ohh really!" Katanya teruja. Pipiku dikucupnya laju lalu melihat hidangan diatas meja.

"Kalau you masak tadi dah kenyang kan tadi. Nak buat kejutan alih-alih dia pulak kejutannya", balasku selamba. Dia menjeling ke arahku.Aku membetulkan duduk betul-betul di hadapannya. Aku memandangnya sambil tersenyum.

"Nak menyindirlah tu..", ujarnya sambil membesar matanya ke arahku. Aku terkekeh ketawa. Geli hati. Senangnya hati.

Alia mula menghampiriku dan serta merta sahaja ketawa ku terhenti apabila melihat senyum sinis darinya. Idea timbul serta merta lalu berlari menjauh darinya. Berlakulah kejar mengejar antara kami.

"Jangan lari.. letihlah", runggutnya. Aku paling dan melangkah menghampirinya. Tiba-tiba sahaja dia mencubit kuat perutku. Aku menyergah sedikit saja nak tengok reaksinya malah dia tidak memperduliku. Aku geram dengan Alia dan mula mengejarnya.

Tiba-tiba Afiq menarik Alia secara mengejut. Terkejut Alia. Hampir dia menjerit. Membuntang luas mata Alia kala melihat susuk tubuh yang berada di hadapannya saat ini. Pantas.

"Afiq!"

"Shhh...." jari ku pantas melekap di bibir Alia. Afiq tersengih sahaja. Kemudian kedua tapak tangannya melekap di dinding mengepung tubuh Alia yang menarik muncung dengan tingkah Afiq itu.

"Jom ke bilik abang," ajak Afiq menggoda.

"You jangan nak mengada. Nak makan kan", gumam Alia.

"You...." Aku menolak lembut tubuh Afiq yang semakin mendekat. Dia cuba meloloskan diri dari kepungan Afiq tetapi tidak berjaya. Alia cemas dan segan pun ada mereka serapat begini. Namun riak di raut wajah itu dapat di kawal.

"Assalamualaikum..."sapaan seseorang dari luar mengejutkan kami. Kepungan terus hilang. Selamat! Kami bangun serentak dan terus menuju ke pintu hadapan. Ibu! Abang Firus jugak ada serta Arash dalam pegangannya

"Eh,ibu!" Sarah tak perasan pun ibu dengan abang sampai.

"Ibuu....", aku memeluk ibu erat.

"Mana nak dengar, dekat dalam sibuk berasmara....", perli abang.Mungkin dia tedengar akan tawa Afiq. Aku tersentak.Dia hanya tersenyum nipis.

"Ibu, Abang jomlah masuk...Kita makan dulu. Sekarang pun dah pukul dua belas tiga puluh minit tengahari,"pelawaku sambil mengambil Arash dari dukungan Abang Firus.

####

Double update from me. So mesti double vote jugaklah..😉

Vote. Comment.

Ok daaa!


©YOU'RE MY ATTRACTION Where stories live. Discover now