Alia menanti penuh sabar menunggu pangilannya disambut namun hampa sudah beberapa pangilan tetap tidak dijawap.
Hujan lebat yang sedang turun membuatkan lagi hatinya gusar. Keluar sahaja dia dari restoran terus pergi tempat parkir keretanya tapi malangnya enjin keretanya tak mahu dihidupkan.
Ditambah lagi hujan terpaksalah dia bertapa dalam kereta untuk berteduh. Hingga setengah jam tidak berhenti tapi hujan tak berhenti. Lalu keluar pergi perhentian untuk mencari teksi.
Hujan semakin lebat. Bajunya sudah lembab dek tempias air hujan. Tubuhnya turut kedinggan dan bibirnya bergetar kesejukkan. Kalau tahu macam ni baik bertapa dalam kereta tak sejuk sangat.
Sampai hati Afiq tidak menjawap pangilannya. Aku nak minta tolong jemput takkan lah nak minta tolong kat Abang Firus. Nanti dia dapat tahu aku gaduh dengannya.
"Mana pulak teksi ni?", rungutnya geram. Matanya meliar kejalan raya tapi satu pun tak kelihatan. Yang ada pun kereta lain bukan teksi.
Dia sendiri tidak faham apa yang sedang difikirkan dalam benak lelaki itu. Marah tak bertempat. Merajuk melebihi macam perempuan.
Alia bingkas bangun bila ada sebuah kereta berhenti betul-betul dihadapannya. Fikirnya teksi lain pula yang datang. Dia kembali duduk dan memandang ke tempat lain seperti tidak menyedari.
Pemilik kereta itu keluar dari kereta dan menghampiriku sesekali aku menjeling melihat dia sedang menepis air yang sudah membasahi tubuhnya.
"Lia sayang.. jom balik. Sejuk ni", katanya dengan nada lembut. Aku buat tidak tahu sehinggalah dia memegang tangan ku. Dengan cepat aku tepis lalu bergerak masuk.
"Kenapa tak telefon I awal-awal? Kereta rosak ke?", soalnya setelah masuk. Aku berdiam diri dan berpeluk tubuh kesejukkan.
Aku menggigil kesejukkan apabila penghawa masih dibuka oleh Afiq dengan sedikit kuat. Ditambah lagi dengan bajunya keadaan basah. Rasa semakin sejuk.
Dia menjeling kearah suaminya. Tak sejuk ke dia ni? Oh patutlah baju dia bukan basah mana pun, sikit je. Dia ingin bersuara tapi bibirnya terketar-ketar giginya berkecip gigi. Nasib baik tangan tak turut bergetar.
"Nah!" Tiba-tiba Afiq menghulurkan kot hitam miliknya yang sejak tadi diam membisu.
Alia terpaku seketika. Tak tak terfikir untuk meminjam lebih awal dari kena pinjamkan. Kalau awal tak lah aku rasa sejuk sangat sampai macam ni. Dengan teragak-agak aku mengambil jugak kerana tidak tahan dengan kedinginan yang sudak mencucuk-cucuk hingga ke tulang.
Baru je aku nak tunjuk jual mahal. Ada sedikit terharulah sebenarnya tapi tak bermaksud aku dah maafkan atau tak marah pasal dalam restoran tu. Salah tetap salah. Segera di ambil dan diselimutkan tubuhnya ketat-ketat agar tidak ditiupi angin.
"Kenapa tak telefon awal-awal lagi. Kalau tak, tak lah basah sampai macam ni", katanya mula bersuara. Nadanya menunjukkan ketidakpuasan hatinya. Aku mencebik dan memalingkan badan darinya.
Alia berasa bengang, marah pun ada. Dari tadi lagi dua sudah menelefon justeru menghantar mesej lagi. Macam aku pulak yang bersalah.
Sampai sahaja di rumah, Alia terus masuk kedalam. Langsung tidak menunggu Afiq yang masih dlam kereta. Dia tiada mood hendak berbicara apatah lagi hendak bersua muka.
Kepalanya sudah berdenyut sakit tambahan lagi perutnya lapar belum mengisi. Tak sempat nak jamah nasi tadi sebab dalam perancangannya nak makan luar je kalau dah jumpa dengan kawannya Mera.
Tanpa lengah, Alia terus membersihkan diri dan menunaikan solat. Dia kemudiannya tidur dan tidak mahu berjaga lagi memandangkan kepalanya berasa berat. Dia berasa letih dan perutnya lagi membesar cepat hanya menghitung beberapa minggu sahaja lagi. Alia hilang dibuai mimpi.
Afiq masuk dengan perlahan tidak mahu menganggu isterinya sedang tidur. Dia kasihan melihat raut wajah Alia yang kelihatan letih. Salahnya jugak tidak peduli dengan pangilan telefonnya. Aku fikir Alia nak pujuk atau nak jelaskan pasal jantan tu!
Tapi melihat cuaca yang tidak berapa baik membuatkan dia mencheck kembali. Aku duduk dan hanya merenung wajahnya kerana takut dia terjaga dari tidur. Akhirnya hanya mampu menatap wajah lembut itu dan membiarkan isterinya tidur dengan tenang.
Afiq bangun untuk mengerjakan solat fardhu subuh. Lantas dia mengejutkan isterinya dari tidur untuk mengerjakan sama. Lampu tepi dibuka dan menghampiri Alia.
Alia menggigil kesejukkan. Wajahnya berpeluh menandakan dia betul-betul sakit. Dia bingkas bangun untuk mendekati lebih rapat. Aku meriksa suhu badannya panas. Dia terkejut pada mulanya apabila bahang panas badan isterinya terasa. Rupany Alia mengalami demam panas.
Tanpa berlengah masa lagi, Afiq mengambil tuala basah yang direndam dengan air sejuk lalu diperah dan meletakkan di atas dahi Alia untuk mengurangkan panas. Itu langkah pertamanya lah. Kalau tak menurun jugak barulah dia membawa isterinya klinik.
"Lia sayang.." panggil ku lembut sambil mencuit badannya. Namun tidak menyahut sebaliknya hanya bibir bergetar. Aku bangun mengambil air sembahyang dan menunaikan walaupun hati ku masih risau.
Setelah selesai aku kembali duduk melutut tepinya dan cuba memanggilnya sekali lagi. Kali ni berjawap malah mengadu lapar.
"Youuuu.. I lapar", adunya sedikit manja. Matanya dibuka separuh. Aku tersenyum lalu mengangguk. Demam-demam pun masih ada selera. Pelik. Dia kelihatan comel dimata ku dengan perutnya lagi boyot. Tembam je pipi dia, rasa nak cubit je! Hisyy
Tak lama kemudian aku datang dengan nasi bersertakan lauk pauk yang lain. Kuah sup ayam jugak ada. Dia duduk berhampiran ku lalu melihat dia menyudukan awal untuk menyuap. Aku terkebil-kebil awalnya.
Kepala ku masih rasa berat tidak larat."Jom makan lia", arahnya perlahan sambil meniup sup di dalam sudu. Aku serba salah.
"Tak nak..", geleng ku. Wajahku berkerut. Aku masih lagi menimpang.
"Makan sikit je dulu eyh, lepas tu makan ubat", arahnya menyuakan suapan nasi dengan sup ayam. Beberapa suap sudah membuatkan aku tak larat hendak menelan.
"Dah"
"Sikit lagi..", katanya dengan meleret memujuk aku makan satu suapan lagi.
"Haaa..." cubanya sekali lagi. Aku membuka mulut jugak untuk kali terakhir lepastu nak makan ubat lagi. Nak makan ubat lagi payah nak telan, terpaksalah jugak dah Afiq paksa.
Afiq segera menarik selimut yang menyelubungi tubuh isterinya lantas kepala wanita itu dipangku ke ribanya. Aku memperkemaskan lagi kedudukkannya agar Alia berasa selesa. Tangan ku mula memicit dahinya perlahan.
"Fik...", pangil Alia dengar tak dengar. Mukanya merah itu ku tenung. Air matanya mengalir dari kelopak mata isterinya.
"Ye sayang, I kat sini. Shussh.. tidurlah", jawap ku lembut. Aku sayu hati dengan Alia. Aku memperkemaskan pautan dan Alia pun turut membalas pelukkannya. Akhirnya Alia pun lena dalam dakapannya.
####
**Need 30 votes to unlock next update. Aku tak main2. Aku update hari ni sebab aku rajin. Cehh😉Tengok ni! Klau nak.
Ok daaa!
YOU ARE READING
©YOU'RE MY ATTRACTION
Short Story[Status: Complete] Nur Alia Maisarah-"I taknak kawin kawin dengan you plus i tak suka you."What do you expect from me?" Kalau i tak boleh terima you. Afiq Khusairi-I tak expect apa-apa dari you sarah.Satu saja saya mintak be my wife then i will make...