Bab 29 | Majlis

7.6K 235 5
                                    

Seperti yang dicadangkan aku berpantang dirumah mummy memandangkan Afiq jugak bersetuju. Bermacam-macam ubat dan jamu-jamuan mummy suruh makan. Dah banyak kali minum benda sama dah naik muak jugak, tekak ni pun macam tak nak terima je. Tapi demi kesihatan aku turutkan jugak.

Afiq sudah mula bekerja memandang pada awal minggu aku berpantang dia turut sama menjaga ku. Kini Arash sudah berumur dua puluh enam hari. Di sepanjang itu Arash tidak banyak ragam elok je tapi kalau waktu malam nak beri susu lambat pasti je menangis. Afiq jugak yang membangun kan aku untuk memberi susu badan sebab aku tidur mati.

'Syukur ada dia' tu ayat yang selalu aku gunakan untuk bodek suamiku. Pada awalnya Afiq senyum je mendengar luahanku. Tapi kadang-kadang disindir olehnya.

###

Kini berakhirlah sudah aku berpantang selama seratus hari. Arash jugak sudah mulai tumbuh rambut. Matanya bundar itu membuatkan aku selalu kucup. Mukanya lebih banyak iras-iras Afiq mata, hidung dan bibirnya. Geram dengan pipinya yan tembam itu.

Sepanjang tempoh itu banyak yang dilalui Alia dengan penuh sabar dan tertib dalam masa berpantang. Tak ada satu pun pantang larang dilangarnya semua ini kebaikkannya jugak. Malahan sekarang tubuh badannya lebih bertenaga setelah bermacam-macam ubat atau herba disapu dan diurut pada bahagian badan cuma perutnya masih tinggal bekas selepas bersalin.

"Fik, baru balik?", tanya Datin Rashidah ketika turun tangga apabila ternampak Afiq membuka pintu.

"Ya my. Aku hendak ke dapur tidak jadi, lalu mendapatkan mummynya yang berada diruang rehat.

"Lia dan baby buat apa my?", tanya ku dengan suara perlahan. Tiga butang dari teratas dibuka bagi menyelesakan dirinya. Mata dipejam dengan tangan diletakkan didahinya.

"Anak kamu tidur selepas Alia menyusukan Arash, lia pulak ikut sama terlelap penat lah tu", jawap mummy. Matanya difokoskan di kaca TV melayan saluran Astro Ria.

"Fik naik dululah my. Penat", kataku meminta diri naik keatas. Datin Rashidah hanya mengangguk mengerti.

Kaki perlahan bergerak menaiki tangga dengan tangan memegang coatnya. Suasana yang malap itu lebih menyakinkan lagi bahawa isterinya sudah tidur. Tubuh isterinya yang berbaring itu dipandang bersalah dengan anak lelakinya. Bahagianya dia melihat kedua-dua yang tersayang berada didepan matanya.

Pipi dan dahi Arash dikucup lembut sebelum mengangkat perlahan-lahan dan meletakkan di baby cot. Arash terusik sikit lalu aku dodoikan memujuk untuk tidur semula. Kemudian baru masuk bilik mandi, bersihkan diri.

####

Hari ini kondominium mereka meriah dengan kehadiran para tetamu. Kenduri kesyukuran dan majlis aqiqah untuk Arash Amsyar. Bukan main seronok lagi Arash kena cempung dari satu dakapan ke dakapan yang lain teruja hendak memegangnya. Langsung tak menangis atau buat perangai. Bagaikan mengerti yang bahawa hari ni majlisnya.

"Comelnya anak sedara aku ni. Meh sini!". Mera menghulurkan tangan kepada ku untuk menyambut Arash yang sedia ada ditanganku.

"Kau tunggu apa lagi? Tengok aku ni dah ada anak lagi".Aku tersenyum senang. Sebut pasal Mera dia dah selamat tunang dalam minggu lepas dengan pilihan hatinya Rizal semasa aku berpantang yang sedihnya aku tak dapat datang. Nanti dia kawin aku datanglah. Laju mata Mera melihat tunangnya duduk bersembang dengan suamiku di meja hujung sana.

"Alah, nanti-nantilah. Belum lagi baru je tunang sekarang..." Mera tersenyum segan. Tangannya yang begitu seronok menggomol Arash. Diagah-agah riang walaupun si kecik tu belum lagi pandai berinteraksi dengan orang. Hanya bibir sahaja mengukir senyum buatnya.

"Kau dengan Afiq macam mana?", tanya Mera cuba mengorek rahsia. Matanya meliar memandang kiri dan kanan. Bimbang kalau empunya berada berdekatan dengan mereka. Iyalah tak semudah tu kawan dia ni nak terima. Dulu tak nak dah ni bukan main lagi bahagia. Bukan apa dia pun turut bahagialah tengok.

"Okey aje, Afiq pun dah mengaku salah dan aku pun mula terima dia seadanya. Sampai bila nak asyik bermuram je, betul tak?", Alia membalas tenang.

Mera menganguk mendengar jawapannya.

"Lagipun kami dah ada anak. Kenalah tunjukkan perangai yang elok. Inshaallah..." Mera tersenyum mendengar cerita perkongsian ku. Banyak kami bualkan bersama hinggalah dia berasa lenguh mendukung Arash akhirnya memindahkan bayi ku kepada dakapan ku semula.

"Dear..."

Afiq muncul di meja Alia yang rancak bersembang dengan rakan karibnya. Alia Maisarah yang anggun berbaju kurung berwarna biru sedondon dengannya. Muka diangkat melihat ku.

Afiq usap lembut bahu isterinya sebelum menyambung percakapannya. "Tu kawan-kawan I dah nak balik. Jom I bawa you jumpa diorang", katanya sebelum beralih melihat anaknya comel dalam dukungan isterinya.

"Hei, anak papa tengok siapa tu?", diagah anaknya yang kebetulan melihat Mera untuk menarik perhatiannya melihatnya. Arash melihat kearah ku apabila  aku mengusiknya. Good.Pandai tahu pun papanya sendiri.

"Kejap eyh Mera.. kawan-kawan Afiq pasti nak tengok Arash", kata ku sebelum bergerak.

"Cantik isteri I hari ni. Menawan macam anak dara!" Puji Afiq ketika mereka beriringan menuju ke pintu.

"Selama ni I tak cantik ke?", duga Alia nakal. Dia tersenyum segan apabila dipuji suami sendiri.

"Cantik tapi kali ni lagi cantik sebab dah jadi mak orang", katanya tersenyum riang. Bahu isterinya dipeluk.

"Hahahah.. eik kata cantik macam anak dara sebab dah jadi mak orang? Apa you ni putar belitlah", kataku cuba menelah setiap butir cakapnya.
Afiq tergelak besar apabila dia jugak turut tidak memahami kata-katanya.

"Eh tak tahulah, tapi yang penting you cantik di mata I", katanya dengan nada berbisik. Pipi anaknya dicuit apabila anak mata Arash memandang ku ketika aku gelak. Tidak mengerti bualan kami.

Ketawa kami berhenti sebaik sahaja didepan rakan-rakan suaminya. Aku disapa ramah manakal Arash didukung dan ada yang hanya mencuit sebelum mereka pulang.











©YOU'RE MY ATTRACTION Where stories live. Discover now