Bab 18 | He's again..

8.1K 273 18
                                    

Aku jeling dia sekilas ke arah Afiq yang baru sahaja sampai rumah. Dari siang hingga ke malam pergi kerja. Dia tidak menegur ku mahupun senyum macam aku tak wujud sahaja di rumah ni. Kami bercakap pun hanya perkara penting sahaja. Marah sangat kah dia ni?

"Dah makan?", tanyanya setelah turun dari tangga menuju ke arah aku.

"Oiii mak kau!"

Aku mengurut dada. Dah terkeluar latahku kerana dikejutkan olehnya yang sudah berdiri tegak dibelakang ku. Bila masa dia dibelakang? Tak sedar pun. Habis tercampak bekas aiskrim dan sudu kebelakang nasib baik tak terkena dia.

Telinga menangkap ketawa Afiq dibelakang melihat keadaan ku.

"Kenapa dengan you ni?", tanyanya ku kasar dan sedikt masam. Nak je aku marah kat dia ni apabila melihat bekas aiskrim tumpah. Aku baru je makan sesuap aiskrim dah tak ada rezeki.

"Kenapa asyik makan benda ni je?", ujarnya macam tak suka.

"Dah itu je I rasa nak makan", kata ku perlahan. Tidak puas hati dapat makan aiskrim tu. Selera aku berkurang makan nasi sejak akhir ni.

"Biar I kemas, you pergi bersiap".

"Nak pergi mana pulak?", kataku malas.

"Makan kat luar", jawapnya ringkas.

"I tak lapar"

"I yang lapar nak makan. Cepat bersiap", jawapnya selamba. Aku menahan geram. Aku tidak membantah namun aku akur akan katanya.

.....

Sudah seminggu kejadian itu berlaku. Kedua-dua lututku juga sudah pulih hanya tinggal bekat sahaja. Dalam seminggu tu jugak, Zafuan tak habis-habis hantar mesej memujukku namun aku tidak ambil peduli.

"Apa dia buat kat kau?",tanya Mera tidak sabar. Wajahnya serius itu ku pandang. Aku sudah beritahu tentang Zafuan. Lagi pula Mera memang tahu semua rahsia ku.

"Dia kejar aku then aku lari lah", balasku pendek sambil tangan ku mengacau jus lemon di dalam gelas.

"Kau dah beritahu semua ni kat suami kau?",tanyanya lagi.

"Tak"

"What! Kenapa pulak? Suami kau patut tahu semua ni Sarah",ujarnya tegas dan tidak berpuas hati.

"Nanti jelah", balasku bersahaja.

"Jangan ambil ringan Sarah, nanti apa-apa hal susah. Kau tak rasa ke suami kau sayang kat kau?", tambahnya lagi.

"Entah, aku tak tahu. Tapi yang penting aku nak kehidupan aku bebas Mera". Aku mengeluh. Raup muka.

"Bagi dia peluang. I'm sure hidup kau akan terjamin", nasihat Mera lagi. Aku termenung memikirkan kata-katanya. Sedikit sebanyak ada jugak betulnya. Lagipun aku mula selesa dengan Afiq walaupun ada jugaklah geram tu kalau difikirkan semula balik tentang perkara lama.

Aku memandu pulang dengan sendirian. Mera tidak mahu aku tumpangkan, nak pergi suatu tempat katanya. Didalam kereta ku teringat perbualan ku diantara ibu mertua ku datang melawat.

Setelah Afiq sudah menceritakannya. Ada riak bimbang di wajahnya apabila mengetahui kedua-dua lutut ke tercedera.

Flashback

"Kamu nak bersalin dimana nanti?", tanya mummy tiba-tiba.

"Dah besar dah perut kamu tu", tambahnya lagi sambil tersenyum manis.

"Tengah fikir-fikir ni takut jugak kalau tak sempat", jawapku dengan mengaru kepala tidak tahu lagi.

"Kalau kamu bersalin nanti, tinggal sama mummy. Biar mummy jaga Sarah, sekurang-kurangnya pantang kamu terjagalah."

"Nantilah mi, tanya kat abang dulu. Dia setuju ke tak ni lepas ni", jawapku sekadar menyedapkan hatinya.

"Afiq pasti suruh punya. Tak lama takat seminggu dua je"

Alia Maisarah hanya sekadar melemparkan senyuman kepada Datin Rashidah. Tidak mahu berkata apa-apa nanti belum yakin nak jawap apa.

Aku dengan mummy terus berbual dan berbincang tentang rancangan menyambut kelahiran anak ku masa hadapan. Hingga waktu malam, mummy dan daddy pun minta diri untuk pulang.

.....

Aku jeling cermin pandang sisi. Rasa tak sedap hati mula datang. Sejak tadi aku rasa kereta yang sama asyik mengekori aku. Paranoid aku lebih ke apa? Apabila aku membelok arah kanan, kereta tersebut turut sama membelok.

Aku pandu dengan tenang je buat macam biasa. Supaya tidak ketara aku melarikan diri darinya.

Tiba-tiba sahaja traffic light bertukar menjadi merah. Aku berhenti menunggu apabila aku melihatnya kembali kereta tersebut masih ada dibelakang ku. Saat itu mata ku dapat melihat jelas bahawa kereta itu milik....Zafuan!

Tiba-tiba cermin tingkap keretanya diketuk beberapa kali. Aku menarik nafas sedalamnya sebelum menoleh perlahan-perlahan.

Alangkah terkejut aku melihat bayangan tubuh yang berada betul-betul didepan ku ialah Zafuan. Tak sangka pulak dia berani lagi tunjuk muka.

Zafuan membongkokkan sedikit badannya supaya dapat melihat aku. Mukanya kini betul-betul depan mataku. Mujurlah cermin tingkap menjadi penghalang lelaki tu. Zafuan tersenyum. Sebuah senyuman yang mengerikan!

Aku terkaku seketika . Terketar-ketar tanganku. Teringat peristiwa yang menggangu fikirannya yang kucar-kucir. Dalam waktu terdekat ni pulak aku asyik mimpi kena rogol dan bunuh olehnya.

Tubuhku mula menggigil apabila mengingatkan. Lelaki itu yang berada disebelah sedang berusaha untuk membuka keretanya. Mujurlah pintu kereta sudah terkunci dari dalam.

"Bukalah pintu ni please sayang", rayunya dari luar. Walaupun tidak jelas namun aku dapat tangkap apa katanya. Ia membuatkan aku cemas dan takut. Namun aku tidak endahkan.

Bila aku tidak endahkan, dia mula agresif. Tangannya ketuk-ketuk cermin kereta ku dengan kuat-kuat nasib baik tak pecah dan mula menggoncang-goncangkan.

"Pergi!", jeritku lantang. Air mata yang tertahan tadi mula mengalir. Namun dia tidak reti bahasa.

Oleh kerana terlalu takut tanpa berfikir panjang. Aku tekan pedal minyak sekuat mungkin dan memecut laju meninggalkan jauh darinya. Nasib baik tak terlanggar tadi, memang aku tak boleh fikir lain dah.

Zafuan tercegat berdiri dan menjerit-jerit disitu. Ya Allah, keluh hati ku. Kenapa kau nak kacau lagi Zafuan? Tiba-tiba aku rasa tertekan dengan kerenahnya yang semakin melampau dan menjadi-jadi.

Bersambung.....

####

Hopefully semua ok. Hari ni saja nk publish awal sikit sebab next update tak tau bila nak update. Lately im quietly busy dengan nak ambil exam.
Orite so enjoy!

Ok daaa!

©YOU'RE MY ATTRACTION Where stories live. Discover now