Bab 35 | She's mine. Always mine!

7.5K 223 8
                                    

Mengikut siasatan Zain yang di upahnya untuk spy isterinya. Memang dah lama aku upah saja je buat tak tahu. Dari kejadian itu pun aku dah tahu hanya aku nak tengok dan tunggu macam mana permainannya.

Menurut Zain, Zafuan memang dah lama mengintip dan selalu menganggu Alia melalui mesej atau pun menelefonnya terus. Alia bernasib baik apabila Zain sempat menyelamatkan dan aku pun tak sangka sejauh itu dia berani buat. Kalau ikutkan hati yang membara memang dah lama aku buat laporan. Tapi sabar.

Ahmad Firus jugak tidak menyangka dan tidak puas hati mendengar akan cerita tersebut. Kali ni je Zain terlepas pandang dan tak tahu lagi keberadaan isterinya. Kesal dengan hal ni. Sewaktu aku berbicara dengan Zain, telefonnya berbunyi menandakan ada orang mendailnya.

Nama pemangil membuatkan jantungnya kembali bergetar. Ayob memberitahu dia dah dapat detected keberadaan isterinya.

"Fiq ada orang jumpa kereta isteri kau ni di kiarong. Baik kau jumpa aku kat sini!"Bagaikan tidak percaya secepat ini kawannya mencari. Syukur.

Sesudah sampai di sana apa yang dilihatnya hanya kereta, penghuninya langsung tidak kelihatan. Aku mula panik dan jantung berdegup selaju mungkin.

"Mana isteri saya?" Beberapa pegawai jugak turut ada di sana. Mereka membuat simpulan bahawa isterinya berdekatan di sini. Mereka berusaha mencari lagi dengan alat pengesan. Aku terduduk lesu di jalan tar.

"Hahh dah dapat", teriak salah seorang pegawai polis itu. Aku berlari menujunya dan turut sama melihat. Apabila aku lihat sendiri, aku dapatkan teka keberadaan Alia walaupun samar-samar. Klu sudah memandai baginya. Tidak jelas tapi instinct mengatakan begitu. Sama seperti yang Zain ceritakan.

Tanpa berlengah masa, Afiq menuju ke tempat lokasi tersebut bersendirian. Orang memangilnya tidak dia peduli. Kereta melunsur laju membelah jalan raya. Nafasnya sudah tidak teratur dengan asakan rasa paniknya.

Sesudah sampai, Afiq menguak pintu sebelum tu kepalanya menjengah melihat sekelilingnya lalu naik tangga. Dia pasti Alia ada diatas kerana dia terdengar seperti oarang bergelut mungkin tendangan.

Saat berada di puncak, Afiq tergamam. Dia memang kenal pasti durjana tu yang sedang menindih isterinya. Alia pula terkulai lembik tapi masih lagi meronta dan menolak dada lelaki itu. Tangannya lemah masih melawan dari tubuh durjana rakus itu.

Hatinya disimbah dengan rasa marah meruap-ruap rasa geramnya naik kepala. Aku tidak menunggu lama, aku lari selaju mungkin. Sepakkan padu memang sedia ada lalu menendang kuat lelaki bangsat tu. Akibat tendangan itu, dia terdorong kebelakang.

Segera aku melutut menghampiri Alia. Menitis air mataku melihat keadaannya lemah tidak terdayaa. Tepi bibirnya lebam dan berdarah. Badannya jugak ada kesan luka. Bajunya hilang entah kemana hanya baju dalam yang masih menutup tubuhnya. Nasib baik seluar masih tersarung namun terlurut sedikit.

Dengan marah menggila. Tahap ksabaranku sudah tipis. Mendidih darahnya dengan akal tak sehaluan dengan iman. Kolar lelaki celaka itu aku cekak dan mahu menumbuknya.

"Sial kau Zafuan!! Lelaki celaka!", tempik ku kuat. Terus sahaja aku layangkan penumbuk. Dia terhuyung-hayang lantas aku membelasahnya lagi. Zafuan tidak membalas lemah apabila Afiq tangkas membelasahnya. Hidungnya mengeluarkan darah tidak aku hiraukan. Sakit hatinya tak tertahan.

"Apa kau nak lagi kat Alia hahh??", tengkingku dengan suara lantang. Aku cekak lagi kolarnya supaya berdiri sama.

"She's mine! Always mine. Aku yang kenal dia dulu sebelum kau!!", jerit Zafuan membalas tengkingan Afiq. Tangannya mengelap hidung dan bibirnya yang sudah berdarah. Kepalanya berpusing. Tidak jangka Afiq dapat mencarinya padahal dari awal lagi dia dah menyusun strategi dengan rapi dan teliti. Dia cukup yakin awal atau lambat Sarah akan balik jugak kerumah konda mereka ini. Dia tunggu je tapi penantiannya berhasil.

"Celaka! Berani kau cakap lagi dah apa yang kau buat!", tempelak Afiq kasar. Matanya menyala dengan mencerlung melihat Zafuan yang selamba menjawap. Tidak berasa salah langsung. Demi Tuhan, aku tak sangka Zafuan akan bertindak sebegini. Aku fikir dia hanya kawan lama rupanya pernah menjalinkan hubungan dengan Alia. Tapi terlambat Alia tiada hati lagi buatnya setelah Zafuan terbongkar dengan perbuatan kutuknya dengan perempuan lain.

"Alia tetap hak aku! Dan kau tak ada hak nak sentuh dia apatah lagi jentik", bidasku tegas. Sungguh aku kesal melihat keaadaan Alia. Aku sebagai suaminya lagi tak pernah pukul tengking pun tak apatah lagi nak jentik.

"Suka hati akulah. Itu dapatnya", balasnya sinis. Dia meludahkan darah dari mulutnya ke lantai. Pandangannya tertumpu kepada Alia.

"Kalau kau tak ada tadikan, dah lama aku rasa dia ni", nyatanya dengan berani. Pandangan sinis dihadiahkan kepada Afiq yang masih beriak berang.

"Jahanamm kauu! Aku tak akan benarkan. Pergi mampus kau!"

Afiq hilang sabar. Lantas kakinya menyepak dan menendang Zafuan dengan sekuat hatinya. Zafuan cuba bangkit melawan, namun pergerakkan Afiq lebih tangkas. Setiap serangan dari Zafuan mudah dipatahkan. Habis keluar darahnya dimulut mengalir lebat. Lembik dan lunyai dikerjakan olehnya.

####
Sambungannya....

©YOU'RE MY ATTRACTION Where stories live. Discover now