Bab 22 | Salah faham

8.3K 278 7
                                    

'Salam rindu dan sayang'. Baca Alia perlahan ayat yang tertulis dalam kad kecil itu dengan senyum. Hatinya berbunga riang. Lantas dia bersiap hendak pergi.

Afiq berasa hairan melihat Alia tersenyum apabila membuka pintu dan terus naik keatas. Aku ditinggalkan di ruang tamu. Beberapa minit kemudian, Alia turun dengan berpakaian kemas seperti hendak keluar. Sepatutnya hujung minggu begini aku mahu meluangkan masa bersamanya.

"I pergi dulu ye", kata Alia seperti tergesa-gesa. Wajahnya ceria. Dia terus pergi tanpa menunggu balas dariku. Tak padan dengan perut boyot.

"Lia.." Afiq ingin bertanya tapi tak kesampaian kerana wanita itu sudah lesap dengan sekelip mata. Dia bingkas bangun dan menyingkap langsir.

Alia terus memecut memandu untuk sampai ke destinasinya.

Hatinya bimbang melihat isterinya yang keluar terburu-buru. Tidak pula dia menyatakan pergi mana.

Aku bergegas naik keatas menukar pakaian. Di meja solek dia terlihat sekeping kad berwarna merah jambu yang terselit di bahagian alat solek kepunyaan isterinya.

Menyirap darahnya membaca. Nafasnya turun naik menahan gelodak dihati. Kad bewarna merah jambu itu direnyuk kuat meluahkan kemarahannya. Dia terus mencari isterinya melalui alamat yang tertulis di dalam kad tersebut.

Waktu dalam perjalanan, banyak persoalan yang berada di mindanya. Tapi menindakkan tidak mahu berfikir negative. Sesampai sahaja di sana aku terlihat kereta Alia terparkir disana.

Dia berjalan pantas ke restoran yang terletak keretanya diparkir berhampiran. Hatinya semakin panas sepanas terik matahari memancar.

Kepalanya terjengah-jengah mencari-cari kalibat isterinya dikalangan pengunjung yang sedang menjamu selera. Matanya turut meliar diserata kawasan.

Setelah puas mencari matanya terpaku kearah seoarang wanita dan seorang lelaki sedang berbual mesra. Dia tidak dapat melihat dengan jelas lelaki tersebut kerana membelakangi dari penglihatannya

Afiq berang melihat senyuman yang tak pernah pula dilihat bila bersama. Dia segera mendapatkan Alia yang bergerak berdiri. Mungkin ke tandas.

"Kau!", tengking Afiq.

Lantas dicekak kolar kemeja lelaki itu kasar. Lelaki itu terkejut bila tak pasal-pasal dia diserang oleh seseorang yang tak dikenalinya langsung. Minumanya tertumpah sedikit semasa menyisipnya. Rasanya dia tak ada berhutang mana-mana orang pun apatah lagi Ah long!

"Berani kau kacau isteri aku!", tengking ku lagi. Tidak berpuas hati. Mataku tajam mencerlung kearahnya.

"Isteri?" Lelaki itu bingung tidak mengerti. Kepalanya mengeleng menidakkan kata ku. Tak pernah lagi dia kacau isteri orang apatah lagi mahu mengusik.

"Encik ni dah silap orang. Saya tak pernah kacau isteri orang nak usik pun tak", jawap lelaki tersebut dengan berani tidak takut dengan Afiq yang seperti singa kelaparan. Keadaan restoran masa itu sedikit tegang.

Pengunjung di sana hanya menyaksikan adalah jugak beberapa orang datang mententeramkan keadaan tapi tak berjalan.

"Kau jangan nak tipu aku! Baik kau mengaku cepat sebelum aku bagi kau ni", kataku lagi dengan mengacukan penumbuk buku lima ke wajah lelaki tersebut.

"Afiq!", jerit Alia serta-merta. Muncul setelah kembali dari tandas. Terus sahaja dia menghentikan perbuatan Afiq yang menumbuk wajah lelaki dihadapannya itu.

"Apa you buat kat sini?", tanya Alia dengan suara sedikit kuat. Marah akan kelakuan suaminya.

"I yang sepatutnya tanya you. Buat apa you dengan jantan ni?", tanya Afiq kasar dan melihat tajam arahku.

Alia mengeluh. Pantas menghampiri Afiq menepis tangan suaminya yang masih memegang kolar Rizal,teman lelaki Mera.

Kemudian Afiq pun melepaskan tapi mata ku masih merenung tajam ke wajah lelaki itu.

"Kenapa ni?", tanya Mera hairan melihat wajah setiap orang serius tambahan lagi pengunjung lain melihat kearah mereka. Dia baru sahaja dari luar mengangkat telefon. Kembalinya sahaja dia melihat keadaan tegang.

"Tak ni, suami aku salah faham dia fikir aku dengan lelaki lain", kata Alia dengan suara kesal.

"Then who's him to for you? Dia lah yang bagi kad tu kat you", tanyaku pantas mahu tahu dan melempar kad ke meja yang baru dikeluarkan dari poket. Walaupun sudah renyuk.

Alia mengambil dan melihat walaupun sudah dapat mengagak apa isi tulisan didalamnya. Aku bersuara lalu pantas Mera mendahului percakapannya.

"Itu saya boleh terangkan", kata Mera setelah melihat kad itu. Afiq terus sahaja melihat Mera yang sudah dikenalinya. Menunggu penjelasan darinya dengan sabar.

"Kad tu saya yang bagi", katanya pendek.

Afiq tersenyum sinis mendengar. Agaknya aku budak percaya macam tu je bentaknya dalam hati. Tetap tidak percaya. Semua orang boleh buat pengakuan macam tu.

Afiq segera mencapai minuman air kosong yang tersedia hidang di atas meja. Entah minuman siapa aku minum bagi melegakan kemarahan ku. Terus aku teguk rakus hingga habis. Tidak peduli pandangan mereka terhadap ku.

"You tak nampak ke belakang kad tu nama ME, RA", kata Alia menyebut satu persatu dan menunjukkan kad tersebut kepadanya. Aku hanya melihat dari ekor mata. Memang betul katanya. Akukah yang salah? Ego mengatasi dari mengiyakan.

Aku bangun dan berlalu pergi begitu sahaja tanpa menoleh kebelakang. Alia rasa malu melihat sikap suaminya itu menunjukkan tidak hormat kepada kawannya. Malah meminta maaf pun tak.

Aku baru sahaja nak bercerita panjang dengan Mera lagipula ada cerita baru hendak dikongsi bersama termasuklah munculnya teman lelakinya. Namun tidak kesampaian.
Terpaksalah aku membatalkan pertemuan kami kali ini.

####

Selamat membaca! Vote&komen jangan lupa. Kalau nak aku udpate lagi! Saja rajin hari ni. Aku takleh tahan hati aku tuk publish. Nak jugak, so enjoy ur reading!😉

Ok daaa!

©YOU'RE MY ATTRACTION Where stories live. Discover now