Bab 28 | Baby

9K 255 8
                                    

Sebelum itu bayi itu diserahkan kepada bahagian unit pediatrik untuk pemeriksaan selanjutnya. Alia terbaring lemah selepas sahaja bersalin. Jururawat yang membersihkannya mula keluar dan memberi ruang kepada kami. Aku menghampirinya dan ku kucup lembut dahinya sekejap. Alia hanya membalas dengan senyuman.

"You rehat dulu eh.. jangan banyak bergerak", pujuk ku perlahan.

Aku membiarkan sahaja Alia yang berbaring dan lama-lama matanya layu keletihan. Tak ada niat pun nak gangu. Kalau tak dah lama aku ajak berbual sama. Anak lelaki ku letakkan di baby cot.

###

Pada pukul tujuh malam Alia sudah bangun dari tidur. Aku senyum melihatnya. Tangannya aku gengam lalu dahinya ku kucup lama. Menikmati moment terindah bersamanya membuatkan aku bertambah sayang dengan kegadiran putera kami lagi.

"Thank dear for making me daddy. I'm really appreciate so numerous full of my heart", ucap Afiq sambil mencium dahi Alia dengan penuh kasih sayang dan cinta. Sebak, terharu dan gembira beradun dalam jiwanya. Kerana mulai saat ini, dia sudah bergelar ayah kepada seorang bayi lelaki yang comel dan sempurna dimatanya. Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata tatkala isterinya sudah melahirkan anak untuknya. Indah dan syahdu.

"Thank you jugak kat you sebab jaga I selama ni", Alia balas dengan suara serak basah. Jari-jemari Afiq yang bersulam dengan jari-jemarinya dikucup lembut. Lima jam dia bertarung nyawa dan menangung sakit, akhirnya segalanya lenyap sebaik sahaja mendengar tangisan bayi lelakinya.

Bayi yang telah bersama-samanya selama tiga puluh lapan minggu dikandungnya telah selamat lahir dengan empat kali teran sahaja. Alhamdulillah... segalanya sudah dipermudahkan baginya. Alia senyum menatap wajah suaminya. Buat seketika mereka diam tanpa berbicara. Menyalurkan rasa bahagia mereka sesama sendiri. He is so rich of smile!

"Mereka dah datang ke?", tanyaku terlupa akan ahli keluarganya yang lain. Aku tertidur tadi dalam beberapa jam yang lalu. Sedar sahaja dari bangun hanya kami berdua. Si kecik pun tak ada. Hairan. Afiq senyum. Baru ingat nak bertanya, dorang semua dah duk telefon bagai nak rak bertanya pasal dia. Tapi aku suruh mereka datang malam supaya tak mengangu Alia. Lagipun lawatan pada waktu petang ni terhad.

###

Malam itu, wad Alia dipenuhi dengan kehadiran kaum keluarganya. Satu-satu kawannya jugak turut datang bersama dengan bakal tunangnya. Tapi tak lama kemudian dia pun balik sebab rasa jangal kerana semua keluarga ku berkumpul. Sebelum tu Afiq dah berbaik dengan Rizal iaitu bakal tunang Mera. Malahan mereka berbual mesra lagi.

Keadaan wad itu meriah dan bising berebut nak mendukung anak lelaki kami. Maklumlah menyambut orang baru dan cucu sulung kedua-dua belah pihak. Afiq menghampiri isterinya yand duduk melihat keletah mereka.

"Ee.. comelnya dia ikut muka siapa ni?", tanya ibu sambil mencubit lembut pipi anak ku. Sungguh dia berasa geram akan kecomelannya.

"Hihi.. mestilah ikut mak bapak dia. Kan sayang", kata Afiq dengan sengihan. Keningnya diangkat tinggi dipamerkan kepada ku.

"Eh tak mestilah ikut pak long dia nih kan kecik?", usik Abang Firus dengan tangannya mengentel pipi bayi ku. Terus dirapati ibunya bagi melihat dengan jelas lalu kepala anak buahnya dikucup. Kombinasi wajah Afiq dan Alia terbias di wajahnya. Comel!

"Nah kak, cucu kita", kata ibu kepada ibu mertua ku bagi menyerahkan bayi. Datin Rashidah menyambut dan turut mendukung. Datok Rauf yang berdiri disebelahnya jugak melihat. Pipinya dimain dan dicium berkali-kali. Dah bertambah waris zuriatnya. Syukur. Alhamdullilah. Bertambah besarlah keluarga mereka nanti.

"Apa nama dia Afiq?", tanya mummy kepada anaknya. "Dari tadi pangil kecik, kecik tak besar nanti budak ni kang", hujahnya menjeling anaknya yang belum lagi memberi kata putus tentang nama anak mereka.

"Hah apa nama dia? Korang ni lambat nak beritahu", adu Ahmad Firus. Wajahnya tidak sabar ingin mengetahui. Aku dan Alia hanya tersenyum saja buat lambat.

"Cuba teka?". Kata Afiq cuba berahsia.

"Alah cepatlah. Bagi hint ke? Datok Rauf jugak tertunggu.

"Okey hint sikit dengan initial A.A"

"Oh.. it's stand for nama korang kan? Sampuk abang Firus.

"Exactly", kata ku yang tadinya memerhatikan mereka. Kami baru sahaja mencadangkan bersama pada ketika hubungan kami membaik. Kalau tak, tak jadilah kata sepakat. Kami memilih dengan adanya makna sebalik nama itu.

"Yalah dah nama mak bapak dia A depan-depan. Anak pun mestilah ikut". Afiq senyum memberi penjelasan. Afiq dan Alia saling berpandangan. Lantas mereka berdua bersuara secara serentak 'Arash Amsyar'.

Mereka hanya senyum mendengar. Abang Firus bertepuk tangan memberi tanda dia setuju dan nampak sedap didengar katanya.

"Hmm.. lawa nama sekacak milik tuan badannya", celah ibu sambil mengusap kepala cucunya yang berada ditangan ku.

Kami bergelak ketawa apabila abang Firus menjadi tajuk perbualan kami. Apa taknya ibu sindir-sindir abang Firus dengan membezakan kami yang sudah selamat berumah tangga ada anak lagi. Ahmad Firus hanya tersengih malu dengan mengaru kepalanya tidak tahu mahu menjawap pertanyaan ibunya. Daddy dan mummy jugak turut serta membahan.

"Alah ibu ni nantilah. Ada jodoh sampailah tu". Ahmad Firus berkata menyerahkan semua kepada takdir-Nya. Memandang dia berkerja tak ada peluang masa tambahan lagi sebagai doktor tidak kira shift malam atau pagi.

####

Just wait and see. A few chapter lagi nak habis. Votee. Comment.

Ok daaa!

©YOU'RE MY ATTRACTION Where stories live. Discover now