"Yahh! Janganlah menangis. N-nanti orang nampak lah" jungkook yang cemas mengipas ngipas muka tae min menggunakan buku latihan nya.
"T-tisu.."
min min menghulurkan tangannya seperti meminta sesuatu daripada jungkook.
"Ouh nae nae!" Sekali lagi jungkook menggeledah perut beg sekolahnya. Tangannya masih meraba raba ke dalam beg mencari tisu.
"Nah!" Hulur jungkook.
"Gomawo.."
Min min mengambil tisu dari tangan jungkook. Dia menghembuskan bertubi tubi hingusnya keluar. Eewwww jungkook berkerut dahi disitu apabila min min kembali menghulurkan kepada jungkook tisu yang telah melekit dan dibasahi oleh hi- (lol abaikan geli aden)
"Apa?" Soalan jungkook yang sedikit mengesot punggung nya berjauhan dengan gadis itu.
"Buangkan.." arah min min selamba.
"What?!" Jungkook mengerlip laju matanya.
"Kalau kau tak amik tisu ni aku sambung nangis" gadis itu mula mengugut. min min merenung dalam anak mata coklat gelap milik jungkook.
"Haishh! Yelah bak sini" jungkook sedikit tidak puas hati disitu.
Jungkook menyambut tisu yang dipenuhi hingus min min itu menggunakan hujung jarinya. Jungkook buat muka jijik. Geram pula tae min melihat reaksi jungkook yang sedikit melebih lebih. Gedik!
Jungkook melangkah menuju ke luar kelas. Tong sampah besar dibukanya dan dibuang tisu tadi. Jungkook kembali masuk ke dalam kelas sambil menghentak hentak kuat kakinya. Wajah min min yang agak sembap kerana menangis ditenungnya.
"Nasib kau ni kawan baik aku kim tae min. Hish kalau tak, eewww dah lama aku palaukan hengko. Pengotor punye perempuan. Kau jangan berani sentuh aku ek!" Jungkook memberi amaran.
"Halah halah! Hah amik!" Min min segaja mencabar kesabaran jungkook. Digosok gosoknya lengan baju jungkook menggunakan tangannya.
"Yaaahhhhhhhhh!!!!"
"AHAHAHAHAHA rilek lah jungkook. Hingus aku je pon.. suci kau tahu.. heh~~"
"Eeeiii aku dah tak sangguplah nak berkawan dengan kau ni. Macam mana lah aku yang femes mengalahkan retis ni boleh berkawan dengan kau ek? Menyesal kejap."
"Diam lah! Dah dah! rehat dah nak habis. Simpan balik bekal kau tu" min min menutup bekas berisi biskut milik jungkook.
"Lepas ni subjek gapo wih?" Min min menyiku perut jungkook yang duduk bersebelahan dengannya itu.
'Uuuuu keras jugak abs die ni ye' fikir min min sambil tersengeh huduh.
"Lepas ni.. English.. Wait english???! Yahhhh! Aku tak siap homework aku lah weihh! Habislah kalau teacher namjoon datang. Matilah senah -.-" jungkook kelihatan pasrah disitu.
"Kata retis.. pegi lah pinjam homework dari fans fans kau sane. Ceh!" Minji menge 'roll' kan matanya ke atas.
"Mana boleh.. aku.. aku malu.." jungkook menekup muka dengan kedua belah tapak tangannya.
Minji hanya berkerut dahi memandang lelaki gedik itu. Dia menggeleng geleng perlahan kepalanya. Min min yang berasa rimas dengan rambut lurusnya lantas mengikat rambutnya dengan getah. Dia mengibas kibas rambutnya yang sudah kemas berikat.
YOU ARE READING
[OG] HEALER +//pjm
Fiksi PenggemarPenyembuh? Ya. Luka yang lama dulu dia yang akan sembuhkan. "Lupakan segalanya dan bahagia dengan aku" -Healer Cast; - park jimin - kim taemin - kim taehyung - author kacak Start created : 25 jan 2018 End : coming soon