17

100 26 26
                                    


7.55 am

Taehyung menilik jam tangannya. Matanya menoleh dan hanya diam memerhati adik perempuannya tae min yang sedang mengunci basikal pink nya.



"Okay dah siap.. taehi oppa! Min min masuk kelas dulu yek. Baibai!"



Lambai tae min selepas menghadiahkan taehyung satu pelukan erat. Gadis itu lantas berlari lari anak meninggalkan taehyung dan menuju ke kelasnya.



Taehyung hanya berdiri kaku selepas membalas lambaian tae min. Tangannya kemas berada di dalam poket seluar. Gayanya seperti sedang menunggu seseorang.



"Taehyung-ah!"


Dengan tidak semena mena taehyung menoleh ke arah seorang namja yang menegurnya tadi. Lelaki itu ditenung taehyung atas bawah. Seriuslah dia ni.. perlu ke semua warna pink?


Taehyung merenung beg galas, botol air, cermin mata, jam tangan dan yang teramatlah menyeramkan iaitu stokin yang dipakai lelaki itu turut berwarna pink. Okay gais peliss jangan kecam warna feveret abe jin kita :') tu pon warna feveret author k.




"Buat apa duduk tercegat dekat sini? Tunggu makwe ke? AHAHAHAHA" jin bersama lawak hambarnya menyebabkan taehyung buat mula buat muka -..-



"Tak dek la.. tengah tunggu seseorang" jawab taehyung sambil keluar kepul kepul asap dari mulutnya.



Cuaca yang agak sejuk di pagi hari menyebabkan taehyung sedikit terketar ketar. Taehyung kembali menoleh ke arah pelajar pelajar yang sedang melangkah masuk ke dalam pagar sekolah.



"Ouh.. nak aku teman?" Pelawa jin.



"Ah tak payah.. aku pon dah nak pergi dah ni.. kau masuk la kelas dulu" taehyung cuba menghalau.



"Ouh okaylah kalau macam tu. Aku masuk kelas dulu. Jangan lama lama duk luar ni nanti selsema kang susah"




"Nae arraseo" jawab taehyung sambil menggedik gedikkan kakinya. Sejuk.



"Okay bye! Muah!" Maka keluarla love love dari flying kiss yang dilempar seok jin.



Taehyung hanya menggeleng gelengkan kepalanya. Dia kembali menoleh dan memerhati setiap pelajar yang berjalan masuk.



Mata taehyung tiba tiba menangkap satu susuk tubuh namja yang menarik perhatiannya. Lelaki itu melangkah masuk ke dalam pagar sekolah sambil menyelak rambut hadapannya penuh bergaya.



Anak mata taehyung hanya mengekori pergerakan lelaki itu berjalan menuju ke kelas dengan sedikit terhuyung hayang kerana mungkin berada di dalam dunia dia dan earphone nya. Dengar lagu la maksudnya :')




"Pipi pau lelaki tu.... aku macam.... pernah nampak.. tapi dimana ya?"


Taehyung mula berkerut dahi memutarkan kembali memorinya disitu. Tapi tak payah lah taetae. Cubaannya akhirnya gagal.




"Hyung!"



Badan taehyung agak terlompat setelah ditepuk  seseorang secara mengejut dari arah belakang. Gigi arnab lelaki itu bersinar dan menyilaukan mata taehyung.



"Ha jumpe pon kau jungkook"



"Hyung tunggu aku ke sejuk sejuk ni?"



"Yelah tunggu kau la.. tunggu sapa lagi.."



"Ouh boleh shaya tahu kenapa?" Soal jungkook mahukan kepastian.




[OG] HEALER +//pjmWhere stories live. Discover now