Chapter 1.

20.2K 436 100
                                    

"Aulia!" Seorang lelaki yang cuba mencari aku yang berada disemak samun.

Kaki aku dengan pantas berlari pecut cuba mencari jalan keluar namun gagal mencari jalan kerana pohon-pohon disini agak tebal.

Makin kelamaan, suara garau itu mula menghampiri diri aku. Cepat-cepat aku mencari tempat berselindung disebalik pohon pokok besar yang tidak jauh dengan kedudukan aku sekarang.

"Aulia, kau kat mana? Aku tunggu kau ni..." Suaranya yang agak meleret. Mata aku mula berkaca-kaca dan mulut mengigil kerana terlalu takut.

Ya Allah selamatkan lah aku!

"Aulia! Kau kat mana ha? Kalau kau tak keluar aku akan bunuh kau!"

Aku sedang mengintipnya disebalik pokok. Lelaki itu terus berjalan ke arah laluan yang lain. Aku menarik nafas lega nasib baik dia tak ikut jalan yang sama ditempat yang sedang aku menyorok sekarang ini.

Cepat-cepat kaki aku berjalan tidak kisah lah walaupun kaki aku sakit sekalipun namun, aku tetap tabahkan jugak untuk mencari jalan keluar dari tempat durjana ini.

Sedang aku melangkah tiba-tiba kaki aku terpijak kayu yang dipenuhi dengan paku yang berkarat. Tangan aku automatik menekup mulut dengan kuat.

Mata aku terus mengalirkan air mata dengan deras. Kaki berlumuran dengan darah dan luka-luka yang terkena duri sepanjang perjalanan tadi. Aku endahkan sakit aku kena teruskan juga berjalan!

Lama-kelamaan aku mula terjumpa jalan keluar tetapi jalannya sungguh lengang tidak ada satu pun kenderaan. Sampai saja, aku terus mencari orang untuk meminta bantuan.

Namun, kelibat seorang lelaki memanggil nama aku dari arah belakang.

"Aulia!" Jeritnya sambil berlari kearah aku.

"shit!  Macam mana dia boleh nampak aku ni!" Lekas kaki aku berjalan laju sambil terhincut-hincut.

Malangnya, aku terjatuh kerana kaki di sebelah kanan aku terlalu sakit dan tidak mampu untuk berjalan.

Aku kuatkan diri segera bangun dari tempat itu. Namun, kaki aku tidak boleh berdiri mahupun berjalan. Makin lama, lelaki tersebut menghampiriku kemudian mataku segera tertancap sebilah pisau yang dipegang olehnya.

Tangan aku mula mengheret badan di atas jalan tar cuba untuk melarikan diri tapi malangnya sekali kaki aku ditangkap olehnya. Meronta-ronta untuk aku dilepaskan tapi tidak berjaya.

Aku menjerit seperti histeria terus pipi mulus aku ditampar sehingga hujung bibir aku terkoyak sedikit. Mata aku berkaca-kaca. Kaki aku terlalu sakit kerana dicengkam kuat.

"Kau nak lari mana haa?" Soalnya sambil menarik rambutku kebelakang. Bibir aku mengigigil ketakutan. Mata aku samar-samar apabila melihat wajahnya.

"Maafkan aku. Aku terpaksa bunuh kau," Katanya sebelum mengangkat pisau menghala ke arah aku. Aku terus menjerit dan meronta-ronta.

Kedebuk!

Aku terjatuh daripada katil dan aku menyirai sakit bangun daripada lantai.

"Mimpi rupanya."

Aku menarik nafas lega. Nasib baik mimpi. Jantung aku berdegup kencang dengan mimpi tragedi tadi. Kenapa aku boleh mimpi seteruk itu? Aku mula tertanya-tanya apa maksud mimpi tadi.

"hm...mimpi jelah. takda apa yang kau nak risaukan Lia," raup wajahku berkali kali.

Kring!

Loceng berbunyi dan tangan aku segera mencapai lalu menutup bunyi loceng tersebut. Aku bangun daripada birai katil dan mengambil tuala yang disangkut dibelakang pintu dan lekas bersiap untuk pergi ke sekolah.

[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓Where stories live. Discover now