Chapter 24.

4.4K 186 58
                                    

"Weh Eizzlan! Bangunlah nanti lambat nak pergi sekolah," kata Aulia yang sudah menyarungkan tudung sekolah pada kepala. Eizzlan beritahu kepada Aulia selepas solat subuh dia mahu pejamkan mata.

Namun, siapa sangka sudah nak masuk pukul 6:45 pagi. Buat pertama kali lelaki itu bangun dan bersiap lambat!

"Kejaplah, aku ngantuk lagi ini."

Aulia berhenti dari kejutkan Eizzlan lalu gadis itu mula muncul idea jahat dalam kotak fikiran. Dia pergi ke bilik air dan dia mengambil gayung lalu diisi dengan air sehingga separuh.

Gadis itu kembali dekat ke arah Eizzlan yang sedap tidur di atas katil bersaiz queen milik Aulia.

"Eizzlan... Kalau kau tak nak bangun aku nak bagi something ni," Aulia tersengih jahat dengan tanpa berlengah lagi dia terus simbah air dalam gayung tadi ke arah Eizzlan.

Lelaki itu bangun dalam keadaan terkejut habis baju dah cadar katil basah dek terkena air. Eizzlan berkerut dahi tanda tidak suka.

"Padan muka!" Gadis itu mula mengekek ketawa suka apabila kenakan Eizzlan.

"Aulia Arisha!" Eizzlan melangkah untuk mengejar Aulia lalu dia mencempung badan Aulia sehingga masuk ke dalam bilik air.

"Eee... Lepaslah!"

"Mandi dengan aku," Eizzlan mula tanggalkan baju ni tapi sempat disepak oleh Aulia sendiri. Lalu, gadis itu terus keluar dengan tanpa banyak bunyi.

Dasar merenyam!

"Eizzlan gatal!" Jeritnya kuat dari luar. Lelaki itu tergelak suka, dia terasa puas bila kenakan Aulia semula. Baru dia tahu langit itu tinggi ke rendah.

-

Eizzlan dan Aulia sudah bersiap untuk pergi ke sekolah. Mereka mula keluarkan langkah dari dalam bilik. Eizzlan mencebik tidak suka apabila dia kenangkan kembali dirinya disimbah tadi. Masih sakit hati!

"Kau kena minta maaf dengan aku pasal tadi," lelaki itu cemberut tidak suka dan langsung tidak memandang wajah Aulia. Dia memeluk tubuh untuk menunggu gadis itu meminta maaf kepadanya.

"Yalah, aku minta maaf. Dah jom turun," Aulia menjulingkan mata belum sempat dia melangkah untuk turun pantas Eizzlan menahan.

"Tak ikhlas, lagi sekali."

"Ish! Kira ikhlas lah jugak kan? Eizzlan kita dah lambat tau!" Aulia merungut sehelai dengan nafas yang kasar yang keluar dari dalam mulutnya. Dia mengerling mata pada jam tangan sudah hampir pukul tujuh pagi.

"Tak ikhlas."

Aulia menarik nafas dalam sebelum dia menghela nafas panjangnya. Sesungguhnya, dia perlukan kumpul kesabaran yang amat tinggi apabila bersama dengan si Eizzlan. Banyak bersabar banyak pahala. Gadis itu memejamkan mata sebelum dia bercakap.

"Eizzlan... Intan payung hatiku. Aku minta maaf ya atas sebab aku simbah air dekat kau tadi. Maafkan saya," Aulia menayangkan senyuman palsu sehingga ke cuping telinga. Eizzlan dari tadi cuba berlagak cool untuk menahan dari terhambur ketawa.

"Good girl. Okay, kali ini aku maafkan kau."

"Tapi ingat, lepas ni kalau kau tak bangun lagi jangan tanya kenapa aku guna air sabun nanti. Senang terus kau mandi," Aulia cuba ugut Eizzlan membuatkan lelaki itu memandangnya semula.

"Apa kau cakap?" Jari lelaki mula mencuit pinggang Aulia. Gadis itu tergelak kerana dia terasa geli apabila Eizzlan berbuat begitu. Tempat sensitif!

"Okay okay, aku minta maaf! Geli lah," gelaknya membuatkan Eizzlan juga tergelak malah mengejar Aulia sehingga turun dianak tangga.

[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓Where stories live. Discover now