Chapter 18.

4.9K 207 7
                                    

Sinaran mencanak naik di atas kepala membuatkan Aulia berkerut kerana terasa wajahnya terkena cahaya. Namun, dia membuka kelopak matanya dengan perlahan. Dia terkejut kerana langsir terbuka begitu luas dan paling mengejutkan Eizzlan sudah di depan matanya.

"Good morning!" Sapa Eizzlan dengan wajah ceria. Aulia pula bangun dengan agak kelam kabut. Hairan, bagaimana lelaki ini boleh terjah masuk ke dalam biliknya kerana dia sudah kunci dari dalam.

Namun, dia lupa sudah semestinya ini rumah milik Eizzlan. Pasti ada kunci pendua.

"Kau buat apa kat sini!" Kata Aulia, berang. Dia terasa sungguh marah kerana Eizzlan seolah-olah tidak hormat dirinya sebagai seorang perempuan.

"Pagi-pagi kita jangan marah-marah, kita kenalah sentiasa senyum. Senyum kan satu sedekah. Betul tak?" Eizzlan tersenyum lebar membuatkan Aulia menjengkelkan muka. Terasa jijik apabila lelaki itu buat wajah seperti itu.

"Sedekah hangguk kepala nenek kau!"

"Janganlah cakap pasal grandma aku. Dia dah meninggal," tangisannya kedengaran berpura-pura. Aulia berdecit geram. Dia bangun dari birai katil lalu menolak lelaki itu sehingga keluar.

"Dahlah pergi, aku nak mandi!" Dia tolak tubuh Eizzlan sehingga di depan pintu. Namun, pantas Eizzlan menahan dengan kuat.

"Kalau aku nak ikut kau, boleh?" Lelaki itu menggigit bibir bawahnya. Aulia melopong mulut dan terus menampak wajah Eizzlan dengan laju.

"Pervert!"

"Dah keluar," Aulia tolak dan akhirnya lelaki itu sudah berada betul-betul di luar biliknya. Laju saja tangan menutup pintu semula dan kunci dari dalam.

"Takpa, aku tetap tunggu kau dari luar!" Jerit Eizzlan membuatkan Aulia mendengus kasar.

"Apa mamat tu mimpi semalam? Terkena demam kus-kus ke apa?" Omelnya geram. Lalu dia mengambil tuala untuk bersihkan diri. Sekarang jam sudah menunjukkan dua belas tengahari. Memang patut waktu macam ini dia sudah bangun.

Agak lama dia tidur selepas solat subuh tadi, betul-betul penat terasa lelah dan letih. Bukan penat fizikal malah hati.

Usai mandi, dia mengenakan t-shirt serta seluar tracksuit pada tubuh. Rambutnya separas pinggang itu di keringkan mengguna hair dryer lalu dia mengikat rambut sehingga menjadi messy bun.

Sebelum gadis itu mahu keluar, dia merapatkan telinga pada permukaan pintu lalu dia mendapati bahawa Eizzlan masih berada di luar. Dia menghela nafas kasar tanda tidak suka dengan sikap Eizzlan yang suka mendesaknya. 

"Shit! He's there," omel Aulia sebelum membuka pintu. Akhirnya, dia berjalan tanpa menoleh Eizzlan yang di depannya. Dia tidak endahkan Eizzlan sehingga turun tangga.

"Arisha!" Panggil Eizzlan mengejar Aulia yang berada di bawah.

"Apa?" Soal Aulia dengan nada tinggi. Dia malas mahu bercakap bersama dengan Eizzlan. Meluat hingga tak terkata.

"Jom, aku ada buat breakfast untuk kau," kata Eizzlan lalu dia meraih lembut pada jari-jemari Aulia. Namun, laju saja gadis itu tepis dengan kasar.

"Don't touch me!"

"Okay fine. Aku takkan pegang kau," Eizzlan sudah mengangkat kedua tangannya dan berundur sedikit daripada Aulia. Gadis itu menjulingkan mata ke atas malas mahu melayan.

"Let's sit princess," dia menarik kerusi makan supaya Aulia duduk di atasnya. Gadis itu akur saja lalu dia melabuhkan punggungnya. Kalau tak nak, Eizzlan tetap akan berdegil juga. Jadi, dia sabar saja dengan perangai Eizzlan saat ini.

[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓Where stories live. Discover now