Aku keluar dari bilik air untuk menyiapkan diri. Selepas ini, aku akan keluar pergi ke clubbing. Hilangkan stress dan meraikan kemenangan aku bersama Aina dan Aliya. Rasa berbagai kan berbunga-bunga juga tidak lama lagi, bahtera perkahwinan Eizzlan dan Aulia akan musnah.
Get loser!
Aku padankan dengan dress merah yang terbelah dibahagian sisi kaki aku sehingga paras peha. Manakala, aku curling hair pada rambut aku yang panjang separas dada. Hari ini, aku amat terserlah sekali dengan solekan tidak terlalu tebal. Pasti kalau Eizzlan nampak dia akan tergoda. Bukan seperti perempuan yang selekeh seperti Aulia.
Opss.
Pasal kejadian pada tempoh hari, aku memberitahu kepada Ustaz Muin untuk tidak lagi memberitahu kepada mommy aku. Sebab, aku sendiri yang akan beritahu kepadanya kerana dia terpaksa pergi import bunga dari Jepun. Maklumlah, bunga mommy memang high class tinggi. Tidak main bunga taik ayam ini.
Aku touch up kembali lipmate pada bibir mungil aku. Hari ini, aku nak nampak menyerlah dalam club nanti. I always want to do something different cause siapa je nak nampak selekeh nyah. Tolonglah!
Aku rasa Aulia tidak mampu jadi seperti aku sebab dia bukan level aku nok. Dia lebih bawah pada kasut tumit tinggi aku. Kenapalah, Eizzlan itu bodoh sangat pilih Aulia berbanding aku. Apa kurangnya aku? Nak kata lawa, of course i am. Nak kata seksi? Yes, i'm already prove it. Entahlah, kadang-kadang kurang faham dengan taste lelaki. Kesian kau, Eizzlan.
Kaki sudah melangkah keluar dari dalam bilik. Aku menuruni sehingga ke ruang tamu. Aku merengus kasar kerana kasut aku belum sediakan lagi. Dia nak aku rosakkan tangan aku yang dah pakai losyen christian dior ni ke? Euw!
"Latipah!"
"Latipah! Kau pekak ke aku panggil ni?" Soal aku berang, bodoh betul buat kerja lembap. Semua tak boleh pakai!
"Ya, Cik Emylin. Ada apa sik?" Soalnya membuatkan aku terbeliak kan mata. Kecik besar kecik besar je aku tengok kau ni.
"Soalan bodoh betul, aku nak keluar lah! Kasut aku mana? Lain kali aku panggil tu jawab! Bukannya diam! Kau bisu ke?" Marah aku sambil menunjal ke arah dahinya.
"Ish! Stress aku," aku menggerbang kan rambut kebelakang. Panas aku dibuatnya.
"Ni, aku nak keluar. Tak payah tunggu aku balik. Aku rasa aku tak balik malam ni. Kalau kau cuba call mengadu dengan mommy aku. Hidung kau ni aku jolok dengan batang penyapu. So, diam-diam je tak payah nak heboh macam makcik bawang faham?"
"Dah aku nak keluar, pergi ambil kasut putih tumit tinggi aku. Hari ini, aku nak pakai kasut kiss&tell," arah aku dengan tegas. Dia meluru ke arah rak kasut yang dikhaskan bilik kasut itu untuk aku yang berada di bawah. Lalu, dia menghampiri aku laju dan membawa sepatu kasut aku itu.
Aku duduk di atas kerusi sementara menunggu dia menyarungkan kasut itu pada kaki aku. Lalu, aku bangun dan pergi keluar dari pintu utama. Jurus dengan itu, tangan pengawal peribadi menghulur tangan nya kepada aku. Aku tersenyum suka. Ini baru betul pekerja. Always understand me without my instruction.
Enjin kereta dihidupkan malah kami bergerak sehingga ke tempat aku ingin tujui. Terasa gembira kerana hari ini aku boleh bersuka-ria. Bosan, sebab Eizzlan tidak pernah sokong aku bila aku ajaknya pergi clubbing. He never has support system.
-
Sekarang, Emylin sudah sampai di tempat yang dimana mereka ingin pergi. Club Zouk yang agak terkenal di Malaysia. Namun, Emylin sudah diluluskan masuk. Bagaimana? Duit adalah segalanya. Emylin, siapa tidak kenal?
YOU ARE READING
[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓
General Fiction[Comedy Romance] AULIA ARISHA - perwatakan seorang perempuan yang agak kasar dan selalu saja datang lewat ke sekolah. Dia juga merupakan salah seorang anti-pengawas! EIZZLAN SHAH - perwatakan seorang lelaki yang tegas dan merupakan ketua pengawas...