Chapter 32.

5.2K 188 58
                                    

Mereka semua sudah sampai di lokasi dimana destinasi mereka di sungai congkak. Mereka akan tidur disini tiga hari dua malam dan pelbagai aktiviti yang akan diakana sepanjang program kempen ini dijalankan.

"Okay semua... Dah sampai. Ingat behave. Ambik beg dan beratur, faham?" Laung Cikgu Ruhailah dengan kuat. Semua pelajar angguk faham dengan arahan yang diberi.

Aulia mencapai begnya yang berada di atas kerana Cikgu Amirul yang tolong angkat kan begnya bawa ke situ. Katanya sempit kalau dia letakkan begnya ke bawah.

Namun, gadis itu termangu macam mana dia nak capai begnya sedangkan Eizzlan pula memang tempat duduknya di sebelah tingkap agak sukar untuknya ambil.

Tidak semena-mena, beg Aulia juga Eizzlan capai sekali dan serahkan kepada gadis itu. Aulia terpinga-pinga dan laju saja tanganya mencapai beg daripada tangan Eizzlan.

"T...terima kasih," kata Aulia sedikit gagap manakala Eizzlan hanya tayangkan riaksi biasa.

Lelaki itu mula keluar dari dalam bas tanpa menunggu Aulia. Langkahnya laju saja menghampiri kawannya yang lain.

"Takpalah... Mungkin dia perlukan masa," monolog Aulia sendirian sebelum dia mendekati ke arah Asmida dan Adila yang sudah menunggunya di depan.

-

"Saya akan agihkan nama untuk setiap kumpulan. Satu kumpulan ada 6 orang. Jadi, lepas dah tahu sapa pasangan group kamu. Please decide siapa ketua, saya nak ketua tu bertanggungjawab dan tak malas buat kerja! Faham?" Tegas sekali percakapan Cikgu Ruhailah.

Pelajar lain semua sudah berpusu-pusu untuk mencari pasangan kumpulan untuk cukupkan anggota.

Namun Aulia, Asmida dan Adila tidak mahu satu kumpulan dengan pelajar perempuan yang lain kerana kebanyakan mereka gedik dan susah bawa berbincang untuk berkumpulan. Jadi, bagi tidak bazir air liur untuk bertengkar baik mereka bertiga saja.

"Untuk first group ialah Adam, Pian, Iwan, Syam, Haikal dan Eizzlan," kata Cikgu Amirul sesudah saja mereka semua menulis nama di senarai kumpulan.

Semua para pelajar sudah pun menulis nama ahli kumpulan mereka lalu diserahkan kepada Cikgu Amirul sendiri.

"Okay untuk kumpulan yang terakhir Aulia, Asmida, Adila..."

"Disebabkan mereka tidak cukup ahli saya akan tambahkan. Jadi Aina, Aliya dan Narnia akan dimasukkan sekali dalam kumpulan akhir." 

Senyuman Aulia mati saat Cikgu Amirul masukkan mereka ke dalam kumpulannya. Walaupun ketua gedik dia orang sudah masuk ke dalam sekolah pondok tidak bermakna dia orang sekali berubah.

"Apa ni?" Soal Aulia seakan tidak puas hati. Asmida menahan tangan Aulia supaya gadis itu bersabar. Kalau ikutkan hatinya, dia pun tidak mahu mereka berdua masuk ke dalam ahli kumpulannya.

"Sekarang ni aktiviti untuk pasang khemah. Satu khemah untuk enam orang!"

"What!" Serentak kami semua. Memang tidak masuk akal kalau nak tidur enam orang sekaligus berhimpit dalam satu khemah.

Agak gila ya!

"Ya, enam prang takda bantahan. Sekarang ni cikgu nak kenal kapten kamu semua," kata Cikgu Ruhailah. Akhirnya, seorang lelaki separuh usia itu mula kenalkan diri kepada mereka.

"Hai semua, assalamualaikum... Okay panggil saya Papa Bobby. Saya lah akan jadi kapten untuk kem orang nanti. Saya nak semua ahli kumpulan lantik seorang ketua."

Aina dan Aliya berdecit tidak suka kerana sangat panas ketika ini. Mereka dari sejak tadi tidak lepas memegang kipas elektronik pada tangannya.

"Siapa nak jadi ketua?" Soal Adila terlebih dulu kepada mereka berlima.

[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓Where stories live. Discover now