Malam semalam kami semua sudah membuat kenduri doa selamat di rumah Dato Alif kerana hari ini keluarga Aulia serta keluarga Eizzlan akan berangkat pergi menunaikan umrah.
Mereka semua sudah sampai di KLIA dimana mengiringi mereka semua. Aulia mula rasa sedih kerana sekejap saja dia meluangkan masa bersama keluarganya. Ikutkan hati, nak saja dia ikut mereka semua namun apakan daya dia terpaksa relakan walaupun terpaksa.
Selepas ini, dia dan Eizzlan saja di rumah. Elina juga turut pergi sekali dengan mereka semua. Jadi, rumah itu akan jadi sunyi kerana tinggal bertiga. Dia, Eizzlan dan juga Makcik Ani.
Aulia memeluk neneknya erat dalam dakapan. Tangisan sudah mengalir deras dipipi. Dia takut dia akan rindukan nenek dengan keluarganya.
"Nek.. nanti jangan lupa Lia kat sini."
"Alah kamu ni nenek pergi sekejap je. Alahai," balasnya sambil bercekak pinggang. Aulia mengelap air matanya yang berbaki. Sudah seperti drama sinetron pula.
"Dua minggu tu macam setahun tau nek!" Kata Aulia dengan nada seakan merajuk.
"Kami pergi sekejap je Lia. Tak lama pun," celah Rozita sambil memeluk bahu anak gadisnya lembut.
"Tapi.. Lia rindukan semua orang nanti." Bibirnya mencebik manja. Eizzlan yang disebelah menjeling tajam.
"Macam budak kecik." Dengus lelaki itu perlahan.
"Eizzlan jaga Lia baik-baik. Kalau papa tahu kamu tak jaga Lia dengan baik. Papa cari kamu sampai lubang cacing," tegas Dato Alif.
"Hm yalah."
"Takkan Elina pun pergi? Siapa nak teman akak nanti?" Kata Aulia separa jerit. Elina mula tergelak kecil melihat latah kakak iparnya.
"Alah.. Abang Eizzlan kan ada? Nanti dialah jagakan akak," sakat Elina. Muka Aulia sudah cemberut tanda tidak suka selepas dia akan duduk berdua dengan Eizzlan.
"Kenapa Elina pergi? Sian akak duduk rumah sorang-sorang," kata sekali lagi. Namun, sempat telinganya dipulas kuat oleh Nenek Jamilah. Gadis itu mengusap lembut pada telinga. Cubitan neneknya boleh tahan sakit.
"Suami kamu kan ada. Dah jangan nak mengada-ngada."
"Eh jom nanti lambat pulak kita naik flight," celah Dato Alif. Mereka semua sudah siap bersedia untuk melangkah pergi.
Sejak dari tadi, Aulia tidak berhenti menangis melambai ke arah mereka yang sudah berada di imigresen untuk berlepas. Dia terasa sudah rindu kerana buat pertama kali dia berpisah dengan keluarga. Namun, dia sabarkan hatinya tidak lama pun dua minggu saja.
Susuk tubuh bapanya dipandang lama. Tidak lama dengan itu, gadis itu berlari memeluk tubuh bapanya erat dalam dakapan. Dia takut dia akan rindu dengan ayahnya nanti.
"Kenapa ni Lia?" Soalnya sambil mengusap tubuh belakang Aulia.
"Ayah nanti Lia rindukan ayah. Jangan lupakan Lia bila ayah dah sampai kat sana."
"Lia.. ayah pergi kejap je. Eizzlan akan jaga kamu sepanjang ketiadaan kami. Ingat syurga di bawah tapak kaki suami. Taat kepada suami kamu. Ayah nak mintak maaf dengan lia sekiranya ayah bukan bapa yang terbaik untuk lia. Maafkan ayah ya?"
Aulia hanya angguk lemah dan Kamal mengusap kepala anaknya sebelum beransur pergi.
"Ayah pergi dulu, bye assalamualaikum. Hati-hati," katanya sebelum beransur pergi. Aulia pun melambai ke arah mereka sehingga hilang dari pandangan.
"Encik Eizzlan jom kita balik," celah salah seorang pengawal peribadi. Eizzlan hanya angguk dan Aulia pula dengan lemah melangkah pergi dari situ.
Sepanjang perjalanan, mereka berdua hanya senyap hanya iringi dengan corong radio saja. Namun, sepatah Eizzlan cakap sepatah juga Aulia membalas. Gadis itu langsung tiada mood.
YOU ARE READING
[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓
General Fiction[Comedy Romance] AULIA ARISHA - perwatakan seorang perempuan yang agak kasar dan selalu saja datang lewat ke sekolah. Dia juga merupakan salah seorang anti-pengawas! EIZZLAN SHAH - perwatakan seorang lelaki yang tegas dan merupakan ketua pengawas...