Chapter 7.

7.1K 249 78
                                    

Harini, aku terpaksa ikut mama untuk pergi photoshoot serta mengambil sijil kursus on the spot. Nak tak nak aku kena dengar arahannya.

Memandangkan hari ini hari sabtu, terpaksalah aku korbankan untuk mama. Lagipun dia nak sangat aku dengan Eizzlan ambil photoshoot bersama.

Fikiran aku tetiba berubah menjadi buntu sekiranya bagaimana kalau Asmida dapat tahu perkara hal yang sebenar. Aku makin bertambah bercelaru.

"Macam mana aku nak bagitahu Asmida kalau dia dapat tahu aku kahwin dengan Eizzlan?" Tiba-tiba aku bayangkan mungkin Asmida akan campak aku di Lautan Hindi.

Majalah yang berada di atas meja aku tenung lama. Kejadian pagi tadi mengingatkan aku semula.

Badan Aulia mengiring sambil memeluk bantal disisi. Aulia berkerut kerana kulit wajahnya disapa deruan nafas yang hangat. Dia berkerut hairan, siapa pula yang bernafas dekat dengannya?

Mata masih lagi tertutup. Tangan mula meraba keseluruh arah. Takkan lah bantal peluk ada hidung? Pantas Aulia membuka mata. Alangkah terkejut Eizzlan berada disisinya.

"Argh... maksiat!" Jeritnya sehingga menendang lelaki itu terjelepuk jatuh di atas lantai.

"Aduh!" Eizzlan mengaduh sakit dan mengusap belakang tubuhnya.

Aulia melihat ke dalam selimut. Dia terasa lega kerana baju masih tersarung pada tubuh. Maksudnya dia masih lagi sesuci murni.

"Kau apahal?" Riak wajah Eizzlan tampak geram. Kalini, mukanya lebih ketat. Mana taknya pagi-pagi sudah dapat tendangan penalti.

"Asal aku boleh ada dekat atas katil kau?" Tona suara Aulia sedikit meninggi. Dia memandang ke arah Aulia dengan pandangan setajam sebilah pedang.

"Kau tahu tak semalam kau jatuh dari sofa? Pastu, kau nak marah-marah aku. Kira bersyukur aku angkat kau. Daripada aku campak kau kat tengah jalan?" Dengus kasar sebelum dia duduk di birai katil.

Aulia mencebik, dia tidak tahu perkara semalam yang dia tahu selepas je keluarganya pulang. Dia terus ambik bantal dan baring di atas sofa. Namun, meleset selepas dia bangun ternyata dia tidur di atas katil bersama Eizzlan.

Aulia melirik mata ke arah jam loceng di atas meja di sisi katil. Tangan mencapai jam dan terlihat sekarang menandakan pada pukul 6:30 pagi. Dalam sejarah Aulia Arisha bangun awal harini.

"Jom solat jemaah. Jangan banyak songeh," jelingnya sebelum beransur pergi.

"Eee.. mamat ni nak jeling-jeling pulak."

Selesai Eizzlan sudah ambil wuduk, Aulia bangun malas kerana mahu memandang muka suaminya yang dia benci itu. Aulia terasa ditumbuk berkali-kali, biar puas hatinya.

Dia rasakan memandang muka bangla jual carpet itu lebih baik daripada melihat wajah suaminya. Tak sakit hati!

Eizzlan melentang sejadah untuk mereka berdua. Aulia memakai telekung pemberian daripada mama kerana bajunya semua akan dihantar pada harini oleh ayahnya. Eizzlan membacakan iqamat dan mereka berdua solat berjemaah bersama.

Selepas aminkan doa, Aulia menyalam tangan Eizzlan dengan wajah masam mencuka. Dia membuka telekungnya dan melipat semula. Namun, tiba-tiba dia terdengar bunyi loceng dan terlihat kucing berwarna coklat seakan jingga itu mendekati ke arahnya.

Dia mula menjauhkan diri dan menuju ke arah riba Eizzlan sambil berpeluk leher suaminya. Takut dengan kucing sehingga dia terlupa ruang antara mereka terlalu rapat. Aulia memang sangat takut dengan kucing selepas peristiwa dia pernah kena cakar dimuka. Habis setahun dia memulihkan wajahnya untuk baik.

[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓Where stories live. Discover now