"Good job guys!" Aku bersorak untuk mereka berdua. Kami semua bertepuk tangan kerana hari ini kami semua teramat bangga apabila plan yang seterusnya telah berjaya.
"Kau memang A plus dalam bab lakonan," kata Aina yang sudah mengekek ketawa. Kami bertiga terasa senang melihat selepas kejadian tadi berlaku. Ustaz Muin boleh termakan apatah lagi mereka semua, nampak tak lakonan aku memang tip top.
Ya, aku dah rancang dengan Aliya untuk dia rosak cctv sehingga tidak boleh lagi untuk dibaiki pulih. Memang itu niat aku untuk tiada langsung bukti bagi Eizzlan terlepas dari tuduhan.
"Well, apa yang aku nak pasti akan dapat," aku meneguk fresh orange di dalam cawan. Sekarang ini, kami semua dekat restoran yang tidak jauh dari rumah kami semua.
"Habis tu, macam mana dengan kandungan kau?" Celah Aliya, mukanya sangat ingin tahu betul atau tidak kandungan aku.
"Dia orang takkan tahu selagi gambar tu boleh jadi bukti bahawanya aku dengan Eizzlan buat aksi panas."
Ya, gambar itu semua edit. Aku suruh Aliya mencari seseorang yang pakar dalam bab edit gambar ini. Jadi, akhirnya berjaya juga dan terkejut juga aku tengok gambar itu memang agak realistik. Seakan tidak percaya aku dengan Eizzlan macam itu.
Pasal kandungan? Aku memang tidak mengandung tapi sekurang-kurangnya aku ada pak sanggup yang boleh jadikan dia sebagai bapa dalam anak kandungan aku ini. Walaupun aku belum mengandung lagi tapi aku cukup takut kalau aku akan termengandung one day. Ambil langkah berjaga-jaga.
Lagipun, inilah masa untuk aku kena Eizzlan jadikan dia sebagai milik aku. Kalau aku mengandung pun bagus juga at least semua orang akan bela aku.
Pasal Danish si jantan tak guna itu aku memang tak peduli dan langsung tak nak ambik tahu dia dimana dan dengan siapa. Aku mengharapkan Eizzlan akan menjadi milik aku. Itu saja.
"Beb malam ni kita enjoy, nak?" Soal aku kepada mereka. Mereka angguk setuju dan faham dengan maksud aku. Apa lagi, kita pergi ke club sebagai meraikan hari kemenangan untuk aku.
"Maaf Aulia. He will be mine soon."
---
Pejam celik pejam celik, siapa sangka kes Eizzlan sudah pun melarat sampai seminggu masih belum apa-apa bukti yang kukuh untuk dia bela nasib dirinya. Keadaan dia dan Aulia semakin renggang, langsung tidak bercakap sesama sendiri.
Sejak kebelakangan ini, dia lebih kerap keluar bersama Emylin kerana itu pun papanya yang suruh kerana kena ada sifar tanggungjawab. Fikiran lelaki itu mulut kusut apabila rumah tangganya bersama Aulia semakin pudar. Sudah lagi keindahan mereka berdua. Gelak ketawa hilang sejak dimana kejadian tempoh hari.
Eizzlan masih gagal untuk bersihkan namanya. Agak susah kerana dia tiada langsung saksi atau bukti yang boleh jadikan sebagai defand untuk dirinya.
Tiada.
Namun, mereka berdua sudah berada di dalam bukti kedai pengantin. Eizzlan hanya melemparkan pandangan kosong pada skrin telefon pintarnya.
"Sayang, baju ni lawa tak?" Emylin keluar dari fitting room dan tersenyum suka apabila melihat gaun pengantin yang agak cantik yang tersarung pada tubuhnya.
"Hm."
Emylin agak tersentak dengan jawapan Eizzlan yang tidak mahu melayani dirinya dari sejak tadi. Gadis itu mendekati ke arah lelaki itu yang berada di atas sofa. Tangan laju saja menarik telefon pintar itu dari tangan Eizzlan.
"Apa ni!" Eizzlan mula melenting tidak suka. Pantang nenek moyang bila dia tengah main telefon ada orang cuba datang untuk rampas. Benci!
"Sayang... You ni perkahwinan kita next week je tau. Cubalah bagi respon sikit," Emylin mendengus perlahan. Dia seakan tidak suka dengan cara Eizzlan yang tidak peduli kan tentang dirinya.
"Eh, kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau? Kau fikir aku tak tahu kau edit gambar semua tu kan?"
"Apa you cakap ni? Itu kita lah sayang," Emylin cuba untuk percayakan Eizzlan bahawa itu adalah mereka berdua. Dia meraih tangan lelaki itu lembut tapi laju saja tangan Eizzlan tepis dengan kasar.
"Dah lah aku nak balik, kalau aku duduk sini tengok muka kau. Lagi sakit hati aku," Eizzlan bangun tanpa hiraukan Emylin disisi. Dia melangkah pergi dari bukti pengantin sehingga masuk ke menunggang motor superbike miliknya.
Emylin berdecit geram, terasa sampai hati Eizzlan meninggalkan dia seorang diri. Dia memijakkan kaki ke lantai seakan protes nampaknya dia kena lah call driver nya untuk datang ambil.
"Ish benci!" Gadis itu masuk ke dalam fitting room untuk menukar semula bajunya yang asal.
---
Motor aku letakkan ditempat biasa. Aku melangkah masuk ke dalam rumah selepas aku menanggalkan kasut dan diletakkan ke dalam rak. Aku melihat ruang tamu kelihatan sunyi sekali tidak meriah seperti dulu.
Ya, aku akui selepas kejadian tempoh hari semua orang seakan memulaukan aku dengan tanpa aku menjelaskan apa-apa kepada mereka. Begitu juga dengan Arisha dia langsung tidak mahu bagi aku peluang untuk aku terangkan segalanya. Aku langsung tidak tahu seteruk itu Emylin sanggup fitnah aku macam itu sekali.
Aku agak terkilan bila mana papa lebih percayakan orang luar berbanding anaknya sendiri. Elina pun teragak-agak untuk berbual dengan aku. Ya Allah, apa harus aku buat untuk betulkan semua ini?
Aku rindu Arisha. Aku rindu senyuman dia, gelak ketawa dia. Semua pasal dirinya buatkan aku rindu yang sangat dalam. Terasa sepi bila dia tiada di sisi. Namun, aku melihat Arisha yang sedang menuruni anak tangga dan langsung matanya tidak menoleh ke arah aku yang berada di depan.
Dia hanya pura-pura tidak tahu kewujudan aku yang berada di situ. Seolah-olah aku ini tidak wujud dalam hidupnya. Aku meraup wajah setelah mendekati ke arahnya yang sedang pergi ke arah dapur.
"Arisha!" Lengannya aku tarik rapat dengan aku pantas dengan itu dia tepis dengan kasar.
"Kau nak apa?" Soalnya agak berang. Jelas tampak dia sangat benci terhadap aku.
"Kau kata kau dah janji untuk percayakan aku. Sumpah, aku tak buat semua itu Arisha!" Terang aku dengan bersungguh-sungguh. Namun, dia langsung tidak dengar dan percayakan aku.
"Sebab aku percayalah aku bodoh. Aku dah salah orang untuk aku percaya. Kau pijak kepercayaan aku tu macam tu je!" Dia melenting dengan kuat membuatkan aku terus memeluknya dalam dakapan. Aku rindu baunya. Sangat rindu.
"Lepaskan aku lah!"
Pelukannya tadi dilepaskan apabila dia berjaya lolos kan diri daripada rangkulan aku. Aku terasa sesak di dada apabila perkara ini berulang lagi.
"Sampai bila nak jadi macam ni?" Kata aku, lemah. Aku merenung anak matanya dalam berharap agar ada sinar kepercayaan dia terhadap aku. Kami berdua terdiam seribu bahasa.
"Sampai bila bila."
Selafaz ayat yang ditutur keluar daripada mulutnya. Hati aku terasa hancur seakan tusuk oleh panah bertalu-talu. Aku sedih dengan apa yang berlaku. Ya Allah, apakah ini ujian untuk aku rempuh semua ini?
Aku kusutkan rambut aku. Terasa seolah dunia ini seakan gelap gelita. Cahaya aku hilang, kerana cahaya itu sendiri yang buat keputusan tidak percayakan aku malah tinggalkan aku.
"Ya Allah... Masih takda lagi ke secebis kebahagian untuk aku dengan isteri aku?"
Continue.
YOU ARE READING
[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓
General Fiction[Comedy Romance] AULIA ARISHA - perwatakan seorang perempuan yang agak kasar dan selalu saja datang lewat ke sekolah. Dia juga merupakan salah seorang anti-pengawas! EIZZLAN SHAH - perwatakan seorang lelaki yang tegas dan merupakan ketua pengawas...