Aku duduk di bawah shower air yang mengalir membasahi badan aku. Aku memeluk tubuh seakan terasa jijik dengan badan aku sendiri. Tidak sangka, apa yang aku ingin kini musnah gara-gara kejadian semalam. Mata aku kabur seolah-olah kepala aku seakan berat dan nafas aku tidak teratur kerana aku baru dapat tahu aku sudah tiada dara.
Hari ini masuk hari ke dua aku berada di hotel sebab aku terlalu takut untuk balik ke rumah. Fikiran aku sudah terasa seakan kaset yang rosak. Buntu apa aku harus buat selepas ini.
Hidup aku tidak sempurna!
Tangan memicit kedua kening terasa sakit menjalar di kepala. Sakit sangat akibat minum alkohol terlampau banyak. Emylin bangun daripada tidur apabila terasa seakan tangan seseorang menghempap pada perutnya.
Matanya dibuka dengan perlahan dan terlihat sekujur tubuh seorang lelaki berada betul-betul disebelah nya yang sedang nyenyak dibuai mimpi. Emylin membulatkan mata terlihat Danish berbaring disebelah tanpa seurat benang.
Malah dia terkejut dirinya juga tanpa pakaian. Semua pakai dilucutkan pada tubuhnya. Dia terlihat baju dress merah yang dia pakai semalam juga baju Danish berterabur di bawah lantai.
"Apa kau buat ni, Danish!" Emylin menengking Danish dengan kuat. Dia perbetulkan comforter pada tubuhnya yang agak terdedah.
"Good morning, baby. How yesterday? You feeling better?" Danish masih mamai. Dia baru saja bangun daripada tidur setelah mendengar jeritan oleh Emylin. Suaranya agak serak-serak basah dan dia masih lagi boleh berlagak tenang dengan apa yang sudah berlaku.
"Kau buat apa dengan aku semalam? Tell me the truth! What you doing to me, Danish!" Air mata sudah mengalir dengan deras. Danish terus saja bangun dari mamanya.
"Rileks honey, semalam you okay je layan i. Kenapa ni, hm?" Dia mencium sekilas bahu Emylin yang agak terdedah itu. Lalu, tangan gadis itu laju saja menampar kuat pada pipi Danish.
"You blah! I taknak tengok muka you! Get lost! Arghh! Pergi kau jantan tak guna!" Jeritnya seperti histeria. Danish terus bangun apabila badannya dipukul oleh Emylin dengan agak kuat.
"Okay fine. I keluar. Tapi, you kena ingat Eizzlan takkan bertanggungjawab atas kandungan you. Sebab i dah teb*k you sayang.." Danish mengelus lembut pada pipi Emylin namun gadis itu menepis dengan laju. Danish tersenyum sinis sebelum dia kembali mengambil bajunya yang berada di bawah.
Dia memakai semula baju pada tubuh lalu dia memberikan senyuman sinis buat kali terakhir pada Emylin. Gadis itu membaling bantal ke arahnya dan lelaki itu bergegas keluar dari pintu bilik hotel.
Emylin memeluk lutut. Badannya menggeletar hebat. Dia rasakan hidupnya akan berakhir. Dia sudah tidak sempurna lagi menjadi seorang wanita kerana kewanitaannya sudah dirampas tanpa rela. Dia masih menangis dia mencapai telefon pada porche miliknya. Dia mendail nombor Aina. Dia berharap agar gadis itu dapat menolongnya.
"Aina... Help me please. You dekat mana?" Emylin suaranya agak tergetar menahan rasa takut dan sebak.
"Beb, asal ni?" Soal Aina, risau.
"Aina... Please beb datang dekat hotel. I takut please..." Katanya merayu-rayu meminta tolong.
"Okay beb, kau send location nanti aku datang okay?"
Aku termenung jauh saat melihat air yang mengalir pada badan aku. Selepas ini, aku sudah tidak suci lagi. Pasti, Eizzlan takkan terima aku. Apa aku nak buat? Aku sudah buntu apa yang sudah berlaku.
"I hate you, Danish!"
---
Hari ini keluarga Aulia dan Eizzlan sudah pulang dari Umrah. Perasaan bercampur baur rindu dan teruja kerana mereka dapat berjumpa sekejap lagi. Sudah genap dua minggu mereka berada di sana.
YOU ARE READING
[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓
General Fiction[Comedy Romance] AULIA ARISHA - perwatakan seorang perempuan yang agak kasar dan selalu saja datang lewat ke sekolah. Dia juga merupakan salah seorang anti-pengawas! EIZZLAN SHAH - perwatakan seorang lelaki yang tegas dan merupakan ketua pengawas...