Chapter 19.

5.1K 219 49
                                    

Aulia sudah bangun dari awal pagi tadi untuk menyiapkan tugasan sekolah yang perlu dihantar minggu depan. Perutnya sudah berkeroncong hebat kerana dari sejak tadi dia berkurung hanya membuat kerja. Namun, bukan dia tidak mahu makan tapi disebabkan dia tidak mahu berjumpa Eizzlan. Dia tabahkan hati tidak mahu keluar.

Namun, perutnya makin berkeroncong dengan hebat. Organ perutnya meminta makanan untuk diisi. Terasa menggigil sebab dari pagi tadi tidak makan sampai ke tengahari.

Gadis itu membuka pintu dengan perlahan sebelum menjengah keluar untuk melihat kiri dan kanan. Akhirnya, Eizzlan tiada. Laju saja kakinya melangkah keluar sehingga turun ke bawah.

Bila sampai dibawah, alangkah terkejutnya Eizzlan sudah berada di ruang tamu sambil menonton dikaca televisyen. Dia yang berada di situ aku tidak endahkan kehadirannya yang penting dirinya kena isi perut. Kalau tak boleh jadi incredible hulk.

Aulia berjalan sehingga ke arah dapur mencari kelibat Makcik Ani. Dia memanggil namun dia pelik tiada langsung batang hidungnya. Makanan pun tidak terhidang di atas meja.

"Mana Makcik Ani ni? Balik kampung ke?" Omel Aulia perlahan namun dapat didengari oleh Eizzlan sendiri.

"Makcik Ani takda, dia pergi rumah sedara dia," kata Eizzlan sedikit kuat yang berada di ruang tamu itu. Aulia menghela nafas panjang nampaknya dia lah yang kena masak sendiri.

Jadi, tidak ada masalah untuknya memasak. Masak masakan simple pun sudah cukup untuk isi perutnya. Nasib dia bukan seorang yang cerewet dalam bab makanan. Cuma khinzir anjing je dia tidak makan.

Gadis itu menyediakan bahan-bahan untuk dimasak. Fikirannya sudah terlintas untuk masak ayam kari. Dia menuju ke arah peti sejuk namun dihalang tangan Eizzlan sendiri dan menutup pintu peti sejuk itu semula.

"Kau nak apa?" Soal Aulia kedengaran tidak puas hati. Mana taknya, tiba-tiba ganggu dirinya yang sedang buat kerja. 

"Kau buat apa ni?" Soalan dibalas soalan. Aulia mendengus kasar dengan soalan Eizzlan.

"Tak nampak ke aku tengah main gasing ni," Kata Aulia seakan sindir. Dia cukup bengang dengan soalan bodoh Eizzlan. Lelaki itu berpura-pura nampak atau memang dia sendiri bodoh tidak nampak?

"Dah tepi! Jangan nak kacau aku nak masak," Aulia menolak bahu Eizzlan supaya jauh darinya. Lalu, peti sejuk dibuka semula dan mengambil beberapa bahan mentah untuk dimasak.

Namun, lelaki itu tidak puas hati cara layanan oleh Aulia sendiri. Dia menolak badan Aulia ke arah peti sejuk dan perangkap gerakkan gadis itu dengan tubuh Eizzlan sendiri.

"Apa kau ni Eizzlan?"

"Kau still lagi ke marah aku?" Soal Eizzlan, lembut. Dia memandang wajah Aulia dari mata turun ke bibir.

Seram!

"K..kalau ye pun kenapa? Memang kau patut pun kena marah. Itu kesilapan kau!" Marah Aulia sepuas hatinya. Eizzlan tersenyum berjela sehingga ke cuping telinga.

"Kenapa nak marah? Kau jeles eh? Yalah, aku dengan Emylin?" Soalannya seakan mengusik hati panas Aulia. Gadis itu merengus dengan kasar.

" Hei! Aku tak ingin lah nak jeles kau dengan dia. Kalau kau nak sangat dengan dia, pergi lantak lah. Ada aku kisah?"

"Kalau kau jeles cakap," balas Eizzlan, selamba. Aulia menghentak kaki ke atas tanah.

"Aku tak jeles lah!" Berang Aulia apabila disindir begitu. Dia terasa mahu tumbuk saja pada muka Eizzlan.

"Okay fine," Eizzlan mengundur diri kebelakang dan menjauhkan tubuh pada Aulia.

"Hari ini, kau tak payah masak. Jom, ikut aku makan dekat luar," Eizzlan sudah beransur pergi dari arah dapur. Aulia pula masih berdegil tidak mahu dengar kata-kata lelaki itu.

[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓Where stories live. Discover now