"Bongok! Badigol! Tahlul! Toyol! Kalau benci aku sekali pun tak payahlah hina aku bitch!" Jerit aku sepenuh hati.
Puas hati aku bila jerit sekuat hati. Rasa lega dah tak fikirkan lagi pasal kata-kata Eizzlan puaka tu!
Setelah aku melepaskan semua kemarahan aku tetiba tegur satu suara menyapa aku dari arah belakang.
"Ehem!"
Aku menoleh ke arah seorang pemuda yang sedang berdiri sebelah aku. Lelaki itu mengukirkan senyuman sambil menampakkan lesung pipitnya.
"Alahai senyum-senyum lah pulak," bisik aku perlahan.Lelaki itu memandang aku dengan pandangan hairan.
"Kenapa?" Keningnya jungkit satu.
"Kenapa tadi kau kata aku ni best friend kau?" Soal aku sambil tidak memandang wajahnya. Dia ketawa kecil.
"Takda apa. Saja je," katanya dengan malas. Aku malas mahu melayan dan menutur langkah untuk pergi.
"Nama saya, Saiful Hanif."
Langkah aku terhenti saat dia mengatakan namanya. Aku tertarik untuk mendengarkan lagi. Interesting.
"Saya pelajar baru. Saya duduk kelas 5 aliran sains 1."
aku mendengar je nama kelas itu terus ingatan aku melayang ke arah wajah mamat pengawas kerek tadi. Sakit hati aku mengingatkan kembali wajahnya.
"Hm okay"
"Awak tak nak bagitahu saya ke siapa nama awak?"
"Nama aku, Aulia Arisha."
"Oh.. pasal tadi saya kesian tengok awak kena buli dengan pengawas kerek tu. Siapa nama dia? Eizzlan eh?"
Dengar je nama si kerek itu terus aku mendiamkan diri. Sakit hati.
"Oh sorry," mukanya dengan serba salah. Aku hanya tersenyum kecil nak senyum pun takda mood hanya mampu bagi senyuman plastik.
"Aku pergi dulu lah, bye."
---
Setelah saja aku menapak kaki ke dalam kelas. Semua pelajar memandang ke arah aku dengan pandangan sinis.
Aku tidak pedulikan mereka. Aku menuju kearah tempat aku. Asmida hanya memandang aku dengan pandangan yang sedih setelah melihat rakan karibnya itu telah dimalukan di depan khalayak ramai.
Aku menghela nafas panjang masih pedih tidak hilang lagi dalam lubuk hati.
"Rileks Lia. Jangan menangis," kataku sebelum menahan air mata.
Sepanjang aku berada di dalam kelas aku hanya murung, Asmida kata pada aku, aku hanya acuh tak acuh saja membalas katanya. Entahlah, hati aku ini masih pedih lagi.
Kesian jugak kepada As yang berusaha untuk menceriakan aku tapi malang sekali tiada secalit senyuman pun aku berikan kepadanya.
Kring!
Tamat saja waktu persekolahan. Aku mengemas semua barang lalu dimasukkan ke dalam beg sandang.
"Lia.. sorry tau aku tak jadi nak balik sesama dengan kau harini, sebab bapak aku jemput nak pergi rumah sedara aku, sorry," katanya dengan riak wajah serba salah.
"Takpa As."
"Sorry tau," katanya lagi. Aku hanya tersenyum tawar apabila melihat wajahnya.
YOU ARE READING
[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓
Ficción General[Comedy Romance] AULIA ARISHA - perwatakan seorang perempuan yang agak kasar dan selalu saja datang lewat ke sekolah. Dia juga merupakan salah seorang anti-pengawas! EIZZLAN SHAH - perwatakan seorang lelaki yang tegas dan merupakan ketua pengawas...