Eizzlan terbangun dari tidur lenanya, dia bangunkan tubuh untuk duduk. Namun, perutnya berkeroncong hebat minta untuk diisi. Lelaki itu menoleh ke arah wajah Aulia yang berada disisi. Dia terasa serba salah kerana memarahi Aulia sesuka hati.
Lelaki itu bangun bagi tidak mengejutkan Aulia yang sedang nyenyak tidur dibuai mimpi. Dia bersiap untuk keluar beli makanan kerana betul-betul lapar.
Dia sudah menukar baju dan baju yang dipakai tadi masuk ke dalam bakul baju kotor. Dia melabuhkan punggung saat dia mahu melihat wajah polos Aulia. Wajah gadis itu benar-benar menyejukkan matanya sebagai lelaki. Dia tidak tahu kenapa sejak kebelakangan ini dia asyik fikir tentang Aulia. Sehari tak kacau, tak sah!
Eizzlan terasa serba salah bila ingati balik peristiwa tadi dimana dia memarahi Aulia. Dia merasakan mesti Aulia terasa hati dengannya. Dia jadi macam tu sebab ego dia kembali menguasai. Dia rasa tak nak tunjuk yang dia betul-betul ambik berat tentang Aulia. Pertama kali juga, Datin Rozza mengugutnya dan merampas telefon. Mungkin, dia terlalu manja sebelum ini. Sebab itu, mamanya terpaksa berbuat demikian.
" Aulia tu satu-satunya anak pakcik. Pakcik harap kamu jaga dia baik-baik. Janji dengan pakcik boleh?"
Pesanan dari Kamal terngiang-ngiang di hawa telinga Eizzlan. Dia hampir terlupa dia pernah berjanji bersama bapa Aulia untuk menjaganya. Dia menghela nafas panjang sebelum keluar dari bilik.
Bila mana lelaki itu sudah sampai di bawah, dia terdengar perbualan Datin Rozza dan adiknya, Elina. Rancak betul berborak membawang tentang Eizzlan.
"Ma? Kenapa dengan abang tu? Sekejap okay sekejap tak? Ish pening kepala Elina," mukanya ceberut dan mulutnya tidak habis mengunyah keropok dalam mangkuk.
"Mama manalah tahu. Sejak kebelakangan ni, abang kamu asyik nak marah je mengalahkan perempuan mengandung," kata Datin Rozza. Elina sudah tertawa kecil.
Aku berdehem kuat apabila sudah sampai ke arah mereka. Muka mereka berubah menjadi tiada apa-apa berlaku. Dalam hati lelaki itu sudah tahu ada je mama dan adiknya akan berbual tentangnya.
Eizzlan memasuki ke dalam dapur, niat untuk nak makan kerana terlalu lapar. Dia membuka tudung salji berharap agar ada makanan. Rupanya meleset sama sekali bila di atas meja itu kosong tiada langsung makanan.
Lelaki itu mengeluh kasar sebelum pergi ke ruang tamu. Dia baru saja rasa tidak mahu bercakap dengan mamanya tapi dia terpaksa rendahkan ego demi mengisi perut.
"Ma? Makcik Ani mana? Dia tak masak ke?"
"Makcik Ani kan balik kampung sebab mak dia sakit. Lupa ke?" Balas Datin Rozza, selamba. Matanya tidak lepas memandang televisyen. Lelaki itu terasa hampa sungguh.
Makcik Ani memang minta cuti seminggu kerana maknya sakit berada di kampung. Jadi, segala kerja rumah tergendala. Tapi, bab masak biasanya Datin Rozza akan siapkan. Tapi, tadi dia tidak masak kerana dia hanya beli sarapan nasi lemak saja di luar.
"Hm takpalah, Eizz pergi beli kat luar."
Lelaki itu sudah mengambil kunci motor miliknya di dalam balang kaca atas meja diruang tamu. Kakinya menyusun langkah untuk pergi ke arah superbike Yamaha R15.
Namun, lelaki itu teringat Aulia berada di atas dia takut kalau-kalau isterinya itu lapar apabila selepas bangun nanti. Datin Rozza dengan Elina memang tidak makan waktu macam ni. Biasalah, tengah on diet.
Lelaki itu menyelinap masuk ke dalam bilik bagi tidak mahu mengejutkan Aulia. Namun, matanya terlihat Aulia masih lagi dibuai mimpi. Lena sangat ni.
"Lamanya dia tidur. Penat sangat ke? Hm biarlah dia tidur."
YOU ARE READING
[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓
Ficción General[Comedy Romance] AULIA ARISHA - perwatakan seorang perempuan yang agak kasar dan selalu saja datang lewat ke sekolah. Dia juga merupakan salah seorang anti-pengawas! EIZZLAN SHAH - perwatakan seorang lelaki yang tegas dan merupakan ketua pengawas...