Chapter 15.

4.7K 173 29
                                    

Aku mencari susuk tubuh Emylin dari sejak tadi. Kata Aina, Emylin pengsan dibelakang sekolah. Namun, mata aku langsung tiada nampak batang hidungnya.

Oh shit. Buang masa aku. Aku dah agak ini semua prank semata-mata!

Jam ditangan aku pandang sekilas sudah masuk pukul sebelas tengahari. Kerja yang diminta oleh Cikgu Zam terbengkalai begitu saja. Memang Emylin membawa bala dalam hidup aku hari ini.

Namun, telinga aku menangkap suara seseorang yang tidak jauh dari tempat aku berdiri. Aku berlari mencari suara sayup-sayup kedengaran. Akhirnya, tubuh Emylin aku jumpa. Dia duduk berteleku bersandar di dinding sambil berpeluk tubuh. Mata aku sekilas memandang bajunya dibahagian bahu agak terkoyak.

"Eh apahal kau ni? Baju koyak-koyak?" Soal aku, ingin tahu. Aku dekati dan duduk dekat dengannya.

Emylin menangis teresak-esak. Dia menggenggam bahunya kuat. Aku tidak tahu apa yang sudah terjadi.

"Kenapa dengan kau ni?" Soal aku, tegas. Dia masih mengalirkan air mata.

"Ada orang c..cuba r..rogol i!" Kata Emylin, gagap. Aku membulatkan mata seakan tidak percaya.

"Siapa yang cuba rogol kau ni?" Soal aku, cemas. Tak salah aku as a cousin ambil berat tentangnya. Lagipun, perbuatan keji ini tak boleh dibiarkan!

"I takut!" Katanya separa jerit. Dia memeluk tubuh aku dengan menggeletar. Tampak wajahnya takut sekali apa yang telah jadi.

"Jom bagitahu cikgu!"

"tak nak.. I taknak semua orang tahu. I takut," dia masih memeluk aku dengan erat. Aku tidak tahu untuk buat apa sekarang kerana rangkulan pada pinggang aku makin kuat.

Aku leraikan pelukan tadi dengan lembut. Kesian pula dekat si Emylin. Jantan sial mana pula yang cuba rogol dia ini?

"Jom kita bagitahu cikgu sekarang," kata aku, tegas. Kali ini, dia angguk dan aku memapahnya untuk bangun.

Tiba-tiba aku hilang imbangan kerana tubuh Emylin yang baru saja pengsan. Aku meletakkan tubuhnya ke atas tanah. Kedua pipi aku tepuk dengan kuat sedikit supaya untuk dia bangun. Namun, masih tidak berkesan. Ya Allah, apa sudah jadi ini?

-

Aina mendekati Ustaz Muin dan Cikgu Ruhailah yang tidak jauh darinya. Dia memanggil Ustaz Muin dengan cemas. Lelaki separuh usia itu memandang pelik dengan tindakan Aina yang cemas semacam dari sejak tadi.

"Ustaz!"

"Ha, kenapa ni Aina?" Soal ustaz, hairan. Pelik dengan anak muridnya begitu rupa.

"Ustaz! Eizzlan cuba rogol Emylin dekat belakang sekolah!" Katanya separuh menjerit. Ustaz Muin terkejut apabila mendengar kata-kata daripada Aina.

"Kamu biar betul Aina, Eizzlan nak buat macam tu," kata ustaz seakan tidak percaya dengan kata gadis itu.

Bukan apa, Aina ini merupakan pelajar yang bermasalah di sekolah jadi susahnya untuknya percaya kata-kata Aina. Kalau percaya kang jadi satu fitnah. Dosa!

"Astaghfirullah, betul ke Aina Eizzlan buat macam tu?" Soal Cikgu Ruhailah, terkejut.

"Betul, buat apa saya nak tipu?" Kata Aina, sungguh-sungguh bagi mereka berdua percaya dengannya.

"Kalau tak percaya jom kita pergi belakang sekolah. Sekarang!"

Cikgu Ruhailah tidak percaya kerana Eizzlan pelajar yang sangat berdisplin malah tidak pernah ada rekod buruk. Dia selalu dapat kepujian menjadi pengawas contoh di sekolah.

[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓Where stories live. Discover now