Perlahan-lahan aku membuka mata terlihat tubuh badan aku sedang terbaring di atas katil bersaiz king. Aku memincingkan mata melihat seluruh bilik. Seakan bukan bilik aku tapi bilik siapa?
"Aku kat mana ni?" Aku bangun dengan mata terkejut. Aku melirik mata ke arah jam yang menandakan pada pukul 10 malam. Segenap ruang bilik yang agak besar itu membuatkan aku terpinga-pinga.
"Tadi aku rasa macam mimpi yang aku kahwin dengan Eizzlan. Ish tak mungkin kut. Mimpi je tu tapi ini bilik siapa pulak aku duduk?" Otak aku masih memproses apa yang sudah jadi. Aku berharap perkara di mana aku berkahwin dengan Eizzlan itu cuma mainan tidur.
Aku kembali melihat baju kurung putih yang masih tersarung di tubuh. Hati aku mula celaru seakan tidak percaya. Aku angkat tangan kanan aku terlihat jari manis sudah tersarung dengan cincin!
"T..tak ni semua mimpi? Mimpi Lia. It was a dream," aku raup wajah berkali-kali. Aku yakin ini semua mimpi, mohon aku mahu bangun lagi sekali.
Aku terdengar seakan figura tubuh seseorang keluar dari tandas. Jantung mula mengepam laju di seluruh badan. Terasa hati aku macam lari maraton!
Tubuh semakin kebelakang dan aku bersandar di kepala katil. Cepat-cepat aku mengambil selimut menutupi kepala aku yang terdedah. Apa Eizzlan buat dekat aku? Atau aku dah tak suci..
No Aulia! Ingat ni semua mimpi. Sabar!
"Apahal kau dalam bilik ni?" Soal aku dengan nada suara tinggi. Dia pula meletakkan tuala kecil di birai katil hujung kaki aku.
"Ni bilik aku," jawabnya malas. Dia mula gerak ke arah meja solek.
"Habis tu, asal aku dekat dalam bilik kau?" Kali ni suara aku betul-betul geram. Kenapa aku boleh berada di sini. Apa yang Eizzlan dah buat dekat aku?
Sebenarnya aku memang tak nak mimpi tadi jadi kenyataan tapi kenapa dalam mimpi itu semuanya rasa benar?
"Haihh aku rasa kau ni ada penyakit lupa tahap kritikal. Kau isteri aku lah bongok," mata memandang tajam ke arah aku.
Mata aku terkebil-kebil, mulut sudah melopong luas. Aku termangu bila Eizzlan cakap aku ni sudah menjadi isterinya yang sah.
"T..tak m..mungkin. Kau tipu!"
"Tak mungkin apanya? Dah memang kita ni dah sah jadi suami isteri," katanya. Kalini dia sudah duduk di birai katil.
"Aku tak hingin lah nak kahwin dengan kau!" Aku mula naik angin. Jadi, ini semua betul bukan mimpi?
"Kau fikir aku nak sangat ke kahwin dengan kau?" Soalnya dengan kening dijungkitkan. Aku mendengus kasar seraya membaling bantal ke arahnya. Dia tepis dengan laju.
"Aku tak nak kahwin dengan kau lah, Sebab kau lah pemusnah hidup aku. Kau tahu tak!" Kemarahan aku tidak dapat kawal. Ini semua punca darinya!
"Ehh aku pun tak nak lah kahwin dengan kau. Dah lah selekeh comot pulak tu," balasnya dengan wajah ketat, dia mula berpeluk tubuh.
"Habis tu? Kenapa kau sengaja nak rapat dengan aku? Apa motif kau?" Soal aku. Dia hanya mendiamkan diri tidak tahu untuknya membalas.
"Kenapa kau diam?" Soal aku lagi. Dia sudah bangun dari birai katil.
"Aku malas lah nak bertengkak dengan kau. Kau pergi lah mandi busuk pulak nanti katil aku," kata Eizzlan sebelum dia meninggalkan aku dari dalam bilik.
Aku tenung mata tajam ke arahnya. Dalam hati aku sudah memaki nama Eizzlan dalam hati. Aku tak akan sesekali menganggap dia suami aku. Keputusan aku muktamat!
---
Malas aku mahu bergaduh dengan dia buat sakitkan hati aku je. Dahlah aku terpaksa kahwin dengan dia lepas itu nak tambahkan lagi masalah. Kusut tahu tak?
YOU ARE READING
[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓
Художественная проза[Comedy Romance] AULIA ARISHA - perwatakan seorang perempuan yang agak kasar dan selalu saja datang lewat ke sekolah. Dia juga merupakan salah seorang anti-pengawas! EIZZLAN SHAH - perwatakan seorang lelaki yang tegas dan merupakan ketua pengawas...