Kuatur langkah menyelusuri pesisiran itu
Pantai yang tersergam indah
Tampak lebih berjiwa pada pancainderaku
Kelam hati ini sirna sejenak
Kala meditasiku pada ciptaan-NyaAngin bayu meniup lembut
Menyapa tubuhku yang kaku di situ
Mataku tertancap pada gundahnya perairan itu
Bertubi-tubi ditujah gelora tanpa jeda
Gundahkah hatimu, wahai pantai?
Seolah-olah jiwamu mempamerkan perasaanmu yang tersiratAku salah
Sungguh salah!
Hatinya tenang diterjah ganasnya badai
Hatinya ikhlas dan telus
Memberi khidmat kepada insan bernama manusia
Yang kerap terdedah akan bahayanya pencemaranAlami ini
Selamilah jiwa ketenangannya
Saat itu hanya namaMu yang bertakhta
Melihatkan keindahan ciptaan-Nya
Keinsafan barangkali menerobos
dalam hati
Ketenangan berganda menimpa diri
Hanya kalimah sucimu yang layak kulafazkan
Demi menggambarkan kecantikan dan keindahannya

YOU ARE READING
Koleksi Puisi Kehidupan
PoetryPuisi ini dicoretkan demi melihatkan sebenar-benar kehidupan seorang insan yang serba kekurangan. Serba kekurangan daripada setiap segi hidup sama ada di luar dan dalam diri. Puisi yang terdiri daripada pelbagai bentuk plot atau cara penyampaian. Se...