Kediaman usangku

41 1 0
                                    

Rumah tinggi itu
Jauh terpencil di hujung sana
Dihujani dedaunan hijau yang gugur dari induknya
Jua belantara menjadi pagar yang melingkari di sepanjang kediaman ini

Itulah kediamanku!
Biarpun hanya beratapkan zink-zink rapuh
Biarlah jika berdindingkan hanya kayu retak
Biarlah jua kediaman ini hanya berwarna kayu keras
Yang kukira jarang utuh dan kukuh
Biarlah ia  menjadi wadah  kami mencurahkan helaian tinta kasih sesama sendiri
 
Iaitu tempat kuberteduh di sebalik dunia Ilahi

Koleksi Puisi KehidupanWhere stories live. Discover now