Maruah

50 2 0
                                    

Dia berhijrah dari desa ke kota
Yang jauh di utara sana
Yang menjadi mercu tanda dunia kosmopolitan ini
Wadah yang melayur bukti kemajuan dan kegagahan bumi kecil milik dia
Atas nama pejuang negara

Bukan itu yang bakal kuketengahkan
Hidup ini bervariasi dari semua segi
Apatah lagi pembangunan yang tercacak melangkaui langit atas
Mahupun budaya yang melencong jauh ke hati bumi lain

Di sini
Dia temui keseronokan
Yang sungguh ketara bezanya
Melihatkan dunia kecil di desa
Hanya kelihatan hamparan hijau yang terbentang tanpa meninggalkan sebarang keseronokan buat dia
Adakah itu yang didambakan sepanjang jejak hidupnya?
Keseronokan di bumi metropolitan yang hanya menggamit kehancuran akhlak dan iman

Cinta dan kasihnya pada bumi dulu
Lesap waktu berganti waktu
Dia enggan menjejak
Tanah yang menjadi saksi kejayaannya
Tanah yang menjadi telinga bagi setiap tapak jejak kakinya yang berdentum kegembiraan

Dek kerana dunia ini
Dia pesat menyerlah
Dari gaya biasa menjadi anak moden
Hilang terus segala bekalan iman
Gugur setiap kekuatan yang akhirnya tewas

Dia kini di pusat itu!
Di tengah-tengah bandar hina ini
Terhuyung-huyung tanpa ingatan pada Ilahi
Dentuman alunan muzik yang rancak menggagahkan lagi keseronokan yang nian membukit
Tanpa mindanya melilau jauh ke titik noktah

Akhirnya dia alpa dalam hiburan
Mainan syaitan
Yang kini berjaya menyelinap dalam hati manusia ini
Setelah mengagumi dunia luar
Yang jauh perbezaannya

Koleksi Puisi KehidupanWhere stories live. Discover now