Insan Hina

43 2 0
                                    

Kemiskinan yang menyoroti hidupku
Lantas menyalakan api dugaan
Gemerlap cahaya itu kekadang mendung kerana kelelahan
Seakan ketahuan akan kekangan

Perjuanganku mungkin terbatas
Disekat keterhadan harta yang sempit
Kerana dunia kini mudarat bagi insan miskin
Kumampu meneruskannya dengan setinggi-tinggi tembok azam
Walau hampir setanding tingginya gunung kesulitan

Walau kurangnya kesempatan buatku
Akan kugali ilmu dan pengetahuan
Biar secetek mana masa buatku
Biar sesempit mana harta bagiku

Akan kuuar-uarkan kejayaan
Biarkan kutempik hakikat ini
Akulah seorang miskin yang berguna!

Koleksi Puisi KehidupanWhere stories live. Discover now