Dia!
Sahabatku yang melabuhkan duka di hati aku
Sahabatku yang menganyam tawa nan megah di bibir aku
Sahabatku yang mengiringi waktuku yang berarak lajuDia sentiasa hadir dalam kamar penglihatanku
Walau dalam susah dan senangku
Wajahnya tampak telus mendengar setiap luahan hatiku
Lalu mengarang melankoli dan syahdunya hilai tawa dan cerekaDemi melata ceria pada wajah polosku
Memancirkan rasa rudum yang bermaharajalela dalam diri
Agar kuketawa seperti dahulu kalaKini
Aku terpaksa menapak jauh ke utara sana
Meninggalkan hanya memori lama yang pernah berkuntum setiap masa
Hanya memori itu yang kejap kupegang dalam gapaian benakkuMutiara jernih tetap gugur
Walaupun berdekad lamanya kupergi
Kerana aku masih melilau
Mencari raut wajah insan yang tersimpan dalam kamar ingatanItulah dia!
Sahabatku yang teristimewa
Abidah itulah jolokannya
YOU ARE READING
Koleksi Puisi Kehidupan
ПоэзияPuisi ini dicoretkan demi melihatkan sebenar-benar kehidupan seorang insan yang serba kekurangan. Serba kekurangan daripada setiap segi hidup sama ada di luar dan dalam diri. Puisi yang terdiri daripada pelbagai bentuk plot atau cara penyampaian. Se...