Usah

24 1 0
                                        

Air mata usah mengalir deras
Usah menjarah lagi hati ini
Biarlah segala ketentuan-Nya memimpinku ke arah kebahagiaan yang hakiki

Usahlah meratapi segala kesusahanmu
Usahlah mengeluh panjang kerana keperitan yang sedang kau galas
Meski ini satu ujian dari Yang Maha Berkuasa
Menangislah di hadapan-Nya
Bersujud terhadap kekuasaan dan keesaannya

Hari-hariku...
Biarlah disentuh kehangatan cinta-Mu
Biarlah didakap ketenangan abadi
Yang jauh lebih bererti
Daripada segala yang terbentang di hadapan sepasang mata ini

Usahlah mengeluh lagi,wahai hati
Ingatlah akan kalam Allah Yang Esa
Kelak dirimu dilindungi oleh lembayung rahmat-Nya

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: May 11, 2018 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Koleksi Puisi KehidupanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang