Mungkin dinilai sebagai permata
Mungkin juga jauh menggapai nilaian manusia
Masa yang berkelana jauh di bumi nyata
Laju pergerakannya setiap detik beralih detikMuqadimah hidup manusia yang jauh menyayung
Titik yang dimulai dengan kelalaian
Pasti berakhir dengan kekacauan
Dek kerana pusingan waktu yang berintik-rintik?
Ataupun ajakan masa yang menyerbu laju tanpa henti?Pastinya manusia ada jawapannya
Pada yang kerap lalai akan permainan dunia
Pada yang alpa dimamah kemanisan perkara largha
Jua manusia yang menerjah jerih perih kerana duniaMasa
Tidak tertafsir oleh minda akan kepantasanmu
Setiap kerdipanku pasti bertukar waktu
Saat ku tidak sedar akan kepergiaanmu
Kau berselisih denganku
Tapi AKU hanya memandang kosong tanpa rasa
Kehilangan emas permata
YOU ARE READING
Koleksi Puisi Kehidupan
ПоэзияPuisi ini dicoretkan demi melihatkan sebenar-benar kehidupan seorang insan yang serba kekurangan. Serba kekurangan daripada setiap segi hidup sama ada di luar dan dalam diri. Puisi yang terdiri daripada pelbagai bentuk plot atau cara penyampaian. Se...