Kulintasi lapangan hidup tidak bertepi
Lapangan hidup yang berbeza dimensi
Ada yang miskin
Ada yang kaya
Kufikir mata manusia kerap melilau melata alam
Bersemuka dengan kebenarannya pun tidak
Akas membina jurang antara miskin dengan kaya
Akulah sang hartawan!
Berduyun manusia datang melayan
Kucampak emas di hadapan orang
Mereka rakus bergelut
Walaupun kulihat pertikaman darah Cecair pekat mengalir menyembah tanah
Hanya kerana harta
Manusia hilang kewarasan akal
Akulah remaja nista!
Dihunjani cerca dan sinis
Tiada harta bergunung
Tiada duit berguni
Mungkin ramai menghumban nista
Buatku, anak nelayan sungai
Tidak dihormati malah disegani
Dicampaknya kupang di atas bumi
Menjadi saksi kezaliman dunia
Tangisku payah didengari
Mungkinkah kerana aku dipinggiri?
Mungkinkah kerana ratapanku tidak layak untuk didengari?
Pada zaman kini
Bermatakan harta berhatikan kezaliman
Demi darjat yang ingin dijulang
ANDA SEDANG MEMBACA
Koleksi Puisi Kehidupan
PoésiePuisi ini dicoretkan demi melihatkan sebenar-benar kehidupan seorang insan yang serba kekurangan. Serba kekurangan daripada setiap segi hidup sama ada di luar dan dalam diri. Puisi yang terdiri daripada pelbagai bentuk plot atau cara penyampaian. Se...
