Setelah darah berselerak melata alam
Menangkik nyawa nan suram
Yang bertempur membela pertiwi usang
Yang sudah tua meraba kemerdekaanGugur darah dan jasad itu!
Tanda perjuangan yang hiba dan jernih
Dek kerana anak pertiwi
Pukulan ombak kegerunan yang berlaga sesama biara hati
Lemah longlai menggantikan kekuatan yang jauh untuk ditandingiPahlawan dan perajurit negara
Aku terlalu rudum kerana kehilanganmu
Namamu kan sentiasa ditutur di bibir ini
Jasamu kan sentiasa berlegar-legar di ruang minda dan kamar hatiKau sungguh mulia
Kepergiannmu berganti tangan
Dengan sekalung kemerdekaan yang membuatkan aku hidup aman
Di tanah tumpahnya darahku
YOU ARE READING
Koleksi Puisi Kehidupan
PoetryPuisi ini dicoretkan demi melihatkan sebenar-benar kehidupan seorang insan yang serba kekurangan. Serba kekurangan daripada setiap segi hidup sama ada di luar dan dalam diri. Puisi yang terdiri daripada pelbagai bentuk plot atau cara penyampaian. Se...