Remaja Biasa

32 2 0
                                    

Setiap kanak-kanak pasti remaja
Yang melalui kisah beraneka rupa
Yang mencangkum segala rasa
Yang mendambakan setiap kata

Kumenopang dagu menyelami rasa hati
Kekadang merasakan ketidaklengkapan dalam hidup
Menatap sang suria yang memancar hebat kala itu
Di sebalik jendela kayu yang  bertepikan pangkin tua

Kufikir tentang kehidupan baru yang bakal memuka
Ketegangan hidup yang menghujani setiap pekebun miskin
Yang menjadi mata pencarian tonggak keluarga aku
Seperti aku terpaksa menuntut hak di kota!
Hak sebagai rakyat yang kuno
Tanpa pelajaran yang tinggi melangit

Ayah!
Jauh sekali pemikiran yang tajam bak bilah
Kerana ilmu yang gugur sepanjang titian hidup
Ketipisan harta yang mendahului setiap keinginan
Sang kanak miskin

Emak
Belajar hanya asas belaka
Tanpa pengetahuan yang lekap di dada
Sukar melontar emas pada hidup si anak dara
Malah menoktahkan kemiskinan selamanya

Usahlah mengeluh kerana rasa rudum
Janganlah gugur kerana kekangan hidup
Biarlah ia berlalu akas meninggalkan jejak pengorbanan dan ketabahan
Demi menukilkan cereka hidup yang baru
Cereka yang ditinta oleh pengarang biasa
Pengarang yang kini luar biasa!

Koleksi Puisi KehidupanWhere stories live. Discover now