Setiap amarahnya pasti bermadah
Wahana ringkas buat rujukan
Bagi membuat refleksi mahupun anjakan
Semestinya sarat dengan kebaikanSaat diherdik mahupun dijerkah
Mungkin bermacam sumpah-seranah
Mungkin mengangguk titah amarah
Tatkala dada enggan mengiakan kebenaran kata dan tintaLapangkan dadamu
Saat kau bertindak salah jua disalah nilai antara mutiara dengan kaca
Benarkan setiap nasihat dan nista
Barangkali benar pada pandangan manusiaSetiap nasihat dan marahnya
Setiap kali itu air mata timbul di sebalik tubir mata
Mungkin kerana tergamam akan kata-kata
Tetapi mungkin juga kerana kepahitan kata-kata yang disalahertikanNamun kekadang tidak senantiasa benar menyebelah
Sama juga sahsiah yang kekadang lakonan mahupun hakikat
Benarlah kata manusia
Sesungguhnya kita kekadang bersopan juga berhelah
Kekadang senang dilihat juga kekadang berkerenah kelatLapangkan dadamu
Sang pemilik hati yang acapkali memberontak pada kebenaran kata
Meskinya kata-kata dan cercaan menyentap tangkai hati
Namun menyerlah cahaya kebenaran tepat pada masanyaDuhai hati
Alu-alukan herdikan berinti jua nasihat berduri
Biarlah hati ini meronta-ronta
Jangan pula nanti menyesal tiada gunanyaBiarpun pedih bak luka dilapah
Biarlah dipanjatkan seutuh-utuh kesabaran
Agar tidak menyerang mahupun menyentak
Biarlah kata-kata itu menyelinap walau hati enggan membenarkanNamun mengapa perlu dipalit warna pada putihnya bunga kemboja?
Sesungguhnya sinar keputihan itu melambangkan citra keimanan
Yang dahulunya bersih malah berkilau
Tetapi kerana kata kautafsir mendadak
Malah bercermin di air keruhCekalkan diri kerana kekhilafan dan kekurangan
Mengapa perlu mengenang malah menyelam dalam kata-kata yang sudah tampak kebenarannya?

ANDA SEDANG MEMBACA
Koleksi Puisi Kehidupan
ПоэзияPuisi ini dicoretkan demi melihatkan sebenar-benar kehidupan seorang insan yang serba kekurangan. Serba kekurangan daripada setiap segi hidup sama ada di luar dan dalam diri. Puisi yang terdiri daripada pelbagai bentuk plot atau cara penyampaian. Se...