Aku mencelik mata
Menatap indahnya perkampunganku
Menjatuh pandang pada dunia hijauku
Yang subur merentasi alam yang mendepa luasDi sinilah!
Aku bertumbuh gagah
Menjadi remaja petah
Menjulang pendapat dalam berhujah
Menggengam pingat manusia berhemahKu dibesarkan di sini
Desaku yang jauh terpencil
Dilindungi deretan rimba yang gah mendongak
Ke bawah seninya perkampungan iniWalau bukan kutumpah darah di sini
Tapi jasanya berlipat ganda pada aku dan sekaliannya
Menjadi saksi akan sasanya pertiwi iniKu ingin berterima kasih
Pada desaku yang lebar hayatnya dalam hamparan benakku!
YOU ARE READING
Koleksi Puisi Kehidupan
PoesiaPuisi ini dicoretkan demi melihatkan sebenar-benar kehidupan seorang insan yang serba kekurangan. Serba kekurangan daripada setiap segi hidup sama ada di luar dan dalam diri. Puisi yang terdiri daripada pelbagai bentuk plot atau cara penyampaian. Se...